Pembaca Setia

24 May 2010

Teori asal-usul negara

Terdapat beberapa teori mengenai asal usul negara iaitu:


Teori Kudus atau Teori Ketuhanan

  • Negara dicipta oleh Tuhan untuk memudahkan manusia hidup berkelompok.
  • Tuhan mencucuri rahmat ke atas manusia dengan mengilhamkan negara kerana negara sahaja yang dapat mengelakkan manusia daripada dimusnahkan oleh kehidupan mereka.
  • Tuhan telah melantik raja sebagai wakilnya untuk memimpin negara.
  • Rakyat diwajibkan tunduk kepada kehendak raja.
  • Rakyat tidak boleh menentang raja.
  • Contoh pemerintahan - Shah Iran - waris Raja Iskandar Zulkarnain . Raja Jepun - Putera Dewi Matahari Amaterasu.
  • Teori ini dianggap ketinggalan zaman.

Teori Patriakal

  • Menurut Aristotle, negara wujud akibat perkembangan kumpulan manusia yang mempunyai pertalian darah.
  • Keluarga dianggap sebagai unit asas sesebuah masyarakat manakala puak pula sebagai gabungan beberapa puak keluarga.
  • Gabungan ini mewujudkan institusi kampung dan dimajukan menjadi negara.
  • Kewibawaan keluarga bergantung kepada ketaatan kepada kaum lelaki.
  • Kaum lelaki menjadi pakar rujuk dan keputusan dianggap sah dan mengikat semua anggota masyarakat.
  • Teori ini bersifat spekulatif tanpa mempunyai bukti yang nyata.

Teori Matriakal

  • Dalam masyarakat primitif ketua keluarga ialah ibu dan bukan bapa.
  • Corak perkahwinan dalam masyarakat tradisional mengiktiraf wanita sebagai barangan pertukaran yang penting.
  • Pertalian sesuatu keluarga dikesan melalui anggota keluarga wanita.
  • Teori ini dikritik kerana tidak mengikut perkembangan tamadun manusia.

Teori Kontrak Sosial

  • Negara wujud kerana manusia sedar bahawa mereka perlu hidup bermasyarakat.
  • Atas kesedaran ini, manusia telah bersetuju mengadakan satu perjanjian untuk mewujudkan negara yang dapat menjamin kehidupan sejahtera manusia.
  • Golongan yang menyokong teori ini menegaskan bahawa institusi yang baik dan berkesan untuk menjaga kepentingan semua rakyat ialah negara.

Teori Paksaan

  • Negara muncul kerana memenuhi kehendak kestabilan dan ketertiban.
  • Negara diwujudkan oleh golongan yang kuat untuk menjaga kepentingan peribadi mereka.
  • Manusia mempunyai sifat untuk menguasai pihak yang lemah.
  • Hanya orang yang kuat sahaja dapat menjamin kesejahteraan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...