HUBUNGI SAYA

HUBUNGI SAYA
STESEN BERKHIDMAT SEMASA

Pembaca Setia

02 November 2011

Info IPG Tuanku Bainun: MUAT TURUN SLIP PEPERIKSAAN NOVEMBER 2011 KUMPULAN PPISMP, PISMP & KPLI



29 October 2011

Penilaian Melalui Projek

Projek ialah satu aktiviti pembelajaran yang dijalankan dalam satu tempoh masa yang tertentu. Ia biasanya melibatkan kutipan serta analisis data persediaan satu laporan yang betul. Dalam konteks kurikulum sekolah, projek bermaksud secara amali. 

Tugasan ini boleh dijalankan secara individu atau secara berkumpulan dan dilaksanakan dalam satu jangka masa yang munasabah. Penilaiannya dijalankan pada setiap tahap proses sehinggalah kepada tahap hasil disediakan.

Penilaian cara ini berupa aktiviti aktiviti yang memerlukan pelajar mengaplikasi atau membuat tunjuk cara pengetahuan dan kemahiran dalam situasi sebenar. (Wiggins, 1989).


Apakah tujuan pembelajaran Projek ini?
  • Menggalakkan pelajar bekerjasama dan memikul tanggungjawab
  • Memberi kebebasan pelajar untuk menunjukkan kreativiti dan inovasi. 
  • Memberi peluang pelajar menggunakan bahan sumber yang terdapat di luar bilik darjah.


Ciri-ciri Penilaian Projek
  • Projek mempunyai pelbagai reka bentuk ( lisan, visual, kinestetik ).
  • Jangka masa yang panjang
  • Menunjukkan peranan sebenar dalam situasi sebenar.
  • Pelajar boleh membina penyelesaian alternatif. Tidak ada satu jawapan yang benar.
  • Pelajar perlu melibatkan diri secara aktif sama ada ketika menyediakan projek atau dalam kumpulan.
  • Tugasan boleh dilaksanakan secara kumpulan atau individu.
  • Merupakan peluang menilai pelajar dalam kreativiti, kemahiran merancang, integrasi pengetahuan, kebolehan membuat tugasan bersama orang lain. 
  • Pelajar menunjukkan kebolehan mengkaji/membentukkan sesuatu.
  • Pelajar melaksana dan menghasilkan sesuatu.
  • Pelajar mengamalkan kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah.

Jenis-jenis penilaian Projek
  • Latihan dan soalan ‘open-ended’ untuk pelajar meneroka secara lisan atau bertulis.
  • Extended tasks assignment seperti menulis puisi, melaksana dan menerangkan keputusan ujikaji, membina model.
  • Portfolio-koleksi tugasan berdasarkan prestasi.
  • Tugasan prestasi – drama, lakonan, persembahan, poster atau model.

Langkah-langkah untuk menjalankan Projek.

Langkah 1 : Penentuan tajuk dan skop Projek.
Langkah 2 : Penilaian awal projek.
Langkah 3 : Pelaksanaan strategi.
Langkah 4 : Pemprosesan Maklumat.
Langkah 5 : Penilaian hasil projek.

Perbezaan ujian sumatif dan ujian formatif

Perbezaan antara ujian formatif dan sumatif pada asasnya berdasarkan skop kemahiran, jangka masa P&P atau objektif pengajaran dan pembelajaran yang hendak diuji.

Ujian Formatif
Ujian Formatif adalah bahan atau alat ujian yang dibina oleh guru untuk menguji sesuatu kemahiran atau subkemahiran bahasa yang diajar. Biasanya skop pengajaran dan pembelajaran ujian tersebut agak terhad dan tidak luas.Tujuan utama guru menjalankan ujian formatif untuk memperbaiki lagi mutu proses pengajaran dan pembelajaran. Ujian Formatif dapat mengesan kelemahan dan pembelajaran murid secara serta-merta. Biasanya ujian ini dijalankan dalam bentuk pemerhatian atau pun dalam satu siri ujian yang pendek.

Ujian Sumatif
Ujian sumatif ialah proses penilaian yang dijalankan secara menyeluruh pada akhir satu peringkat pembelajaran untuk menentukan tahap pembelajaran dalam kalangan murid. Skop pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk Ujian Sumatif diasaskan dan dibina secara luas dan melibatkan kesemua kemahiran dan aspek bahasa.

Penilaian Melalui Portfolio

Penilaian Melalui Porfolio

Portfolio ialah satu kaedah yang digunakan oleh guru untuk mengumpul dan merekod bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujui bersama. Terdapat beberapa jenis portfolio untuk tujuan dan konteks pembelajaran yang berbeza. Selain portfolio, rekod anekdot dan lain-lain bukti pembelajaran yang lain boleh digunakan untuk menghasilkan penilaian yang menyeluruh.
Portfolio berbentuk dokumentasi yang berstruktur. Ia memerlukan perancangan, pelaksanaan dan penilaian yang teliti. Proses pembelajaran dijalankan secara kolaboratif untuk mencapai kefahaman dan mendokumentasikan pemikiran secara kritis dan kreatif serta pemilihan maklumat dan fakta dari peringkat awal hingga ke akhir.

Tujuan portfolio ialah untuk :
  • Memberi peluang pelajar mendokumentasi kemahiran dan pengetahuan yang diperoleh melalui pengalaman sewaktu menyempurnakan tugasan.
  • Menggalakkan pelajar menyemak dan menganalisis pembelajaran mereka secara sistematik.
  • Menyediakan ruang pelajar membuat refleksi dan menentukan matlamat peribadi.
Kegunaan Portfolio
  • Menilai perkembangan dalam satu tempoh (authentic assessment).
  • Menilai perkembangan kemahiran dan kebolehan.
  • Digunakan bagi menggambarkan keperluan spesifik dalam penyempurnaan gred.
  • Menilai secara sumatif pembelajaran.
  • Menunjukkan kesesuaian kurikulum dan kejayaan pelajar

Ciri-ciri Portfolio
  • Menggambarkan sejelas-jelasnya aktiviti pelajar iaitu rasional, matlamat, halatuju, prosedur kerja, pengalaman dan harapan.
  • Sesuatu yang dilaksanakan oleh pelajar secara auntentik. Ini adalah kaedah konkrit untuk pelajar menghasilkan kerja melalui pengalaman sendiri ketika melakukan kerja-kerja amali atau kerja-kerja lapangan.
  • Menunjukkan perlakuan pelajar yang dibimbing oleh guru seperti ulasan, komen, dan cadangan harus direkod untuk menghadapi dan mengatasi sesuatu tugasan pembelajaran.
  • Membuat catatan pembimbing yang membantu pelajar merenung dan membuat refleksi tentang kerja yang dibuat untuk menentukan tindakan susulan.
  • Kriteria penilaian yang dipilih diterangkan dan dipersetujui bersama dengan pelajar sebagai penggalak kepada pelajar untuk mengambil bahagian secara aktif.

Jenis-jenis Portfolio Yang Boleh Dibina. 
  • Portfolio Kerja Harian
  • Portfolio Hasil Terbaik
  • Portfolio Dokumen

Kebaikan Penilaian Portfolio 
  • Penglibatan murid sepenuhnya dalam pengajajaran dan pembelajaran
  • Guru mendapat banyak maklumat untuk menilai pencapaian muri-murid
  • Merupakan satu cara untuk menilai tahap perkembangan murid-murid
  • Dapat memotivasikan murid-murid dan meningkatkan tahap kefahaman kendiri mengenai tugasan pembelajaran yang diberi oleh guru.

ujian kefasihan

Ujian Kefasihan bertujuan untuk menentukan setakat manakah seseorang telah mengetahui dan menguasai sesuatu bahasa secara keseluruhan.

Ujian ini menilai kebolehan umum seseorang terhadap bahasa yang dipelajarinya. Biasanya ujian ini digunakan untuk menempatkan seseorang dalam kumpulan pembelajaran yang sesuai dengan pengetahuan dan kebolehan mereka.

Ujian pencapaian

Ujian ini boleh dijalankan pada akhir kursus atau setelah tamatnya sesuatu unit pembelajaran.Sejauh mana sesuatu kemahiran itu dikuasai dalam satu jangkamasa yang ditetapkan boleh ditentukan melalui dua set ujian yang berlainan. Ujian ini dinamakan ujian pra dan ujian pos.

Ujian diognastik

Ujian diagnostik merupakan satu instrument yang digunakan untuk mengukur daerah kelemahan murid secara terperinci. melalui ujian ini, guru dapat mengenal pasti apakah masalah sebenar murid di peringkat awal. Hal ini secara tidak langsung akan memudahkan guru merancang kejayaan program Pemulihan kelak.

Ujian diagnostik dibina berdasarkan beberapa perkara iaitu :
soalan dibahagikan kepada beberapa bahagian :
  • Diagnostik Pengamatan
  • Diagnostik Lisan
  • Diagnostik Tulisan

Diagnostik Pengamatan
Tujuan pelaksanaan ujian ini adalah untuk mengesan kelemahan keupayaan murid seperti gerak mata, koordinasi mata-tangan dan kecekapan saraf. Sebahagian soalan mengandungi arahan-arahan yang perlu disebut oleh guru dan dilakukan oleh murid.


Diagnostik Lisan
Tujuan pelaksanaan ujian ini adalah untuk mengesan kelemahan keupayaan murid seperti pertuturan, gagap, gerak mata, membaca, menyebut, mengeja, membatang perkataan. Sebahagian soalan ada meminta murid memberikan pendapat mengenai sesuatu gambar yang ditunjukkan.


Diagnostik Tulisan
Tujuan pelaksanaan ujian ini adalah untuk mengesan kelemahan keupayaan murid dari segi pergerakan tangan dan mata. Murid diuji secara langsung berdasarkan soalan dalam aspek koordinasi mata dan tangan, kekemasan menulis, menulis dengan cermat, tulisan yang boleh dibaca, setara dan berstruktur. Sebahagian soalan akan menyerlahkan kesilapan murid semasa menulis seperti menulis terbalik, menulis tidak mengikut susunan, tulisan comot, struktur ayat yang bercampur aduk hufur besar dan kecil.

Selesai pelaksanaan ujian diagnostik, guru bolehlah membuat analisa setelah mengetahui daerah kelemahan murid. Di sini, guru perlu mengasingkan murid mengikut daerah kelemahan masing-masing. sekiranya murid A, B dan F tidak boleh mengeja suku kata KV+KVKK, guru perlu meletakkan mereka dalam satu kumpulan. Jika murid C, G dan H tidak boleh membina ayat, mereka perlu diasingkan dalam satu kumpulan yang lain.

Ujian bakat dalam pentaksiran bahasa Melayu

Ujian bakat bertujuan mengesan bakat seseorang dalam menguasai bahasa asing.

Ujian bakat biasanya melibatkan data-data bahasa yang mengandungi unsur-unsur bahasa seperti fonetik,tatabahasa dan kosa kata. 

Melalui ujian ini murid-murid akan melakukan berbagai-bagai aktiviti bahasa seperti meniru penyebutan bunyi-bunyi, mengubah bentuk, atau struktur sesuatu bahasa, menentukan makna berdasarkan konteks dan sebagainya. 

Setelah hasil ujian dianalisis guru dapat mengenal pasti murid-murid yang berbakat dan berpotensi untuk mempelajari sesuatu bahasa dengan cepat.

Pentaksiran

Pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan.

Maklumat meliputi halhal berkaitan topik, bukti dan prestasi. Penghakiman melibatkan hal-hal seperti pertimbangan dan pencapaian aspek pendidikan, manakala produk pula melibatkan pengetahuan, kemahiran dan nilai.

Proses pendidikan pula melibatkan operasi, dapatan dan hasil. Aspek-aspek utama dalam pentaksiran ialah:-

i. Instrumen
ii. Kumpulan yang ditaksir
iii. Respon
iv. Kumpulan yang menaksir
v. Skor

Jenis-jenis soalan objektif dalam pengujian dan penilaian kemahiran bahasa Melayu.

Ujian Objektif

Item ujian jenis objektif ini memerlukan pelajar menulis atau memilih satu jawapan yang betul atau yang paling baik. Antara item ujian ini termasuklah:

1. Item Respons Bebas
i. Jenis soalan:
 
contoh:
a) Apakah lawan bagi perkataan rajin? ( malas)
b) Apakah makna simpulan bahasa kaki ayam? (tidak memakai kasut)

ii. Item Melengkapkan Penyataan

contoh:
a) Kita mesti _______bermain sekarang kerana hujan sudah turun.
b) Saya terpaksa ________ adik saya kerana emak saya bekerja.


2. Item Respons Tetap ( Item Objektif Jenis Pilihan)
Soalan jenis ini memerlukan pelajar memilih jawapan betul atau paling tepat. Jawapan mungkin dipilih daripada dua atau lebih pilihan. Item-item itu ialah format salah-betul, padanan, dan aneka pilihan.


3. Item Salah - Betul
Item ini dikenali sebagai Item Dua Pilihan iaitu item yang mengandungi penyataan yang perlu ditandakan dengan dua pilihan sahaja iaitu: betul (B) atau salah (S). Ada ketika guru menggunakan setuju (S) atau tidak setuju (TS) pada penyataan atau ya (Y) atau tidak (T) pada soalan.


4. Item Padanan
Item Padanan atau Suaian biasanya mengandungi dua kumpulan objek/ perkara yang berkaitan. Pelajar dikehendaki memilih jawapannya dengan memadankan objek/ perkara yang berkaitan di sebelah kiri dengan objek/ perkara di sebelah kanan.


5. Item Aneka Pilihan
Item aneka pilihan adalah daripada golongan item jawapan tetap kerana diberikan tindak balas terbatas. Jenis item aneka pilihan adalah seperti yang berikut.

a. Item aneka pilihan berbentuk soalan
b. Jenis jawapan terbaik
c. Analogi


6. Item Jenis Cantuman
Teknik Kloz

Teknik menggunakan ujian kloz, sebagai alat bagi menguji kefahaman bacaan boleh digunakan untuk pelajar-pelajar sekolah rendah . 

Sungguhpun teknik kloz memerlukan prosedur tertentu dari segi pembinaan ujian, pentadbiran dan pemarkahan, ini semua tidak sukar dilakukan, dan sepatutnya boleh diuruskan oleh guru-guru Bahasa Melayu. 

Dalam ujian kloz pelajar diminta mengisi tempat kosong yang telah sengaja dikosongkan oleh guru/ penguji dalam sesuatu keratan bacaan. Pada mulanya, pelajar diminta melihat dan membaca keratan itu secara keseluruhannya. 

Kemudian, berasaskan kefahaman mereka ke atas teks itu keseluruhannya, mereka akan mencuba mengisi tempat yang dikosongkan dengan perkataan yang paling sesuai menurut makna keseluruhan teks.

Penggunaan soalan subjektif sebagai medium untuk menguji kemahiran bahasa murid.

Jenis-jenis Ujian
Berikut ialah beberapa jenis ujian iaitu ujian objektif dan ujian subjektif.

Soalan Subjektif
Soalan jenis subjektif terbahagi kepada beberapa pecahan seperti berikut:-
  • Item Jenis Struktur
  • Item Jenis Esei
  • Pembinaan Ujian
Kelebihan menggunakan soalan subjektif 
  • Lebih mudah digubal - Tidak banyak soalan.
  • Sesuai untuk semua subjek. Contoh, matematik, sains dan sebagainya.
  • Sangat sesuai untuk keenam-enam aras Taksonomi Bloom.
  • Boleh membuat analisis dan menintegrasikan idea-idea.
  • Kurangkan konsep tekaan / 'skor nasib'.
Kesahan
Penilaian dan Pengujian soalan subjektif mempunyai “Kesahan” (validity) yang tinggi.

a. Kesahan Isi
b. Kesahan Ramalan
c. Kesahan Serentak
d. Kesahan Gagasan

Kebolehpercayaan Ujian Soalan Subjektif
Kebolehpercayaan merujuk kepada ciri skor berhubung dengan ketepatan dan ketekalan skor bagi menggambarkan prestasi calon dalam perkara yang diuji.

05 October 2011

Grafik

Grafik merupakan antara media yang paling utama dan popular digunakan bagi memperlihatkan keterampilan sesebuah aplikasi multimedia. Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, grafik membawa maksud ‘perkara berkenaan lukisan atau ukiran’. Dalam hal ini, penggunaan grafik dalam sesuatu persembahan maklumat berkomputer adalah bukan hanya berperanan untuk menonjolkan keindahan atau kecanggihan senibina sesebuah program multimedia tetapi juga berperanan sebagai suatu sumber penyampaian sesuatu maklumat yang amat berkesan. 

Grafik juga memberikan maksud penggunaan visual untuk menerangkan konsep yang tidak dapat atau sukar diterangkan oleh teks. Ia mampu menambah daya tarikan kepada sesuatu paparan atau persembahan. Grafik juga dapat mempercepatkan penyampaian sesuatu maklumat dan dapat memberikan penerangan yang jelas, tepat dan konsisten antara individu yang berbeza.

Grafik dikatakan sebagai sumber penyampai maklumat yang amat berkesan kerana segala bentuk mesej yang diterima oleh manusia melalui penglihatan mereka dapat diterima secara terperinci dan ianya mempunyai daya ketahanan serta daya ingatan yang tinggi.

Grafik berkomputer pula merujuk kepada sebarang imej yang dihasilkan menggunakan sebarang jenis komputer (PC, Macintosh, Silicon Graphicsdan sebagainya). Imej berkomputer ini boleh merujuk kepada imej yang mudah seperti garisan atau bulatan ataupun yang lebih kompleks seperti fractal iaitu imej kompleks yang dihasilkan oleh komputer dari formula atau kod pengaturcaraan yang tertentu.

Kepentingan Grafik 

Grafik sangat penting kerana paparan visual grafik mampu menyampaikan sesuatu maklumat dengan lebih berkesan. Grafik seperti lukisan, gambarfoto atau carta misalnya amat membantu di dalam menyampaikan sesuatu maklumat dengan lebih pantas dan efektif. Visualisasi merupakan antara proses yang amat penting dalam komunikasi maklumat dan grafik boleh digunakan untuk tujuan ini bagi meningkatkan penekanan terhadap sesuatu maklumat. Ia juga berperanan bagi menarik perhatian pengguna, mengilustrasikan sesebuah konsep dan juga bertindak sebagai latar belakang bagi sesuatu konsep. 

Penggunaan grafik di dalam kebanyakan halaman web mampu menjadikan sesebuah halaman internet itu menjadi lebih ceria, menarik dan menyegarkan mata memandang serta menghidupkan lagi suasana pencarian maklumat di sesebuah laman web.

Kajian Tindakan: Meningkatkan Keupayaan Murid untuk Mengingati Barangan Dagangan Di Zaman Kesultanan Melayu Melaka Melalui Kaedah Grafik dalam Kalangan Murid Tahun Lima

29 September 2011

Pengujian dan Pentaksiran

PENGUJIAN

Menurut Cronbach (1979), ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan menjelaskannya dengan bantuan skala bernombor atau satu sistem yang berkategori.

Abdul Aziz Abdul Talib (1993) pula mendefinisikan pengujian sebagai proses atau situasi sesuatu kemahiran bahasa itu diuji. Sebagai contoh, kita melarang murid bercakap atau membuat bising apabila pengujian kemahiran mendengar sedang dijalankan.Selain itu, boleh juga dikatakan bahawa dalam pengujian bahasa teknik Temubual dan Bercakap Menurut Tajuk adalah dua contoh situasi bagi pengujian bertutur.  Dengan kata lain, pengujian merujuk pada proses atau situasi sesuatu alat ujian yang sedang ditadbirkan oleh guru terhadap pelajar.

Dalam buku pengujian dan penilaian Bahasa Malaysia, Milagros Ibe (1981) menegaskan bahawa ujian adalah satu cara untuk mendapatkan contoh perlakuan yang diperlihatkan oleh murid di dalam keadaan terkawal atau yang ditentukan. Maklumat yang diperolehi daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau pengadilan.

Kesimpulannya, pengujian merujuk kepada satu teknik untuk mendapatkan maklumat tentang perubahan tingkah laku seseorang individu yang  terdiri daripada satu set soalan atau tugasan yang berkehendakkan pelajar memberi satu set tindak balas / respon. Calon ujian mungkin dikehendaki menyelesaikan suatu masalah matematik, melukis satu gambar rajah, menyusun radas, mentakrif sesuatu perkataan dan sebagainya.

Ujian juga merupakan alat pengukuran yang hanya membenarkan kita mengukur pencapaian pelajar (dalam bentuk markah) sahaja.


PENTAKSIRAN

Pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul,merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seorang pelajar bagi sesuatu tujuan. Pentaksiran boleh didefinisikan sebagai satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya melakukan penilaian terhadap produk sesuatu proses pendidikan. Pentaksiran di jalankan bagi tujuan untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran, menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran,  mendapatkan maklumat secara berterusan serta memperbaiki proses pengajaran dan pembelajaran.

Pengukuran pendidikan merupakan suatu proses yang menentukan kuantiti atau takat pembelajaran pelajar dan keberkesanan pengajaran guru. Alat pengukuran yang digunakan guru mungkin terdiri daripada ujian, soal selidik, senarai semak, inventori, atau sesuatu skala. Pengukuran adalah terhad kepada huraian kuantitatif dan tidak termasuk huraian kualitatif atau membuat keputusan.

Kesimpulannya, pentaksiran merupakan pengumpulan maklumat-maklumat secara sistematik dan secara kuantitatif bagi menentukan tahap pembelajaran pelajar dengan menggunakan alat pengukuran yang sesuai.

Domain Krathwohl

Domain Krathwohl termasuk di dalam domain afektif yang meliputi emosi, sikap, dan nilai murid. Pengasas bagi taksonomi ini adalah David R. Krathwohl.

Aras taksonomi Krathwohl

1. Penerimaan
Berhubung dengan kemahuan pelajar untuk memberi perhatian. Tindakan pelajar mencerminkan satu kesedaran atau perhatian terhadap ransangan dan peristiwa atau persekitaran yang berhubung dengan domain afektif. Konteks pengajaran menekankan kepada kebolehan mendengar, menanyakan soalan, mengenal bahagian-bahagian ayat dan menjawab dengan lengkap.

2. Gerak balas
Membawa maksud membentuk sesuatu sistem nilai. Apabila lebih daripada satu nilai dinuranikan maka membolehkan beberapa nilai digunakan. Pelajar terpaksa membina beberapa hubungan dan keutamaan di antara nilai-nilainya.

3. Menilai
Pada peringkat ini perlakuan adalah didasarkan atas konsep dan prinsip yang telah dinuranikan sehingga menjadi kepercayaan. Perlakuan cenderung menjadi konsisten walaupun dalam keadaan yang berbeza jika kepercayaan itu boleh dipratikkan.

4. Organisasi
Membawa maksud membentuk sesuatu sistem nilai. Apabila lebih daripada satu nilai dinuranikan maka membolehkan beberapa nilai digunakan. Pelajar terpaksa membina beberapa hubungan dan keutamaan di antara nilai-nilainya.

5. Perwatakan
Bermaksud seseorang itu mematuhi sesuatu sistem nilai dan sanggup mengamalkannya sebagai satu cara hidup. Pada peringkat ini, seseorang itu akan memperlihatkan perwatakan berlandaskan kepada nilai tertentu, misalnya dapat membuat keputusan mengikut keadaan, tanpa berasaskan perasaan atau sogokan dan sistemnilai tersendiri iaitu mempunyai prinsip hidup sendiri.

Jadual Spesifikasi Ujian

Penggubalan sesuatu kertas ujian perlu mengikut spesifikasi ujian yang ditetapkan. Beberapa pertimbangan perlu dibuat, seperti ujian yang hendak ditadbirkan sebaiknya mewakili keseluruhan sukatan pelajaran, yang mungkin merangkumi komponen pengetahuan, kemahiran dan sikap yang telah ditetapkan.

Pertimbangan ini dibuat untuk memastikan para pelajar diuji dengan menggunakan soalan yang relevan dengan sukatan pelajaran/objektif pengajaran. Pengubalan kertas ujian perlu mengikuti pelbagai proses, termasuk penyediaan JSU, membuat ujian rintis dan memurnikan item ujian. Akhir sekali, sebelum ujian tersebut ditadbirkan, item-item ujian hendaklah dinilai oleh pakar mata pelajaran tertentu. Keseluruhan proses ini boleh membantu untuk memastikan kualiti item ujian dari segi kebolehpercayaan, kesahan, dan seterusnya, pengukuran yang adil (Hale, 1980). 

Menurut Kubiszyn dan Borich (2003), JSU (Test Specification Table) adalah carta dua hala yang mengaitkan objektif pengajaran dengan kandungan pengajaran. Lajur carta ini menyenaraikan objektif-objektif pengajaran, sementara baris carta ini pula menyenaraikan konsep-konsep utama yang diajar dan ingin diukur. Dengan demikian, JSU boleh menjadi panduan kepada guru tentang sukatan pelajaran yang perlu diajar dan objektif pengajaran yang perlu dicapai pelajar. 

Dari segi pembinaan item ujian pula, JSU akan menjadi panduan kepada guru supaya item-item yang dibina merangkumi semua kandungan pengajaran daripada awal hingga akhir. Dengan demikian, JSU seharusnya dibina seawal mungkin, misalnya sebelum kita memulakan pengajaran.

17 September 2011

Admin notaPISMP memerlukan sokongan anda :)

jom sama-sama undi hasil kerja ukiran sabun neh.. mudah-mudahan kejayaan ini akan memberi makna yang sangat besar kepada murid-murid sekolah kampung ni :)

Klik je UNDI neh.. and then cari button 'like' tau.

Terima kasih daun keladi sbb undi SK KELADI :)

08 September 2011

29 August 2011

Aktiviti Ko-Kurikulum Ke Arah Pemupukan Nilai dan Etika : Suatu Pemerhatian

Oleh: Mohamad Syamsul Izwan Bin Md Fauzi
Guru Pelatih Jabatan Sains Sosial, IPG Kampus Tuanku Bainun, Pulau Pinang

1.0 Pengenalan

Aktiviti kokurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum sekolah, dan setiap murid harus melibatkan diri. Aktiviti ini boleh dijalankan di dalam dan di luar bilik darjah, mengikut kesesuaian sesuatu aktiviti. Dengan andaian bahawa murid-murid tidak mendapat pengalaman tertentu di bilik darjah, maka aktiviti kokurikulum dapat menyediakan pelbagai pengetahuan dan pengalaman untuk perkembangan mental, minat, bakat, jasmani, rohani dan pembentukan nilai-nilai estetika serta sosial yang positif.

2.0 Matlamat Aktiviti Ko-Kurikulum Ke Arah Pemupukan Nilai dan Etika

Matlamat utama aktiviti kokurikulum adalah untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara. Antara matlamat yang hendak dicapai ialah seperti berikut:


  • Menyemai kesedaran murid-murid terhadap agama dan kepercayaan kepada Tuhan.
  • Menyeimbangkan antara perkembangan mental dengan perkembangan rohani, jasmani dan emosi murid-murid.
  • Mengukuhkan perhubungan dan pergaulan di kalangan murid dalam sekolah dan di antara sekolah.
  • Membina dan meningkatkan minat dan bakat murid-murid dalam aktiviti yang diceburi;
  • Membina dan meningkatkan disiplin murid; 
  • Mewujudkan budaya sekolah yang menarik dan menggembirakan;
  • Membina dan meningkatkan kerjasama dan sumbangan hubungan dua hala antara sekolah dan masyarakat;
  • Mewujudkan sekolah berwatak.

Suatu Pemerhatian



Satu pemerhatian telah dibuat selama dua bulan di sebuah sekolah kebangsaan untuk mengkaji dan mengenalpasti beberapa jenis aktiviti ko-kurikulum yang boleh merangsang pemupukan nilai dan etika. Aktiviti ko-kurikulum tersebut ialah Persatuan Pengguna, Kelab Bola Sepak dan Tunas Kadet Remaja Sekolah.


3.0 Analisis Ringkas

Analisis terhadap kegiatan ko-kurikulum bagi setiap komponen dibuat secara ringkas meliputi empat bahagian iaitu:

  • Matlamat
  • Strategi
  • Pelaksanaan
  • Impak kepada murid

3.1 Persatuan Pengguna

3.1.1 Matlamat

Persatuan Pengguna ditubuhkan di peringkat sekolah rendah bagi melahirkan generasi muda yang mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi dalam bidang kepenggunaan. Persatuan ini juga dilihat mampu mengorganisasikan kelompok murid melalui kepimpinan yang diterajui oleh murid-murid itu sendiri.

3.1.2 Strategi


Persatuan Pengguna ini mensasarkan penyertaan murid dari Tahap Dua iaitu tahun empat, tahun lima dan tahun enam. Terdapat beberapa modul yang digunakan untuk menggerakkan persatuan ini. Ada di antara modul yang digunakan diperoleh dari agensi kerajaan yang lain seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Banyak nilai murni yang diterapkan kepada ahli-ahli persatuan melalui pelbagai aktiviti yang dianjurkan. Sebagai contoh, melalui penganjuran bengkel kepenggunaan, setiap ahli (murid) didedahkan dengan persekitaran yang penuh dengan nilai murni. Buktinya, slot pengguna bijak menerapkan ciri-ciri yang baik seperti bijaksana, saling menghormati, bertolak ansur, jujur dan banyak lagi.

Berdasarkan kepada perkara-perkara berikut, maka persatuan ini berjaya mencapai matlamat asal penganjurannya.


3.1.3 Pelaksanaan

Aktiviti Persatuan Pengguna ini dilaksanakan pada setiap hari Rabu (minggu kedua setiap bulan) sebagai salah satu aktiviti ko-kurikulum. Tempoh masa yang diperuntukkan untuk setiap sesi ialah selama dua jam sahaja bermula jam 2 hingga 4 petang.

3.1.4 Impak kepada murid

Penganjuran aktiviti Persatuan Pengguna ini berjaya memberi impak yang positif kepada semua ahlinya iaitu murid-murid. Perubahan sikap positif yang ditunjukkan oleh mereka memberi petanda bahawa aktiviti yang dijalankan memberi manfaat kepada mereka. Buktinya, mereka lebih berhemat ketika membeli makanan di kantin, lebih bertimbang rasa dan lain-lain lagi. 


3.2 Kelab Bola Sepak

3.2.1 Matlamat


Penubuhan Kelab Bola Sepak dilakukan untuk menyahut Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu untuk melahirkan individu yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah. Murid yang sihat dan cergas akan menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam segala aspek. Selain itu, penubuhan Kelab Bola Sepak juga menyahut seruan kerajaan untuk menjayakan 'Sukan Untuk Perpaduan'. Selain itu, ia juga berkesan untuk menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan murid yang menyertainya.

3.2.2 Strategi


Penyertaan kepada Kelab Bola Sepak dibuka kepada murid-murid tahap satu dan dua. Penggabungan kedua-dua tahap ini sengaja dilakukan untuk beberapa tujuan. Antaranya ialah untuk memudahkan pengurusan dan juga memberi peluang kepada murid untuk mempelajari kemahiran tertentu daripada rakan-rakan yang lain. Ini merupakan satu langkah yang bijak untuk menyemai semangat bersatu-padu antara mereka.


Selain itu, terdapat juga perlawanan persahabatan di antara guru dengan murid yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Langkah ini diambil untuk mengeratkan silaturrahim antara guru dan murid. Ini menunjukkan bahawa hubungan antara guru dengan murid tidak hanya terbatas dalam bilik darjah sahaja, tetapi melibatkan seluruh persekitaran sekolah. Strategi yang diambil ini berjaya memupuk nilai-nilai murni dalam kelompok Kelab Bola Sepak.

3.2.3 Pelaksanaan

Aktiviti Kelab Bola Sepak dilaksanakan juga pada setiap hari Rabu (minggu ketiga setiap bulan). Murid-murid yang menyertai kelab ini akan menjalani latihan secara teori dan amali selama dua jam secara berkumpulan.

3.2.4 Impak kepada murid
 
Latihan yang dijalankan secara berkumpulan memerlukan murid sentiasa berkomunikasi dengan rakan-rakan yang lain. Secara tidak langsung, nilai-nilai murni dapat disemai dalam diri mereka. Antara kesan baik yang dilihat melalui perwatakan ahli-ahli Kelab Bola Sepak ini ialah, mereka semakin menghormati antara satu sama lain, lebih bertanggungjawab dan berani mencuba sesuatu yang baru. Sebagai contoh, terdapat seorang murid yang telah dilantik menjadi kapten pasukan mula mengubah perilakunya menjadi seorang murid yang lebih bertanggungjawab berbanding sebelum ini.


3.3 Tunas Kadet Remaja Sekolah


3.3.1 Matlamat

Matlamat utama penubuhan Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) ialah untuk melahirkan murid cemerlang yang berilmu, beriman, dan beramal, berakhlak mulia, bersemangat patriotik dan berketrampilan selaras dengan usaha dan hasrat mengisi tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Aktiviti TKRS diharap dapat mengembangkan semua aspek potensi murid yang berteraskan ilmu dan amal ke arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah mereka yang mengamalkan nilai-nilai murni dan moral yang tinggi.

3.3.2 Strategi

Penglibatan murid dalam TKRS dibuka dari tahap satu hingga tahun dua. Terdapat beberapa modul yang perlu diikuti oleh setiap murid yang menganggotai TKRS. Berikut adalah modul-modul asas untuk setiap anggota:
  • Disiplin dan Kerohanian
  • Ketahanan diri dan Kebudayaan
  • Alam Sekitar
  • Keusahawanan
  • Khidmat Masyarakat ( Khidmas )


3.3.3 Pelaksanaan


TKRS akan mengadakan perjumpaan pada setiap hari Rabu (minggu pertama dan keempat). Murid-murid yang menganggotai TKRS akan memakai pakaian seragam mereka sepanjang hari. Ini melambangkan kesepaduan mereka dalam berorganisasi. Latihan kawad kaki akan dijalankan selama satu jam manakala kuliah ilmu asas TKRS juga selama satu jam. Jumlah dua jam setiap sesi memberikan peluang kepada murid-murid untuk membina sahsiah yang baik dalam diri mereka.

3.3.4 Impak Kepada Murid


Penganjuran unit beruniform ini dikesan paling banyak menyumbang ke arah pembentukan sahsiah murid-murid. Nilai-nilai murni seperti saling menghormati, saling membantu, berdikari, berdisiplin, patuh pada arahan dan banyak lagi diterapkan secara terus kepada mereka melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan seperti kawad kaki, perkhemahan tahunan dan pertandingan pertolongan cemas.




4.0 Penilaian Keberkesanan Aktiviti Ko-Kurikulum Dalam Menerapkan Nilai dan Etika

Beberapa data telah dikumpul untuk dianalisis. Seramai 20 orang murid telah diminta untuk menjawab soalan di dalam borang soal selidik berkenaan dengan aktiviti ko-kurikulum yang telah mereka sertai. Berikut adalah keputusan dan hasil dapatan yang berjaya direkodkan:

Graf 1

Analisis graf:

Graf menunjukkan bahawa 15 orang murid bersetuju bahawa Persatuan Pengguna berjaya menerapkan nilai dan etika dalam kalangan ahlinya. Walaubagaimanapun, terdapat juga 5 orang murid yang tidak bersetuju dengan penyataan tersebut. Berdasarkan kepada hasil dapatan, murid yang tidak bersetuju mungkin didorong oleh beberapa faktor. Pertama, perjumpaan untuk aktiviti berpersatuan hanya sekali sebulan iaitu pada minggu kedua sahaja. Ini menjadikan tempoh interaksi sesama mereka dengan ahli yang lain menjadi begitu terhad. Kedua, kekurangan aktiviti berkumpulan juga mungkin menjadi penyebab murid-murid kurang mendapat peluang untuk mengembangkan bakat dan mengekspresi nilai murni yang mereka telah pelajari di bilik darjah.

Cadangan Penambahbaikkan:

Aktiviti berpersatuan ini akan menjadi lebih berkesan jika murid diberi ruang masa yang bersesuaian dengan keperluan aktiviti mereka. Selain itu, kepelbagaian bentuk aktiviti semasa tempoh berpersatuan juga boleh membantu murid untuk menimba ilmu berkenaan dengan nilai dan etika secara tidak langsung. Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan oleh Persatuan Pengguna ialah Perkhemahan Pengguna, Bengkel Pengguna Bijak, Lawatan ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Lawatan ke Persatuan Pengguna Negeri dan lain-lain.


Graf 2

Analisis Graf:

Berdasarkan kepada graf di atas, hampir keseluruhan murid bersetuju bahawa Kelab Bola Sepak berjaya menerapkan nilai dan etika terhadap diri mereka. Sebanyak 19 orang bersetuju dan hanya 1 orang sahaja yang menyatakan sebaliknya. Nilai keberkesanan yang tinggi ini merupakan hasil percaturan bijak pihak sekolah yang membuka penyertaan kelab ini kepada tahap satu dan tahap dua. Ini membolehkan murid yang lebih tua berinteraksi dengan murid yang muda tanpa rasa janggal. Interaksi ini memberi ruang dan peluang kepada setiap murid untuk menunjukkan sahsiah yang terbaik. Sebagai contoh, murid yang lebih tua seperti murid tahun enam akan menunjukkan contoh sikap, nilai murni dan etika yang terbaik untuk dicontohi oleh murid-murid lain. Hubungan guru dan murid yang erat juga menjadi faktor mengapa murid memilih untuk bersetuju dengan penyataan ini. Seorang murid memilih untuk tidak bersetuju kerana faktor minat. Murid berkenaan tidak mempunyai kecenderungan minat terhadap bola sepak kerana keterbasan faktor kesihatan. Oleh yang demikian, penglibatannya di dalam padang agak terhad dan ruang untuk berinteraksi dan bersosialisasi dengan ahli yang lain sangatlah sedikit.

Cadangan Penambahbaikkan:

Pemilihan murid untuk menyertai kelab sukan seperti Kelab Bola Sepak adalah lebih baik sekiranya bersesuaian dengan minat dan tahap kesihatan murid. Tanpa minat dan kesihatan yang baik, adalah sukar bagi seseorang murid untuk memberi fokus yang terbaik terhadap bidang yang diceburinya. Oleh yang demikian, kebijaksaanaan sekolah dan sikap keterbukaan guru sangat diperlukan semasa menyusun murid ke dalam organisasi-organisasi tertentu. Bagi murid yang bermasalah kesihatan, mereka masih boleh menyertai kelab sukan yang lebih santai seperti kelab petanque, catur dan sebagainya.


Graf 3

Analisis Graf:

Jumlah 100 peratus setuju menunjukkan bahawa Tunas Kadet Remaja Sekolah berjaya mencapai matlamatnya dalam menerapkan nilai murni dan etika dalam pembentukan sahsiah murid-murid. Kejayaan ini dikesan disebabkan oleh beberapa faktor. Pertama, tempoh interaksi murid dalam aktiviti ko-kurikulum ini agak panjang dan ini memberi peluang kepada mereka untuk bersosialisasi sesama anggota yang lain. Kedua, aktiviti yang diaturkan meliputi 'indoor' serta 'outdoor' dan kebanyakan aktiviti ini memerlukan kekuatan berpasukan dan kesepaduan. Sepanjang melaksanakan tugasan yang diberi, mereka akan didedahkan dengan pelbagai nilai dan etika yang baik. Nilai murni seperti berdisiplin, berani, saling membantu dan etika sebagai seorang anggota unit beruniform dipraktikkan sepanjang tempoh masa latihan. Berdasarkan kepada latihan kawad yang mereka jalani, konsep hukuman dan ganjaran yang diberi menjadikan mereka lebih berdisiplin dalam melaksanakan apa jua pergerakan.


5.0 Kesimpulan

Berdasarkan kepada pemerhatian keseluruhan dan sedikit analisis yang dibuat, aktiviti ko-kurikulum dilihat mampu menjadi satu landasan yang terbaik untuk menerapkan nilai dan etika dalam kalangan murid di peringkat sekolah sebeluim mereka melangkah masuk ke alam masyarakat yang lebih luas liputannya. Tanpa aktiviti ko-kurikulum, perkembangan sahsiah murid mungkin sukar dilaksanakan dengan jayanya.

Nilai Murni

Nilai murni dapat didefinisikan sebagai perlakuan yang baik, peradaban dan tatasusila individu manusia dalam hubungannya sesama manusia, alam dan tuhan. Wan Mohd. Zahid mentakrifkan nilai murni sebagai:

"Nilai-nilai murni merupakan tanggapan berkenaan perkara-perkara yang dihajati dan pada masa yang sama juga menjadi kriteria atau ukuran. Nilai-nilai murni sesuatu masyarakat biasanya diasaskan kepada agama. Memang menjadi tujuan semua agama, untuk membentuk kehidupan penganutnya untuk menjadi baik dan berakhlak mulia" (Wan Mohd. Zahid, 1988)

Secara keseluruhannya, ia merupakan nilai yang positif yang boleh diterima oleh pelajar dan masyarakat. Dalam pendidikan, penerapan nilai yang pertama kali secara rasminya diberi penekanan ialah melalui Lapuran Kabinet (Lapuran Mahathir 1979), 1989. Semasa Datuk Sri Anwar Ibrahim menjadi pemimpin Kementerian Pendidikan beliau membuat penyataan mengenai FPN & KBSM yang mana menyelitkan isu-isu nilai murni untuk diterapkan kepada pelajar-pelajar dan guru-guru dalam melahirkan insan yang seimbang dan harmoni, bukan sahaja dari segi intelek, tetapi juga emosi, rohani dan jasmani.

Falsafah Pendidikan Negara (FPN) yang disuratkan pada tahun 1987 berbunyi:-
"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan kearah perkembangan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara"

Falsafah Pendidikan ini menjurus ke arah mencirikan insan dan warganegara yang baik dengan mengemukakan ciri-ciri:
Percaya dan patuh kepada tuhan
Berilmu pengetahuan
Berakhlak mulia
Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara.
Berbakti dan memberi sumbangan kepada masyarakat, agama. Bangsa dan negara.

Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu.
Keseimbangan dan keharmonian yang terdapat dalam FPN akan dapat dicapai jika nilai-nilai murni ini dapat direalisasikan melalui kurikulum (khususnya dalam pendidikan formal dan tidak formal) supaya ilmu pengetahuan akan dapat diperkembangkan sebagai khalifah Allah dimukabumi ini, manusia hendaklah menyeru dan menyedarkan sesama manusia yang lain.

Usaha dan kesedaran daripada insan itu sendiri amat penting dalam mentafsir, membentuk dan melaksanakn hasrat falsafah pendidikan demi untuk melahirkan insan yang berilmu, beriman, berakal, berketerampilan dan berakhlak mulia.

Kesedaran tentang penanaman nilai-nilai murni disemai dan dibajai mulai zaman kanak-kanak lagi. Ibubapa, guru-guru dan masyarakat masing-masing berperanan dalam memberi teladan kepada kanak-kanak agar mereka dapat menyesuaikan dan memeprsembahkan diri mereka berdasarkan kepada nilai murni yang ditonjolkan kerana mereka ibarat kain putih yang perlu dicorakkan dengan warna-warna nilai yang baik. Bak kata pepatah, "melentur buluh biarlah dari rebungnya".

Pendidikan di rumah adalah bergantung kepada ahli keluarga itu sendiri. Rasulullah S.A.W menegaskan kepentingan pendidikan bermula di rumah iaitu pada peringkat keluarga lagi. Sabda baginda yang bermaksud:

" Setiap bayi yang dilahirkan itu dengan fitrahnya. Hanya ibubapanya yang menjadikan ia Yahudi, Nasrani atau Majusi."

Di sekolah guru memainkan peranan sebagai ibubapa dalam membentuk kanak-kanak selaras dengan penerapan yang dimasukkan dalam Falsafah Pendidikan Negara. Nilai-nilai murni mula diterapkan dari pendidikan pra sekolah lagi merupakan basic atau asas kepada proses pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak dalam membentuk peribadi dan bernilai murni.

Guru bukan hanya menjalankan tugas mengajar matapelajaran yang terdapat dalam syllabus tertentu sahaja, sebab nilai murni perlu terdapat dalam setiap matapelajaran. Dan adakalanya nilai murni yang disalurkan itu tidak terdapat secara khusus di dalam subjek tersebut tetapi diterapkan secara tidak formal seperti komunikasi yang baik antara guru dan murid, yang akan mempengaruhi penanaman nilai dalam jiwa pelajar.

Rasional Nilai-nilai Murni dalam Falsafah Pendidikan Negara
Pada bulan Mei 1969, rusuhan kaum berlaku dalam sejarah negara. Ini menunjukkan kerapuhan kebangsaan kita. Masyarakat kita tiada semangat muhibbah yang dapat menyatukan setiap kaum. Selain daripada itu tekanan daripada cendikiawan Islam terutama sejak Persidangan Sedunia Tentang Pendidikan Islam di Mekah pada tahun 1977 serta penularan pelbagai jenis penyakit kerohanian, akhlak, sosial dikalangan pelbagai lapisan masyarakat mengalakkan pihak yang berkenaan memberi perhatian yang lebih kepada isu nilai dalam pendidikan.

Sebagaimana yang kita tahu matlamat dasar pendidikan negara adalah untuk melahirkan masyarakat yang bersatupadu, berdisiplin, berpengetahuan, bertanggungjawab, berkebolehan berwawasan dan terlatih. Maka apakah corak pandangan hidup atau "world view" yang harus didedahkan kepada pelajar atau belia sekarang untuk mereka hayati, amal dan wariskan?. Untuk melihat output dan product yang positif yang dijelmakan oleh pelajar ialah melalui penanaman nilai-nilai murni serta penekanan yang lebih jitu dalam usaha mendidik mereka agar selaras dengan penyataan FPN ini. Fungsi utama proses pendidikan ialah sebagai agen pemasyarakatan dan pembudayaan dalam menerapkan nilai-nilai tersebut. Yang penting sekali adalah kesepaduan empat sifat utama iaitu JERI (Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelektual) yang akan menghasilkan keseimbangan dalam melahirkan individu yang berakhlak.

Masyarakt adalah agen ketiga dalam membentuk nilai murni. Melalui FPN yang dipelajari disekolah-sekolah baik untuk ahli masyarakat yang sedang atau telah tamat bersekolah. Mereka telah diterapkan dan diajar dengan nilai murni. Kesan daripada apa yang dipelajari mereka boleh jelaskan kepada orang lain samada melalui bentuk penerangan, perbincangan melihat ataupun perubahan perlakuan sendiri. Penerapan nilai itu mestilah bersahaja dan tidak langsung dan sentiasa berterusan.

Di Malaysia dewasa ini isu-isu penerapan nilai murni semakin ketara dan menonjol. Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan strategi penerapan nilai-nilai murni secara komprehensif dimana:
" Nilai-nilai murni akan disisipkan melalui kesemua matapelajaran dan akan diperkukuhkan melalui kegiatan-kegiatan ko-kurikulum, formal dan tidak formal, di dalam dan di luar bilik darjah, akan digunakan sepenuhnya dengan cara bersepadu untuk memastikan penerapan nilai-nilai murni akan berhasil dan berkesan."

Aspek Nilai-nilai Murni
Jawatankuasa Pendidikan Akhlak yang ditubuhkan pada tahun 1976 telah meneliti nilai-nilai yang terkandung dalam pelbagai agama yang diamalkan di negara kita, tidak hanya memfokuskan kepada agama Islam sahaja. Berasaskan kepada pandangan dan maklumbalas yang diperolehi , jawatankuasa ini yang dianggotai oleh wakil pelbagai agama telah menerima 16 nilai yang boleh diajar dan diserapkan kepada semua pelajar di negara ini untuk membentuk pelajar yang seimbang dan menyeluruh dari segi kognitif, afektif, psikomotor dan akhlak.Tujuan pendidikan nilai murni ialah untuk membentuk murid-murid supaya berperibadi mulia dan mampu dalam membuat keputusan berdasarkan nilai moral diri, keluarga, komuniti dan masyarakat.Sikap sentiasa mengambil berat terhadap perasaan dan kebajikan orang lain secara tulus ikhlas. Sikap baik hati boleh dilihat dengan menilai tindak tanduk orang lain.

14 August 2011

The beautiful word from FB : Bila ditimpa ujian..

Kdg2 kita berdoa utk kuat tp bnyak pula dugaan yg dtg, kdg2 kita minta cerdik tp mslh pula yg bertandang, kdg2 kita mita kebhgiaan tp huru hara pula menjelang. Dugaan menjd kn mental kita kuat, mslh menjd kn kita berfikir, huru hara menjd kn kita tabah.

Dalam hadis telah berkata Jibrail a.s : “Wahai Tuhan, Engkau sampaikanlah hajat hambaMu, maka Allah menjawab : “Biarkn hambaku itu, krn Aku mencintai rintih suaranya”…-Anas b Malik r.a

12 August 2011

Tahukah Anda: Kumpulan Qasidah Al-Ihya'.

Kumpulan Qasidah Al- Ihya' dianggotai oleh guru-guru pelatih IPG Kampus Tuanku Bainun, Pulau Pinang. Kumpulan ini aktif menjalankan aktiviti berqasidah dan dakwah melalui bait-bait lagu qasidah yang memuji akan kebesaran junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. Sehingga kini, kumpulan Qasidah Al-Ihya' semakin rancak menyebarluaskan usaha mereka ke seluruh negara. Doakan kumpulan ini akan terus subur dan mekar mewangi dalam perjuangan mereka. Amin.

Untuk menonton video dan menghayati kelunakan alunan-alunan qasidah mereka, lawati laman sosial mereka di http://www.facebook.com/ 
dengan kata kunci Bainun Maulid Ensemble

11 August 2011

Manfaatkan Micro-teaching

Micro-teaching atau pengajaran mikro merupakan satu kaedah P&P yang hanya melibatkan proses yang minima dan melibatkan jumlah murid yang sedikit. Kebanyakan pelatih mengadakan atau mempraktikkan Micro-teaching adalah untuk mendapatkan skil atau pengalaman yang berguna secara langsung ketika mengajar.

Pelbagai aspek dapat dipelajari dengan lebih kemas apabila menggunakan kaedah Micro-teaching. Kesilapan yang terkesan atau kelebihan yang dikenalpasti boleh dimanfaatkan untuk penambahbaikkan apabila mengajar dalam situasi yang sebenar kelak.

Micro-teaching adalah latihan sebelum meneruskan kaedah Macro-teaching (yang lebih holistik). Oleh yang demikian, para guru pelatih haruslah merebut peluang semaksima mungkin andai diberi peluang untuk melaksanakan Micro-teaching. Tidak rugi. Pengalaman yang anda peroleh sangat berguna di sekolah ketika menjalankan praktikum kelak!

Selamat maju jaya.

18 July 2011

Apa yang anda boleh lakukan dengan MEMO PAD?



Memo Pad. Kertas bewarna (kadang-kadang bewarna putih) yang biasanya berbentuk segi empat sama. Murah dan ada banyak gunanya.

Admin ingin berkongsi dengan pembaca semua. Admin seringkali membawa Memo pad ini ketika ke sekolah. Biarpun kadangkala tidak digunakan.

Memo pad ini sangat berguna tatkala kita ketandusan idea untuk merancang aktiviti bagi kelas ganti. Penggunaan memo pad ini sangat mudah dan ringkas. Sesiapa sahaja boleh menggunakannya. Fungsi asal memo pad ini memanglah hanya untuk menulis memo atau peringatan penting. Tetapi, guru yang kreatif seperti pembaca semua boleh mempelbagaikan penggunaannya.

Apabila anda ditugaskan untuk menggantikan kelas, bawa sahaja memo pad ini ke kelas. Ada beberapa aktiviti yang anda boleh lakukan dengan memo pad ini. Admin sudah mencuba. Alhamdulillah, murid sangat renponsif. Kini, giliran anda pula untuk mencuba! Selamat!

Cara penggunaan.

Contoh, subjek Matematik.

  1. Bawa memo pad ini ke kelas.
  2. Edar kepada murid, seorang sekeping.
  3. Kemudian guru boleh memilih topik yang bersesuaian dengan aras murid. Contoh, geometri.
  4. Terangkan kepelbagaian bentuk geometri kepada murid. Kaitkan bentuk memo pad yang mereka ada dengan bentuk geometri - Segi empat sama.
  5. Kemudian, lipat memo pad kepada dua, menjadikannya berbetuk segi empat tepat. Guru boleh menerangkan perbezaan segi empat tepat dengan segi empat sama.
  6. Seterusnya, jadikan memo pad kepada bentuk segi tiga. Guru memainkan peranan untuk menerangkan kepada murid berkenaan dengan ciri-ciri segi tiga.
  7. Setelah selesai, guru boleh membuat rumusan bahawa 3 bentuk geometri boleh dibina hanya menggunakan memo pad.
Aktiviti ini sangat menarik kerana murid akan menjadi begitu teruja untuk mencuba bentuk-bentuk geometri yang lain pula!
Banyak lagi aktiviti yang boleh dibuat misalnya origami, membuat kad (biarpun kecil, murid-muridangat suka kepada sesuatu yang comel!) dan banyak lagi! :)

11 July 2011

Artikel: Ponteng

Secara ringkasnya, Wikipedia mendefinisikan ponteng sebagai:

"...Ponteng adalah istilah yang digunakan bagi merujuk kepada apa jua kegagalan menghadiri kelas di sekolah secara sengaja tanpa alasan yang munasabah. Menurut Kamus Dewan, ponteng didefinisikan sebagai lari daripada tanggungjawab atau tugas tanpa kebenaran. Istilah tersebut digunakan bagi kes ketidakhadiran yang berpunca daripada keinginan pelajar itu sendiri, dan bukannya kes-kes yang "dimaafkan" seperti sakit, kemalangan dan sebagainya. Definisi sebenar mungkin berbeza mengikut sekolah, tetapi biasanya diterangkan secara jelas di dalam peraturan sekolah."

Terdapat tiga jenis ponteng yang boleh digambarkan secara umum.

Pertama: Ponteng sekolah
Ponteng sekolah merupakan satu tabiat buruk di mana murid tidak hadir ke sekolah tanpa sebab atau alasan yang munasabah. Kelakuan seumpama ini merupakan masalah disiplin yang paling popular di kalangan murid-murid.

Kedua: Ponteng kelas.
Ponteng kelas berlaku apabila seseorang murid itu berada di kawasan sekolah tetapi tidak berada di dalam kelas semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung. Kebiasaannya, murid akan mencari tempat-tempat tertentu seperti tandas untuk melepak dan membuang masa.

Ketiga: Ponteng minda.
Gejala ini kerap berlaku tanpa disedari. Secara umumnya, jasad si pelaku berada di dalam kelas. Walaubagaimanapun, pemikiran dan tumpuannya telah jauh menghilang. Guru- guru yang peka boleh mengesan perkara ini dengan kerap bertanya soalan kepada murid berkenaan untuk menguji sama ada mereka mengikuti pelajaran atau tidak.

06 July 2011

Artikel : Memahami kepelbagaian latar belakang murid

Setiap murid mempunyai kecerdasan yang berbeza. Oleh yang demikian, guru harus peka dengan keperluan mereka. Guru tidak seharusnya menggunakan pendekatan pengajaran yang sama bagi semua murid. Guru yang baik adalah guru yang mengetahui keperluan murid. Terdapat banyak masalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran sekiranya guru tidak mengetahui latar belakang murid. Proses menganalisis latar belakang murid ini memanglah rumit. Walaubagaimapun, perkara sedemikian sangat membantu para guru untuk mencapai hasil pembelajaran.

Terdapat banyak cara yang boleh digunakan untuk menyelidik latar belakang murid. Bergantung kepada kemahiran dan keperluan guru. Salah satunya ialah, guru boleh menilai murid melalui pemerhatian. Guru boleh mendapat maklumat mengenai kecenderungan murid, keaktifan mereka malah guru juga boleh memperoleh maklumat mengenai poteni bakat murid.

05 July 2011

Permainan Kelas Ganti : Rumah Idaman

Ketika anda berada di sekolah, sama ada untuk menjalani PBS ataupun praktikum, pasti anda tidak akan terlepas dari mengisi kekosongan waktu kelas yang ada (kelas ganti). Apa yang selalu anda lakukan ketika menggantikan kelas tersebut? Adakah anda akan menyuruh murid-murid anda membuat kerja masing-masing atau mengambil kesempatan ini untuk mengembangkan potensi mereka?

Terdapat guru yang mampu merancang dengan spontan aktiviti untuk kelas ganti. Ada juga yang mati kutu. Oleh yang demikian, slot PERMAINAN KELAS GANTI ini sengaja diwujudkan untuk berkongsi idea-idea rakan-rakan guru yang mungkin boleh dilaksanakan semasa kelas ganti.

Selamat mencuba! 



Pengenalan Permainan Rumah Idaman

Permainan Rumah Idaman memerlukan setiap kumpulan membina sebuah rumah. Murid-murid akan dididik untuk saling bekerjasama membina rumah tersebut.


Kesesuaian Subjek : Kajian Tempatan, PSK, PSV
Sasaran : Tahun 4/5
Tempoh cadangan : 30 minit
Alat: Kapur tulis/ pen marker, papan tulis.
Objektif: Mengembangkan bakat melukis dan imaginasi murid.
Nilai: Kerjasama.


Kaedah
  1. Bahagi murid kepada kumpulan-kumpulan yang seimbang bilangan ahlinya.
  2. Lantik ketua bagi setiap kumpulan.
  3. Edarkan sebatang kapur/pen marker untuk setiap kumpulan melalui ketua masing-masing.
  4. Jelaskan arahan permainan kepada murid.
Arahan untuk murid

Setiap kumpulan dikehendaki melukis sebuah rumah idaman dengan menggunakan kapur/pen marker di papan hitam. Setiap ahli kumpulan hanya dibenarkan melukis satu garisan sahaja dan seterusnya disambung oleh ahli yang lain. Teruskan lakukan aktiviti ini secara bergilir-gilir dengan memastikan semua ahli terlibat. Siapkan rumah anda dalam tempoh lima minit. Rumah yang paling kreatif akan memenangi permainan ini.

Panduan guru

Guru hanya bertindak sebagai fasilitator. Berikan kebebasan yang terkawal kepada murid supaya mereka dapat mempamerkan imaginasi dan kreativiti mereka. Berilah dorongan dan galakan kepada murid yang lemah. Asuh mereka supaya mengamalkan nilai-nilai bekerjasama. Setelah permainan tamat, guru meminta ketua kumpulan untuk membentangkan hasil kerja masing-masing. Jika kena pada gayanya, permainan ini akan menjadi sangat menarik!

Alternatif

Selain melukis rumah, guru juga boleh menentukan objek-objek lain yang lebih sesuai dengan subjek kelas ganti.
 

Slot baru: Permainan Kelas Ganti

Ketika anda berada di sekolah, sama ada untuk menjalani PBS ataupun praktikum, pasti anda tidak akan terlepas dari mengisi kekosongan waktu kelas yang ada (kelas ganti). Apa yang selalu anda lakukan ketika menggantikan kelas tersebut? Adakah anda akan menyuruh murid-murid anda membuat kerja masing-masing atau mengambil kesempatan ini untuk mengembangkan potensi mereka?

Terdapat guru yang mampu merancang dengan spontan aktiviti untuk kelas ganti. Ada juga yang mati kutu. Oleh yang demikian, slot PERMAINAN KELAS GANTI ini sengaja diwujudkan untuk berkongsi idea-idea rakan-rakan guru yang mungkin boleh dilaksanakan semasa kelas ganti.

Selamat mencuba!

27 June 2011

Contoh soalan Aras Penilaian

Taksonomi Bloom
Aras: Penilaian

Ciri Soalan:

Memerlukan calon menilai, membuat pertimbangan atau justifikasi untuk mencapai atau mendapatkan sesuatu kesimpulan. Calon perlu melihat fakta dari aspek ‘pro dan cons’ semasa membuat penilaian.

Contoh Kata Kerja:

Bincangkan, Nilaikan, Beri pendapat, Beri justifikasi, Pertimbangkan, dll.

Contoh Soalan:
Pencerobohan tentera Amerika dan Britain terhadap Iraq merupakan satu tindakan yang zalim dan tidak berperikemanusiaan. Rakyat Iraq sanggup mempertahankan segenap inci tanah tumpah darah mereka. Mereka sanggup putih tulang daripada berputih mata.

Soalan.

Apakah yang anda faham mengenai ungkapan “Biar berputih tulang jangan berputih jangan berputih mata”?

22 June 2011

Teori Kemoralan Sosial

Teori-teori Etika: Teori Kemoralan Sosial

Teori Kemoralan Sosial cenderung mengaitkan peraturan masyarakat dengan konsep etika. Teori Kemoralan Sosial juga dikenali juga sebagai kemoralan konvensional dan tradisionalisme atau konservatisme dalam kemoralan Ia merujuk kepada standard atau ukuran moral yang merangkumi nilai-nilai yang mementingkan masyarakat. Individu bukan sebagai matlamat kemoralan. Nilai atau peraturan ini adalah ukuran dan persetujuan masyarakat .

Oleh itu individu bertanggungjawab untuk mematuhi standard moral ini demi menjaga kerukunan sosial yang sedia ada. Hakikatnya, teori ini juga wujud di dalam ajaran Islam yang melihat moral melalui kacamata masyarkat dan kehidupannya selagi mana ia tidak bertentangan dengan kehendak shara’. Maksudnya, moral atau undang-undang warisan sesebuah masyarakat secara automatik akan tertolak jika bertentangan dengan Shari’ah.

Individu yang berpegang kepada teori kemoralan sosial menghadapi kesukaran menyesuaikan diri dengan peraturan dan situasi masyarakat yang baru sedangkan masa dan keadaan sekeliling selalu berubah.

Perbandingan Teori Kemoralan Sosial dengan teori-teori yang lain

Teori Teleologikal menyatakan sesuatu nilai sama ada betul atau salah adalah bergantung kepada keputusan akhir sesuatu tindakan.

Teori Deontologi lebih mementingkan sifat perlakuan atau ciri-ciri peraturan itu dalam menentukan sama ada nilai itu adalah betul atau salah, akibat/kesan sesuatu perlakuan adalah tidak dititikberatkan dalam teori ini.

Menurut Teori Prinsip Kewajipan, tanggungjawab merupakan satu nilai utama menentukan sama ada tindakan itu bermoral atau tidak.

Teori Keperibadian Mulia menyatakan bahawa setiap keperibadian yang mulia merupakan jalan tengah, iaitu sesuatu nilai yang diamalkan itu adalah tidak berlebihan dan tidak juga terlalu kurang.

Teori Kemoralan Sosial cenderung mengaitkan peraturan masyarakat dengan konsep etika. Standard atau ukuran moral merangkumi nilai-nilai yang mementingkan masyarakat dan individu bukan sebagai matlamat kemoralan.

Kritikan terhadap Teori Kemoralan Sosial

Teori kemoralan sosial merupakan etika yang keterlaluan berlandaskan peraturan masyarakat dianggap dogmatik dan authoritarian. Teori ini melemahkan autonomi serta menyekat pertimbangan bebas dan pilihan sukarela

Semua masyarakat mempunyai peraturan moral masing-masing; nilai, tradisi, undang-undang, adat serta kepercayaan. Ini bermakna terdapat pertentangan peratutan moral dengan masyarakat lain. Hal ini secara tidak langsung boleh bawa ketegangan dan konflik.

Bull (1969) pula menyatakan bahawa Teori Kemoralan Sosial membentuk satu sekatan atau isbat berasaskan apa yang diizinkan atau ditegah oleh autoriti dalam masyarakat. Walaubagaimanapun,boleh hilang kuasanya jika seseorang itu didapati menyembunyikan perbuatan buruk yang melanggar peraturan masyarakat. Misalnya di negara kita berzina satu kesalahan, tetapi terdapat orang bersekedudukan yang tidak segan silu apabila berada di luar negara – yang longgar peraturannya.

20 June 2011

Values, morals and ethics

What are the differences between values, morals and ethics? They all provide behavioral rules, after all. It may seem like splitting hairs, but the differences can be important when persuading others.
Values

Values are the rules by which we make decisions about right and wrong, should and shouldn't, good and bad. They also tell us which are more or less important, which is useful when we have to trade off meeting one value over another.

Dictionary.com defines values as:

n : beliefs of a person or social group in which they have an emotional investment (either for or against something); "he has very conservatives values"

Morals

Morals have a greater social element to values and tend to have a very broad acceptance. Morals are far more about good and bad than other values. We thus judge others more strongly on morals than values. A person can be described as immoral, yet there is no word for them not following values.

Dictionary.com defines morals as:

n : motivation based on ideas of right and wrong

Ethics

You can have professional ethics, but you seldom hear about professional morals. Ethics tend to be codified into a formal system or set of rules which are explicitly adopted by a group of people. Thus you have medical ethics. Ethics are thus internally defined and adopted, whilst morals tend to be externally imposed on other people.

If you accuse someone of being unethical, it is equivalent of calling them unprofessional and may well be taken as a significant insult and perceived more personally than if you called them immoral (which of course they may also not like).

Dictionary.com defines ethics as:

A theory or a system of moral values: “An ethic of service is at war with a craving for gain"

The rules or standards governing the conduct of a person or the members of a profession.

Ethics of principled conviction asserts that intent is the most important factor. If you have good principles, then you will act ethically.

Ethics of responsibility challenges this, saying that you must understand the consequences of your decisions and actions and answer to these, not just your high-minded principles. The medical maxim 'do no harm', for example, is based in the outcome-oriented ethics of responsibility.
So what?

Understand the differences between the values, morals and ethics of the other person. If there is conflict between these, then they probably have it hidden from themselves and you may carefully use these as a lever.

Beware of transgressing the other person's morals, as this is particularly how they will judge you.

Talking about professional ethics puts you on a high moral platform and encourages the other person to either join you or look up to you.


16 June 2011

Pendekatan Induktif dan Pendekatan Deduktif

JIKA PAPARAN MENJADI 'BLANK'/HITAM, TERUS KLIK KE PAGE 2




13 June 2011

Kaedah Komunikasi Yang Positif

Komunikasi sesama kita merupakan salah satu seni pembinaan personaliti. Ia termasuklah komunikasi ringkas dengan kawan-kawan dan rakan sekerja yang biasanya membawa impak yang besar kepada hati insan yang mendengarnya.

Fokus artikel kali ini adalah alternatif-alternatif yang berkesan yang dapat kita aplikasikan dalam kehidupan seharian lebih-lebih lagi ketika berkomunikasi dengan orang lain.

Selalunya apakah antara ayat-ayat yang kita akan gunakan sekiranya kita mahu meminta pertolongan daripada orang lain atau sekiranya kita ingin meminta tolong dia seseorang membuat sesuatu?

Kebanyakan dari kita , tanpa disedari, selalu mengucapkan dialog tanpa kita fikir kesannya terhadap orang lain, kerana cara itu sering menjadi tabiat kita dari hari ke hari.

Contoh ayat suruhan: Saya nak awak selesaikan minit mesyuarat semalam.

Cara Alternatif: Saya nak minta tolong /perlukan pertolongan awak siapkan minit mesyuarat semalam untuk edaran segera.

Di dalam penyataan ini, kita masih menyatakan kita minta dia melakukan sesuatu(dengan nada yang baik dan bersopan) walaubagaimanapun dalam masa yang sama, kita memberitahunya kenapa ia perlu disiapkan atau dilaksanakan. Kebanyakan kita hanya tahu menyuruh orang lain membuat itu dan ini, tapi kita lupa memberitahu mereka kenapa perkara tersebut perlu dilakukan. Ini menyebabkan, orang lain kadang-kadang berada dalam keadaan kabur dan tidak mengerti permintaan kita.

Jika kita sebagai ketua didalam sebuah organisasi,  tidak salah sekiranya kita menggunakan kedua-dua frasa di atas, namun frasa yang kedua lebih menampakkan sikap anggun atau berhemahnya kita dalam meminta tolong seseorang melakukan tugas. Tapa disedari kita dapat mendidik orang bawahan kita melakukan perkara yang sama terhadap orang lain. Akhirnya aura berhemah ini akan berkembang di sekeliling kita.

Dalam situasi kita menunggu email atau surat daripada seseorang. Kita sering bertanya mereka dengan soalan-soalan seperti ini:
Contoh: Dah hantar ke email ke? / Kenapa tak hantar lagi?
Dalam keadaan begini kita meletakkan kesalahan kepada orang lain. Sekiranya benar mereka sudah menghantar email tetapi ada masalah teknikal, pasti mereka tersinggung dengan pertanyaan mengapa dan kenapa.

Oleh itu, sebagai alternatif kita boleh cuba bertanya begini:
Saya masih belum terima email yang dijanjikan ... ( ayat seterusnya)

Dalam keadaan kedua, kita merujuk kepada masalah kita iaitu dengan memahami dan membuat sangkaan bahawa mungkin dia telah menghantar dan berlakunya masalah teknikal dan bukannya menuduh orang lain walaupun benar dia masih tidak menghantar email itu kepada kita.

Dengan cara ini, sekiranya benar dia sudah menghantar email, dia akan memberi respon yang responsif dan bukannya defensif. Namun, sekiranya dia masih belum menghantar email tersebut, dia akan segera melakukannya kerana dia dengan sendirinya menyedari bahawa kelambatan dia telah menyebabkan orang lain tertunggu-tunggu.

Ini merupakan cara teguran yang dapat membina personaliti seseorang dengan lebih baik di dalam komunikasi.
Kurangkan bertanya mengapa dan kenapa di dalam komunikasi kecuali kita mahu menghukum seseorang dalam keadaan yang seadilnya, ianya (pernyataan pertama) memang wajar digunakan.

Sentiasa berfikir sekiranya mahu berbicara, dan selalu merujuk ayat itu kepada kita sebelum kita melafazkannya. Dengan berlatih, penguasaan komunikasi akan menjadikan kita lebih berhemah.Usahlah kita sering mencari kesalahan orang lain tetapi gunakanlah pendekatan-pendekatan positif agar dapat memberikan impak yang lebih baik kepada masyarakat.

Artikel: iLuvIslam

25 May 2011

UJIAN SEGAK

Peranan Jurulatih

PENGATUR STRATEGI
Membentuk perancangan pembangunan sumber manusia jangka panjang untuk mempastikan pencapaian misi dan visi sesebuah organisasi.


PENGURUS
Melibatkan kerja merancang,melaksana,mengurus dan mengawas kegiatan latihan.


PENGANALISIS KEPERLUAN LATIHAN
Menentukan keperluan latihan pelatih


PEREKA BENTUK PEROGRAM 
Mereka bentuk program,pembentukan objektif,menyusun kandungan kursus,merangka strategi,penyempaian dan merancang penilaian.


PENULIS BAHAN PENGAJARAN
Nota kursus,bahan lut sinar,kes,skrip,helaian kerja,ABM


PELAKSANA LATIHAN ATAU PENGAJAR
Kemahiran memudahkan cara sesi latihan.


PEMUDAH CARA
Menggalakan proses interaksi


KAUNSELOR
Menilai keistimewaan dan kelemahan diri,mengenal pasti nilai individu.

*Penyalahgunaan dadah dalam sukan



Perkataan ‘doping’ daIam sukan merujuk kepada penggunaan dadah/ubat yang diharamkan oleh International Olympic Council (IOC), bagi tujuan mendapatkan kelebihan daIam prestasi atlit. Doping dalam abad-abad kebelakangan ini telah menjadi sebutan dan amalan atlit profesional mahupun amatur dan ini telah menambahkan lagi cabaran bagi pihak makmal dalam pengesanan dan penganalisaan dadah-dadah ini. OIeh kerana atlit sentiasa mencari kelebihan untuk mengejar kemenangan, edaran dadah secara haram berIeIuasa di seluruh dunia melalui sama ada internet, bahan bercetak atau hubungan peribadi. KepeIbagaian jenis dadah serta teknik menggunanya telah menyulitkan lagi penyaringan dadah dan makmal perlu sentiasa berwaspada kepada perubahan trend dalam masalah ini.

Pengharaman dadah dalam sukan mempunyai dua justifikasi; pertama, ia memberi kelebihan (atau ‘advantage’) kepada atlit yang menggunanya serta melanggar segala peraturan dan makna keadilan dalam pertandingan dan kedua, cara pengambilan dan jumlah yang digunakan memudaratkan seseorang individu. Malah dalam arena sukan, banyak kes-kes kematian teIah berlaku akibat penggunaan dadah secara langsung atau tidak langsung.

 
Dadah yang diharamkan oleh IOC

Diantara dadah-dadah lama yang telah digunakan sejak awaI 1970an adalah perangsang (stimulant) dan narkotik. Tujuan penggunaan stimulant begitu nyata kerana bahan seperti amfetamin memberi tenaga serta ketahanan yang amat baik terutama dalam pertandingan seperti lumba basikal, Iarian jarak jauh, acara renang, semuanya yang memerIukan daya tahan. Kini senarai dadah yang digunakan bagi tujuan di atas telah berlipat ganda dan kini makmal perlu mengesan sejumlah 70 jenis dadah perangsang. Tambahan pula, bahan seperti kafein, ephedrine, pseudoephedrin menyulitkan lagi kawalan kerana bahan ini terdapat dalam pelbagal minuman dan makanan dan juga ubat-ubatan ‘over-the counter’ untuk pelbagai rawatan. Oleh yang demikian bahan-bahan ini perlu dinilai jumlahnya di dalam urin; jumlah kafein melebihi 12 mg/mI di dalam urin misalnya akan dirumuskan sebagal positif. Paras ini diketahui dapat dihasilkan oleh pengambilan kafein sahaja dan tidak akan tercapai meskipun atlit telah minum beberapa cawan kopi pekat.

Bahan-bahan narkotik pula menjadi ubat yang berkesan bagi meneruskan pertandingan tanpa menghirau kecederaan yang diaIami atlit. Pengharaman narkotik adalah di atas dasar kesihatan kerana tindakan seperti ini memudaratkan lagi keadaan atlit. Selain itu, penggunaan narkotik tidak mendatangkan sebarang manfaat lain. Kanabis juga diharamkan atas dasar bahan ini membawa ketenangan dan meningkatkan keyakinan diri dalam menghadapi pertandingan.

Kategori dadah yang begitu popular dikaIangan atlit ialah bahan steroid anabolik. Sungguhpun penyeIidikan tidak menunjukkan sebarang manafaat dari pengambilan steroid, ia diakui amat berkesan oleh para atlit. Steroid anabolik merangkumi Iebih 50% daripada dadah yang dikesan oleh makmal-makmal doping seIuruh dunia. Perkara ini telah membuka peIbagai peluang penyeIidikan kerana penganalisaan dadah sintetik semakin  rumit dan segi spesifisiti dan sensitiviti manakala pengesanan hormon steroid seperti testosterone, DHT (dihydrotestosterone) dan DHEA (Dehydroepiandrosterone) memerlukan interpretasi yang begitu cermat kerana mereka juga merupakan hormon yang terdapat semuIajadi dalam badan manusia. OIeh yang demikian pelbagai kriteria teIah dibangunkan bagi memutuskan urin yang positif. Suatu parameter yang dinilai adalah nisbah testosterone (T) kepada epitestosterone (E), suatu hormon berkaitan tetapi tidak menghasilkan sebarang kesan. Penggunaan testosterone akan mengubah paras T dan tidak menjejas paras E. Perkara ini mengujudkan T:E yang tinggi; malah urin yang menunjukkan T:E melebihi 6 akan disiasat dengan lebih mendalam. Penganalisaan semula akan dilakukan ke atas urin yang dikumpul semula dan atlit yang sama apabila angka ini jatuh diantara 6 dan 10. Tindakan ini adalah bagi mempastikan atlit benar-benar menggunakan testosterone kerana terdapat juga individu-individu tertentu secara semulajadi mempunyai T:E yang tinggi. Terdapat juga  pengesanan paras epitestosterone yang tidak munasabah sehinggakan jumlah E lima kali Iebih tinggi daripada T di dalam urin. Epitestosterone dikategorikan sebagai agen ‘masking’  kerana penggunaannya oleh atlit adalah untuk menstabilkan T:E kepada paras normal apabila menggunakan testostorone secara haram.

Sementara nisbah ini lebih kurang 1:1 dalam manusia biasa, terdapat juga perbezaan mengikut kumpulan etnik dan individu. Pengesanan testosterone yang tinggi tidak mudah diberi kepastian positif oleh kerana testosterone yang diambil secara eksogenous tidak mudah dibezakan daripada testosterone semulajadi endogenous. Saintis dalam bidang analisis doping sedang menyelesaikan isu ini melalui penentuan isotop stabil karbon, 12C dan 13C dalam testosterone. Ini adalah berdasarkan nisbah 12C : 13C  dalam testosterone eksogenous jauh berbeza daripada testosterone semulajadi. Nisbah ini pula bergantung kepada diet masing-masing. Penentuan ini hanya dapat dilaksanakan melalul suatu teknik yang menggunakan alat Gas Chromatograph Isotope Ratio Mass Spectrometer, suatu alat yang memberi ‘fingerprint’ kepada bahan kimia melalui kandungan isotopnya.

Selain parameter yang dikesan melalui penganalisaan, perubahan fisikal begitu ketara pada pengguna steroid anabolik. Bagi lelaki, perubahan otot yang bertambah, kehiIangan rambut, pertumbuhan buah dada dan masalah akne begitu ketara manakala bagi wanita, terdapat tumbuhan rambut di beberapa bahagian badan termasuk muka serta perubahan suara yang semakin kasar.

Steroid anabolik adalah bahan yang digunakan di luar masa pertandingan oleh kerana manafaatnya serta perubahan yang diingini pengguna didapati semasa latihan. Oleh yang demikian pengesanan positif sering didapati apabila program kawalan di luar pertandingan dijalankan; beberapa bulan sebelum pertandingan penggunaannya dihentikan bagi mengelak pengesanan. Oleh kerana eIiminasi steroid begitu berpanjangan dalam badan manusia, kehadirannya masih kadangkala dapat dikesan dalam paras ppb (parts per billion) beberapa bulan selepas tamat penggunaan. Keupayaan mengesan paras sekecil ini dituntut oleh pihak lOC dan makmal kini perlu ada kemampuan mengesan beberapa jenis steroid sehingga ke tahap sekecil 1-2 ng/mI. Ini bermakna teknik seperti ‘tandem mass spectrometry’ (MS/MS) atau ‘high resolution mass spectrometry’ (HRMS) terpaksa digunakan. Teknik-teknik ini akan memberi lebih sensitiviti tanpa berkompromikan spesifisiti. Sukan OIimpik di Atlanta merupakan kali yang pertama pengesanan menggunakan HRMS dilakukan supaya threshhold pengesanan yang begitu rendah dapat dilaksanakan. Buat masa ini teknik tersebut telah dibangunkan bagi sejumlah kecil steroid tetapi malangnya, alat yang digunakan terlalu mahal.

Suatu kelas dadah yang diharamkan oleh lOC adalah agen diuretik yang menjadi pilihan atlit dalam usaha menghapuskan kesan-kesan dadah steroid menjelang pertandingan sukan. Melalui cara ini paras steroid dapat dikurangkan di bawah paras threshold pengesanan. Ini semakin penting bagi atlit oleh kerana makmal doping seluruh dunia kini lengkap dengan alat yang dapat mengesan dalam tahap ppb (parts per billion). Selain itu mengurangkan air di dalam badan memberi manafaat kepada bidang sukan yang menggunakan berat badan sebagal kriteria. Dalam acara angkat berat misalnya, seorang peserta mungkin dapat dimasukkan ke dalam kategori yang lebih rendah.

Ubat darah tinggi yang dikenali sebagal penghalang-beta juga disalahgunakan oleh atlit dalam acara-acara sukan seperti memanah, menembak, dan bidang sukan yang memerlukan penumpuan seseorang. Objektif pengunaan adalah untuk mengurangkan tremor dan kegugupan yang mungkin berlaku. Senarai ini termasuk jenis yang sering digunakan oleh pesakit seperti metoprolol hingga yang jarang digunakan seperti pindolol dan bisoprolol.

Cabaran terbaru bagi pihak penguasa adalah untuk mengesan hormon peptida. Ini termasuk hCG (human chorionic gonadotropin), eritropoietin (EPO) dan hormon pertumbuhan (hGH). Sungguhpun yang pertama diantara tiga bahan ini dapat dikesan di dalam urin, dua lagi hanya dapat dlkesan di dalam serum darah. OIeh kerana peraturan kawalan doping hanya membenarkan pengambilan sampel urin, EPO dan hGH belum dapat dinilai. Tambahan pula kaedah pengesanan masih terhad kepada teknik ElA (enzyme immunoassay) dan RIA (radioimmunoassay) yang boleh diterima sebagai kaedah penyaringan tetapi belum lagi ujud kaedah ujian ‘evidentiaI’ yang tidak boleh dipertikaikan dalam mahkamah. Kaedah EIA dan RIA mungkin selektif atau spesifik tetapi satu kaedah sahaja tidak memberi tahap diskriminasi yang dituntut seperti dengan menggunakan mass spektrometri. Sementara penggunaan EPO dan hGH nyata mempunyai sebab-sebab tertentu, hCG biasanya mula diambil setelah tamat regimen steroid untuk merangsang semula hasilan testosterone endogenous. Beberapa jenis EPO sintetik didapati di pasaran dengan hasilan kesannya sama seperti peningkatan hasilan sel darah merah ke tahap 5-10 kali ganda kadar normal. Malangnya, dengan jumlah sel merah yang melambung tinggi, darah menjadi likat sehingga jantung seseorang boleh terhenti dalam kepenatan bertanding. Penyelidik percaya EPO telah menyebabkan 18 kematian di kalangan peIumba basikal Belanda dan Belgium sejak tahun 1987.


*Bukan artikel notapismp.blogspot.com.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...