- Memudahkan perubahan tingkah laku.
- Meningkatkan keupayaan klien memula dan meneruskan perhubungan.
- Membantu keberkesanan klien menguruskan diri (coping).
- Menggalakkan proses membuat keputusan.
- Membantu perkembangan dan pencapaian potensi klien.
Showing posts with label Nota Bimbingan dan Kaunseling. Show all posts
Showing posts with label Nota Bimbingan dan Kaunseling. Show all posts
13 May 2012
Matlamat Kaunseling
Lima Matlamat Kaunseling
Perbezaan antara Kaunseling dan Psikoterapi
Kaunseling
- Membantu individu mengatasi kebuntuan/kekusutan fikiran untuk meneruskan kehidupan dengan lebih tenteram.
- Jangka masa kurang dari 6 bulan dilakukan secara “outpatient”
Psikoterapi
- Pemulihan “penyakit mental”.
- Jangka masa 6 bulan hingga 2 tahun dilakukan secara “outpatient” dan “inpatient”.
Objektif kaunseling ialah membantu individu mengatasi masalah pertumbuhan kendiri “personel growth” pada bila-bila masa ke arah mencapai perkembangan kekuatan optimum yang ada pada dirinya.
Objektif psikoterapi ialah menyelesaikan masalah perubahan “reconstructive” dalam seorang individu.
PROSES KAUNSELING KELOMPOK
Dalam
proses perkembangan Kaunseling Kelompok, terdapat beberapa fasa atau
peringkat yang perlu berlaku dan perlu dilalui oleh kaunselor dan
klien-kliennya untuk memastikan sesuatu Kaunseling Kelompok itu mencapai
kejayaan serta keberkesanannya.
Fasa-fasa
yang perlu berlaku dalam proses Kanseling Kelompok ialah fasa
pengenalan atau permulaan, fasa konflik dan konfrontasi, fasa
perkembangan dan bersepadu, fasa hasil dan akhir sekali ialah fasa
penamatan.
Setiap
fasa-fasa dalam proses perkembangan Kaunseling Kelompok ini mempunyai
sifat-sifat dan ciri-cirinya yang tersendiri dalam menentukan sesi
Kanseling Kelompok itu mencapai matlamatnya.
FASA PENGENALAN DALAM PROSES KAUNSELING KELOMPOK
Fasa
yang pertama ialah fasa pengenalan atau peringkat permulaan. Peringkat
ini biasanya akan dimulakan dengan sesi berkenalan secara ringkas oleh
ahli-ahli kelompok. Kepercayaan di antara ahli-ahli kelompok masih belum
wujud dan masih diragui. Selain itu, ahli-ahli kelompok juga akan
menerangkan tujuan mengikuti sesi itu dan apa yang ingin mereka capai melalui kelompok itu (Zuraidah,1999).
Matlamat dan tujuan utama fasa pengenalan ini adalah untuk mengekalkan kelompok dan membina
asas yang kukuh dalam sesuatu kelompok yang dibentuk. Dalam tahap ini
juga, ahli-ahli kelompok dengan kaunselornya boleh membina hubungan yang
mesra, terbuka , bebas, ikhlas serta jujur di
mana hubungan ini boleh menambahkan kejelikitan di antara mereka dalam
menghadapi dan mengambil tindakan bagi menyelesaikan masalah-masalah
yang dihadapi (Malek,2007).
Tugas-tugas ahli pada peringkat permulaan
- Penglibatan dan mencari identiti diri di mana ahli menyeimbangkan identiti diri dengan komitmen kepada kelompok.
- Setiap ahli digalakkan untuk berkenalan dengan ahli kelompok supaya mereka berasa lebih selesa untuk berkongsi maklumat sepanjang sesi kelompok berlangsung.
- Membina kepercayaan di kalangan ahli. Ahli juga perlu memiliki tahap kepercayaan yang tinggi bagi menggalakkan penglibatan mereka dalam sesi Kaunseling Kelompok.
Peranan Pemimpin pada peringkat permulaan
- Memulakan proses berkenal-kenalan antara satu sama lain.
- Menjadi model dalam sesi kaunseling seperti cara percakapan, penerimaan tanpa syarat, kejujuran, keterbukaan dan lain-lain.
- Pemimpin mesti membuat penstrukturan
- Pemimpin juga perlu membantu mengenal pasti matlamat kelompok
- Pemimpin perlu menjelaskan soal peranan dan batas-batas kemampuan serta etika setiap ahli daripada segi penglibatan dalam kelompok.
- Pemimpin juga perlu mengajar kemahiran komunikasi asas kepada ahli lain seperti kemahiran mendengar dan memberi respon.
FASA KONFLIK
Fasa konflik adalah peringkat kedua selepas peringkat pertama iaitu selepas fasa pengenalan atau orientasi. Menurut Zuraidah
Abdul Rahman (2006), fasa konflik timbul apabila sifat-sifat tidak puas
hati terhadap ketua kumpulan (Kaunselor) dan kegagalan kumpulan
mengemukakan sesuatu pembaharuan dalam kumpulan itu.
Pada
fasa ini, ahli-ahli masih lagi ‘bertopeng”, berasa gemuruh, ragu dan
berasa tidak selamat. Akibatnya, timbullah tingkah-tingkah laku yang
bertentangan seperti menarik diri, berprasangka buruk, suka menyalahkan
orang lain dan rendah diri. Pada peringkat ini juga timbulnya ahli yang
bersifat monopoli dan memusuhi kelompok dan ditunjukkan melalui tingkah
laku berjenaka dan sindiran secara sinis.
Terdapat tiga kategori konflik yang biasanya dialami dalam kelompok.
- Konflik yang berpunca daripada dalaman diri ahli.
- Konflik yang wujud antara ahli kelompok.
- Konflik yang berlaku antara ahli dengan pemimpin kelompok.
Beberapa tanda-tanda peringkat konflik.
- ahli mula bertelingkah, mula mengeji dan mengkritik ahli lain serta kaunselor di luar kelompok
- ahli yang berhasrat meninggalkan kelompok dan cuba mempengaruhi rakan lain,
- ahli kurang mendengar dan tidak begitu menyokong,
- ahli suka merungut dan mengatakan kelompok tidak berfaedah,
- ahli kurang rela mengambil bahagian,
- ahli yang mula datang lewat dan tidak hadir, enggan bercakap dan sengaja mendiamkan diri serta ahli berasa kecewa kerana matlamatnya tidak diberi perhatian.
Peringkat
ini merupakan peringkat yang paling mencabar dan sukar bagi kaunselor
tetapi dia harus sedar bahawa kehadirannya adalah penting bagi kelompok.
Kaunselor perlu mantap menguruskan kelompok yang menghadapi konflik
dengan cara yang sesuai dan berkesan.
Antara tindakan kaunselor yang sepatutnya
- Bersikap positif
- Mendengar dengan aktif
- Buat rumusan berkaitan perbezaan pendapat
- Nilai kesan konflik kepada anda dan kelompok
- Guna teknik yang sesuai
FASA BERSEPADU
Hansen
dalam Mohamed Fadzil dan Rasidah (2002), fasa bersepadu yang merupakan
peringkat di mana wujudnya suasana kemesraan dan kepercayaan bersama.
Ini disebabkan ahli-ahli dalam kelompok mula berasa selesa dan boleh
berinteraksi dengan lebih terbuka sesama mereka. Menurut Ida Hartina
(2006), peringkat ini memperlihatkan penyatuan di kalangan ahli di mana
mereka menerima antara satu sama lain dan bermulanya satu hubungan yang
lebih produktif dan seterusnya memudahkan kelompok digerakkan ke arah
mencapai matlamat yang ditetapkan. Ahli-ahli kelompok dapat bekerjasama,
saling percaya, memahami dan menghormati antara satu sama lain.
Ahli-ahli mendapat manfaat kerana kesediaan berkongsi dan berbincang
akan menghasilkan banyak pendapat, idea dan pengetahuan yang sekaligus
dapat membantu ahli sendiri.
Ciri-ciri fasa ini:
- kewujudan rasa kepercayaan yang tinggi akan memberi keyakinan dan keselesaan di kalangan ahli-ahli. Menurut Malek Muhamat Said (2007) keadaan ini menggalakkan ahli-ahli melibatkan diri dalam komunikasi terbuka, menerokai masalah, berkongsi emosi, pengalaman dan bekerjasama memberi pendapat yang jujur .
- Menurut Corey dalam Ida Hartina (2006), berlaku interaksi yang lebih bebas dan berterus-terang.
- Ahli-ahli tidak berasa kekok atau terancam untuk meluahkan perkara yang ingin dibincangkan.
- Ahli kelompok bersedia mengambil risiko dengan membuat pendedahan rahsia diri dan merasakan hak kepunyaan bersama dalam sesebuah kelompok itu.
- Wujudnya empati, jujur, ikhlas, penerimaan, kasih mesra dan kejelikitan menyebabkan kelompok semakin matang.
- Menurut Zuraidah Abdul Rahman (1999) ahli-ahli kelompok akan mengelakkan perselisihan faham dan mengurangkan amalan memihak sebaliknya pada peringkat ini, ahli mementingkan norma-norma kumpulan.
- Maklumbalas ahli lain diterima atau ditolak dengan berhati-hati tanpa perasaan defensif atau kecil hati.
Kaunselor yang berfungsi sebagai pemimpin juga memainkan peranan:
- membekalkan pengukuhan secara sistematik pada tingkah laku yang meningkatkan perpaduan dan produktiviti.
- bijak mengawal isu agar isu yang dibincangkan dapat dikongsi di kalangan ahli dan tidak tertumpu kepada seseorang ahli atau sesuatu topik sahaja.
- memodelkan sikap yang bersesuaian untuk dicontohi oleh ahli.
- mendorong, menggalak dan menyokong kesediaan ahli mengambil risiko serta mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.
- menggalakkan ahli menumpukan kepada matlamat dan berusaha mencapainya selain melakukan perubahan positif dan berterusan.
FASA KEJAYAAN
Salah satu peringkat yang penting dalam kaunseling kelompok ini ialah peringkat keempat iaitu Fasa Kejayaan. Menurut Tang Chee Yee (1989), Fasa kejayaan ini juga turut dikenali sebagai Fasa penyelesaian masalah.
Peringkat ini memecahkan masalah dan semua mesti terlibat dan sama-sama merancang. Ahli-ahli
diberi peluang menyelidik masalahnya lebih dekat, berbincang tentang
pilihan resolusi dan mencuba tingkahlaku baharu. Ahli menyokong sesama
sendiri dan kerjasama erat sekali. Peringkat ini memperlihatkan peringkat berfungsi dan produktiviti.
Kaunselor
dalam fasa ini haruslah pandai memainkan peranannya terutama dalam
memastikan kejayaan akan dapat dilaksanakan dengan jayanya sekiranya
kaunselor dapat membantu klien meletakkan keutamaan ke atas masalah yang
telah dikenal pasti.
FASA PENAMATAN
Fasa Penamatan berlaku apabila keseluruhan sesi perjumpaan kelompok telah mengisi keperluan kelompok atau ahli.
Penamatan
ini memang disedari oleh ahli kerana mereka telah diberitahu sejak awal
lagi tentang bilangan sesi yang akan dijalankan.
Seorang
kaunselor harus belajar menamatkan sesi kaunseling dengan berkesan.
Kaunselor harus biasa dengan isu-isu dan kemahiran yang terlibat secara
langsung dalam proses penamatan bagi menamatkan hubungan dalam
kaunselingnya.
Fungsi kaunselor pada fasa ini ialah:
- Membuat rumusan perjalanan sesi kelompok.
- Membantu ahli menangani perasaan berkaitan penamatan atau feelings related.
- Membuka peluang kepada ahli bagi menyelesaikan unfinished business dalam kelompok.
- Menekankan semula kepentingan menjaga kerahsiaan sesi walaupun selepas sesi berakhir.
- Mengenal pasti ahli yang memerlukan sebarang sesi lanjutan.
Ketua
kelompok yang sentiasa peka dengan perkembangan ahli-ahlinya akan
menjadi orang pertama yang menyuarakan supaya kelompok itu ditamatkan
pada masa yang sesuai dan ditetapkan selepas merasakan matlamat kelompok
telah tercapai.
Ketua kelompok akan cuba mengingatkan ahli-ahli kelompok bahawa sesi telah hampir kepada penamatan.
Dengan itu, keseluruhan kelompok akan cuba pula untuk menyesuaikan dengan keadaan dan bersedia untuk berpisah.
Nota Kilat Bimbingan dan Kaunseling. Part 1
FUNGSI KAUNSELOR
Kaunselor berperanan membantu kliennya :
CIRI-CIRI DALAM PROSES KAUNSELING
ASAS KOMUNIKASI DALAM KAUNSELING
1. Lisan
2. Bukan Lisan
KEMAHIRAN KAUNSELING
1. Tingkahlaku memberi perhatian.
- menentukan kedudukan klien
- relaks secara fizikal
- menjaga postur
- air muka
- pertemuan mata
- mimik muka
- memberi perhatian apa yg diperkatakan oleh klien
- menggalakkan klien bercakap
- galakan dalam pertuturan
2. Kemahiran mendengar.
- mendengar secara fizikal
- mendengar dengan perasaan
- mendengar dgn psikologi
3. Kemahiran temubual.
- pembukaan temubual
- penyusunan pertanyaan
- membantu klien menggambarkan isi hatinya
- giliran bercakap
- pemilihan kata-kata
- menamatkan temubual kaunseling
4. Gambaran perasaan : Empati.
5. Parafrasa.
6. Merumuskan perasaan.
7. Kesenyapan semasa kaunseling
8. Komunikasi tanpa bahasa termasuk gerak geri badan
- bertambah atau berkurangnya tenaga bertutur (keraguan atau kemarahan)
- fonem (tekanan atau keraguan)
- serak (tekanan jiwa yg berat)
- kecepatan atau kelambatan tempo perkataan (keresahan atau kemarahan)
- pergerakan badan atau tangan
FASA DALAM KAUNSELING
HALANGAN DALAM KAUNSELING
1. Kebisingan.
2. Guru kurang pengalaman dalam mengendalikan sesi kaunseling.
3. Perhubungan guru dgn muridnya kurang baik atau kurang mesra.
4. Emosi yang kurang baik.
5. Suasana yang tidak teraputik.
6. Kurangnya kerjasama dari klien.
FAKTOR YANG MENYUMBANG KEBERKESANAN SESI
Kaunselor berperanan membantu kliennya :
- Memahami diri dan situasinya
- Mengenalpasti keperluannya
- Menerima realiti hidupnya
- Membuat rancangan yang realistik untuk mengendalikan hidupnya, bertanggungjawab ke atas diri dan perbuatannya
- Seterusnya menjadi individu yg berfungsi dgn sepenuhnya
CIRI-CIRI DALAM PROSES KAUNSELING
- Temubual merupakan perhubungan individu.
- Kaunselor dipertanggungjawabkan untuk menolong individu yang memerlukan bantuan.
- Orang yg ditemubual itu menghadapi masalah yg tidak dapat diselesaikan sendiri.
- Kesejahteraan dan kepentingan orang yg ditemubual merupakan pusat perhatian.
- Kedua-dua individu yg terlibat dlm temubual itu berkehendakkan membincangkan penyelesaian terhadap masalah dan kesulitan yang dihadapi oleh orang yang ditemubual.
ASAS KOMUNIKASI DALAM KAUNSELING
1. Lisan
2. Bukan Lisan
KEMAHIRAN KAUNSELING
1. Tingkahlaku memberi perhatian.
- menentukan kedudukan klien
- relaks secara fizikal
- menjaga postur
- air muka
- pertemuan mata
- mimik muka
- memberi perhatian apa yg diperkatakan oleh klien
- menggalakkan klien bercakap
- galakan dalam pertuturan
2. Kemahiran mendengar.
- mendengar secara fizikal
- mendengar dengan perasaan
- mendengar dgn psikologi
3. Kemahiran temubual.
- pembukaan temubual
- penyusunan pertanyaan
- membantu klien menggambarkan isi hatinya
- giliran bercakap
- pemilihan kata-kata
- menamatkan temubual kaunseling
4. Gambaran perasaan : Empati.
5. Parafrasa.
6. Merumuskan perasaan.
7. Kesenyapan semasa kaunseling
8. Komunikasi tanpa bahasa termasuk gerak geri badan
- bertambah atau berkurangnya tenaga bertutur (keraguan atau kemarahan)
- fonem (tekanan atau keraguan)
- serak (tekanan jiwa yg berat)
- kecepatan atau kelambatan tempo perkataan (keresahan atau kemarahan)
- pergerakan badan atau tangan
FASA DALAM KAUNSELING
- Permulaan dan kemasukan (membina hubungan)
- Peringkat penjelasan (penerokaan)
- Mengenalpasti punca masalah
- Mencari alternatif (pemilihan strategi dan mengambil tindakan)
- Rumusan (penamatan)
HALANGAN DALAM KAUNSELING
1. Kebisingan.
2. Guru kurang pengalaman dalam mengendalikan sesi kaunseling.
3. Perhubungan guru dgn muridnya kurang baik atau kurang mesra.
4. Emosi yang kurang baik.
5. Suasana yang tidak teraputik.
6. Kurangnya kerjasama dari klien.
FAKTOR YANG MENYUMBANG KEBERKESANAN SESI
- Kesenyapan
- Guru berpengalaman dan terlatih
- Perhubungan yang baik dan mesra ant guru dan murid
- Emosi yg stabil
- Suasana yang teraputik
- Kerjasama klien
11 January 2012
Psikoterapi
Psikoterapi berfokus kepada maalah serius yang dikaitkan dengan intrapsikik, isu yang bersifat dalaman dan peribadi. "Recovery of adequacy" (Casey 1996)
Konsep Kaunseling
Shertzer dan Stone (1968) - Proses interaksi yang membolehkan individu memahami diri dan situasi.
Arbukle (1965) - Kaunseling bertujuan menolong klien menyesuaikan diri dengan alam sosial, tetapi menolongnya memahami kelebihan dan kelemahannya,potensi dan keupayaannnya.
Patterson dan Eienberg (1983) - Proses pertemuan secara bersemuka di antara seorang kaunselor dengan kliennya yang membawa perubahan kepada klien pada akhirnya.
Kamus Dewan (1998) - Proses teratur yang melibatkan perbincangan rapi tentang masalah yang dihadapi oleh seseorang dan usaha mengatasi atau menyelesaikan menemui bimbingan dan nasihat.
Arbukle (1965) - Kaunseling bertujuan menolong klien menyesuaikan diri dengan alam sosial, tetapi menolongnya memahami kelebihan dan kelemahannya,potensi dan keupayaannnya.
Patterson dan Eienberg (1983) - Proses pertemuan secara bersemuka di antara seorang kaunselor dengan kliennya yang membawa perubahan kepada klien pada akhirnya.
Kamus Dewan (1998) - Proses teratur yang melibatkan perbincangan rapi tentang masalah yang dihadapi oleh seseorang dan usaha mengatasi atau menyelesaikan menemui bimbingan dan nasihat.
Subscribe to:
Posts (Atom)