Pembaca Setia

14 May 2010

Sistem Pendidikan di Malaysia sejak awal 1900 hingga Penyata Razak

PENGENALAN

Pendidikan merupakan tunjang utama dalam pembangunan negara. Kemahiran dan kepakaran dalam pelbagai bidang perlu diserapkan dalam diri setiap penuntut ilmu bagi memenuhi keperluan dunia kerja untuk meningkatkan pembangunan ekonomi negara. Ini kerana sumber pengeluaran serta hasil dalam Negara amat berkait rapat dengan kemahiran tenaga manusia.

Disamping itu, keupayaan intelektual setiap masyarakat yang mendiami disesebuah Negara juga mempengaruhi pembangunan masyarakat. Oleh itu, pertumbuhan sistem pendidikan didunia telah menunjukkan peningkatan ketara menuju prestasi yang semakin cemerlang bagi menjamin kesejahteraan serta kemajuan di Negara masing-masing. Ini kerana kestabilan politik setiap Negara bergantung kepada kematangan ilmu dan ini hanya boleh dicapai melalui proses pendidikan sahaja.

Di Malaysia khususnya, pendidikan sentiasa mendapat perhatian utama dalam pentadbiran kerajaan samada sebelum atau selepas merdeka. Pelbagai usaha diperkembangkan bagi merealisasikan program pendidikan Negara yang bertujuan melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan . Dengan itu, akan lahirlah insan yang berilmu pengetahuan yang mampu menjadi mata dan telinga kerajaan pada generasi akan datang nanti.

Sistem pendidikan sebelum merdeka
Sistem pendidikan sebelum merdeka berbeza kerana pentadbiran kerajaan british tidak mempunyai dasar yang jelas terhadap pendidikan Negara. Dasar Laissez-faire yang diamalkan oleh pentadbiran British menjadi bukti dan batu asas yang menjadikan sistem persekolahan di Negara ini membawa kepada haluan masing-masing. Kesannya ialah telah wujudnya empat sistem persekolahan yang berbeza mengikut identiti bangsa. Ia dikenali sebagai sistem pendidikan vernakular yang berasaskan bangsa iaitu Melayu, Tamil, Cina serta sekolah Inggeris.

Antara faktor yang menyebabkan terpisahnya sekolah-sekolah di Negara ini kerana setiap sekolah hanya dikhususkan mengikut kaum masing-masing sahaja. Selain itu, dasar penggunaan bahasa pengantar yang tidak selaras dan pengasingan tempat tinggal antara kaum juga menjadi faktor penyebab wujudnya sistem pendidikan vernakular di Negara ini. Kurikulum pendidikan juga menunjukkan perbezaan dan tidak sehala. Setiap sekolah mempunyai kurikulum masing-masing. Sebagai contoh, sekolah Inggeris mengikut sukatan pelajaran yang digunakan di England. Manakala sekolah Melayu lebih menekankan kemahiran membaca, menulis serta mengira disamping pertukangan dan pertanian tradisional.

Sikap tidak mengambil berat oleh penjajah British untuk menyatupadukan kaum melalui pendidikan adalah penyumbang utama berlakunya perbezaan dalam sistem pendidikan sebelum merdeka di Malaysia. Sistem pendidikan yang diamalkan pada waktu ini hanya memberi peluang pekerjaan dan nilai ekonomi yang lebih baik kepada pelajar sekolah Inggeris sahaja. Sekolah Melayu pula hanya bertujuan mengekalkan sistem sosial tradisional yang menekankan dalam sektor pertanian dan nelayan. Ini kerana jawatan yang dibuka kepada kaum Melayu hanyalah diperingkat rendah sahaja seumpama polis, kerani dan buruh.

Sistem pendidikan Melayu semakin berkembang di Negara ini dengan lahirnya para ulama’-ulama’ tempatan yang mempunyai nilai ilmu yang tinggi dan pengetahuan agama yang mantap. Atas kesedaran mereka, pada awal 1900 banyak pondok dibuka di merata tempat di semenanjung Malaysia. Oleh itu, ramai anak melayu tempatan dapat melanjutkan pengajian ke luar Negara di semenanjung tanah arab bagi mendalami ilmu agama. Bagi pelajar melayu yang bertuah dan mempunyai azam yang tinggi akan mendapatpeluang untuk memasuki kolej kuala kangsar yang ditubuhkan pada 1905. Kolej ini terkenal kerana ia dikhaskan untuk anak-anak golongan berada serta golongan Diraja.

Secara kesimpulannya, dasar pendidikan Negara sebelum merdeka adalah bertujuan memberi pendidikan asas kepada anak-anak melayu, memberikan pendidikan rendah dan menengah kepada semua kaum, mengawal sekolah vernakular cina yang dibiayai oleh masyarakat cina sendiri dan memberikan sokongan kepada sekolah rendah tamil yang disediakan oleh pemilik estet di negara ini.

Setelah berkembangnya pendidikan di Tanah Melayu, rakyat telah mula menyedari akan kuasa penjajahan daripada British yang tidak mengambil berat terhadap kedudukan dan masa depan orang Melayu. Penubuhan Malayan Union dan persekutuan Tanah Melayu telah menarik minat rakyat untuk menyertai parti politik secara menyeluruh. Ancaman komunis telah menjadi titik tolak timbulnya kesedaran akan kepentingan perpaduan kaum. Oleh itu, pendidikian antara salah satu perkara penting yang perlu disemak. Ia bertujuan mewujudkan satu sistem tunggal yang dapat menyatukan semua sistem yang berlainan corak itu.

Pendidikan tahap awal
Setelah perang dunia berakhir. British telah berusaha untuk membaik pulih infrastruktur serta kemudahan asas termasuklah sistem pendidikan. Ini menyebabkan terhasilnya laporan Cheesmen pada tahun 1946. Ia mengemukakan agar pendidikan peringkat rendah secara percuma dalam semua bahasa pengantar dan pada peringkat menengah pula dicadangkan supaya menggunakan bahasa Inggeris. Bahasa Inggeris juga dijadikan mata pelajaran wajib disemua sekolah vernakular.rancangan ini telah dimansuhkan pada tahun 1949 selepas Malayan union dibubarkan kerana tidak berfokus kepada integrasi sosial.

Selepas itu. Laporan Barnes, 1951 pula ditubuhkan bertujuan untuk mengkaji dan perbaiki pendidikan orang Melayu. Ia dipengerusi oleh L.J Barnes. Laporan ini gagal cadangkan penambahbaikan kepada sekolah-sekolah tanpa merombak sistem pendidikan secara keseluruhan dan mengemukakan satu cadangan radikal, iaitu hapuskan sekolah vernakular yang mengunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar. Antara cadangannya adalah menubuhkan sebuah sekolah dwibahsa di mana bahasa pengantar ialah Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, sekolah-sekolah Melayu, Cina dan Tamil ditukarkan secara beransur-ansur kepada sekolah kebangsaan dan pengajaran agama mengantikan pengajaran jawi di sekolah. Ini bertujuan untuk mengurangkan bebanan ibu bapa yang terpaksa menghantar anak-anak mereka ke kelas agama pada waktu petang kerana agama tidak diajar pada waktu persekolahan.

Kemudian, Laporan Fenn-Wu, 1952 dibentuk dan ditubuh dibawah pimpinan Dr Fenn, Setiausaha Kerja Bersekutu kepada Lembaga Amanah bagi beberapa buah Universiti di negara China dan Dr Wu yang bertugas di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang bertanggungjawab dalam mengkaji kehendak-kehendak masyarakat Cina yang bertangapan Laporan Barnes akan menghapuskan bahasa dan budaya orang-orang Cina. Hasil kajiannya mendapati bahawa masyarakat Cina bersedia menerima Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu tetapi masih mahu mengekalkan bahasa ibunda sebagai simbol identiti dan menyedari faedah dan manfaat kuasai tiga bahasa iaitu Bahasa Cina, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta orang India turut berkehendakan bahasa ibunda dikekalkan di sekolah Tamil. Maka, Laporan Fenn-Wu mencadangkan agar Bahasa Melayu, Bahasa Cina dan Bahasa Inggeris dijadikan bahasa pengantar di sekolah-sekolah vernakular.

Seterusnya, Ordinan Pelajaran 1952 dibentuk dimana Jawatankuasa Penasihat Pusat ditubuhkan bagi mengkaji cadangan Laporan Barnes dan Laporan Fenn-Wu dan mencari satu kompromi. Antara cadangannya adalah sistem pendidikan sekolah kebangsaan dilaksanakan melalui pengenalan Bahasa Inggeris secara beransur-ansur di sekolah-sekolah Melayu, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris juga mula dikuatkuasakan di sekolah-sekolah Cina dan Tamil, Sekolah Jenis Kebangsaan (Inggeris) dikekalkan dan Pendidikan Agama diadakan pada waktu persekolahan untuk murid-murid beragama Islam sama ada dalam kawasan sekolah mereka ataupun di kawasan lain yang berhampiran serta sekolah-sekolah vokasional diperkembangkan.

Kemudian, Penyata Razak 1956 dibentuk dengan British menubuhkan Jawatankuasa Mengkaji Semula Dasar Pelajaran setelah tiga tahun penguatkuasaan Ordinan Pelajaran. Jawatankuasa ini diketuai oleh Allahyarham Tun Haji Abdul Razak b. Hussein, Menteri Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu. Antara bidang kuasa adalah memeriksa dasar pelajaran sedia ada termasuk perkara yang terkandung dalam Ordinan Pelajaran 1952 dan mengesyorkan perubahan dan penyesuaian terhadap pendidikan. Antara cadangannya adalah Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris wajib bagi semua sekolah rendah dan menengah, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil menjadi bahan pengantar bagi sekolah jenis kebangsaan, Dua jenis sekolah yang terbuka kepada semua etnik : sekolah-sekolah rendah yang menerima bantuan atau persendirian, dan sekolah-sekolah menengah yang menerima bantuan atau persendirian, Sistem pendidikan sekolah menengah terdiri daripada Sekolah Menengah Rendah (SMR), Sekolah Menengah Atas (SMA) dan Pra Universiti, Sistem peperiksaan yang berpusat dan sama bagi semua, Guru-guru sekolah rendah dan menengah yang berkelayakan dan semua guru diletakan dibawah satu perkhidmatan profesional serta penubuhan Jemaah Nazir Persekutuan. Dasar politik dan ekonomi yang diamalkan pihak British telah mengubah struktur kependudukan pada kurun ke-19.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...