HUBUNGI SAYA

HUBUNGI SAYA
STESEN BERKHIDMAT SEMASA

Pembaca Setia

17 September 2009

KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN




Kaedah pengajaran adalah terdiri daripada beberapa langkah atau kegiatan yang mempunyai urutan yang tertentu. Pengajaran yang dimaksudkan ialah segala aktiviti seseorang untuk menghasilkan perubahan tindkah laku yang agak kekal dalam diri seseorang yang lain. Lantaran itu, kaedah-kaedah pengajaran adalah seperti cercerita, perbincangan, bermain, latih tubi, main peranan, menyelesaikan masalah, brain storming, perbahasan, kuiz, lakonan, projek, soalan atau Socratik dan lain-lain lagi.

Teknik-teknik pengajaran adalah kemahiran atau perkara-perkara khusus yang terdapat dalam sesuatu kaedah. Jika seseorang guru itu tidak dapat menguasai teknik-teknik yang ada apda sesuatu kaedah maka kemungkinan besar matlamat kaedah itu akan tidak berhasil.

Misalnya katakanlah seorang ingin menggunakan kaedah bercerita untuk mengajar sesuatu tajuk pelajaran. Teknik-teknik bercerita yang dimaksudkan ialah kawalan nada suara, penggunaan alatan yang berkenaan, kemahiran mengekalkan minat murid, gerrakan tangan "facial expression", serta kedudukan murid-murid semasa aktiviti bercerita itu berlangsung.

Kaedah mengajar seperti syarahan juga mempunyai teknik-teknik yang tersendiri. Teknik-teknik syarahan adalah seperti mempelbagaikan nada sera kadar percakapan, bahasa yang sesuai, penggunaan OHP, garis kasar kuliah yang disampaikan, menyoal soalan-soalan yang mencabar pemikiran pelajra dan lain-lain lagi.

Satu lagi contoh kaedah mengajar ialah kaedah soalan. Jika kita ingin mengajar dengan kaedah soalanmaka kita pelu menggunakan teknik-teknik menyoal yang baik seperti soalan-soalan yang ditanya haruslah jelas dan tepat, pelajar-pelajar diberi masa untuk memikirkan jawapan soalan sebelum sesiapa dipanggil untuk menjawab, layanan yang munasabah bagi semua tindak balas daripada murid, suara haruslah jelas, mempelbagaikan soalan-soalan yang ditanya dan sebagainya.

Jadi jika kita hendak mengajar seseorang berenang kita haruslah memilih kaedah-kaedah yang sesuai. Kaedah seperti perbincangan serta syarahan sudah tertentu tidak berkesan. Kaedah pengajaran seperti demostrasi adalah lebih sesuai. Meskipun demikian, untuk memastikan bahawa demostrasi itu berjaya kita mesti menguasai teknik-teknik demostrasi.

Sebagai kesimpulan, bila kita sebut teknik pengajarankita mesti bertanya teknik pengajaran untuk kaedah apa. Setiap kaedah pengajaran mesti mempunyai teknik-teknik yang tertentu.

PENDEKATAN

Pendekatan biasanya dimaksudkan dengan arah atau hala yang kita ambil untuk menuju sesuatu sasaran. Dalam pengertianyang lebih luas pendekatan juga diertikan sebagi "to come near to in any sense" atau jalan yang diambil untuk melakukan sesuatu. Pendekatan-pendekatan yang dipilih biasanya berasaskan teori-teori atau generalisasi yang tertentu.

Sebagai contoh, pendekatan-pendekatan memasak ikan yang kita boleh gunakan ialah seperti pendekatan Timur atau pendekatan Barat. Bagi pendekatan Barat, kita dapati keutamaan ditegaskan pada nilai kalori, nilai makanan dari segi zat makanan dan ciri-ciri makanan seimbang. Bagi pendekatan Timur pula, keutamaan adalah diberi kepada rasa seperti rupa makanan tetapi tidak begitu mementingkan nilai kalori atau ciri-ciri makanan seimbangan. Pendekatan Barat ini adalah amat berkaitan dengan perkembangan sains dan teknologi pemakanan yang mempunyai prinsip-prinsip makanan serta hubungannya dengan kesihatan.

Suatu lagi contoh tentang pendekatan melakukan sesuatu ialah pendekatan seseorang dalam belajar bermain tenis. Dia boleh menggunakan pendekatan profesional atau pendekatan konvensyenal (tradisional atau acquired) atau biasa. Bagi pendekatan profesional, semua kaedah bermain dipelajari berdasarkan prinsip-prinsip sains yang sangat bersistematik. Manakala bagi pendekatan konvensyenal, kaedah-kaedah bermain dipelajari berdasarkan pengalaman, perbincangan informal serta dengan pemerhatian.



SUMBER: KLIK SINI

Selamat Hari Raya Untuk Semua Warga IPGM Kampus Tuanku Bainun




Majlis Silaturrahim di antara para pensyarah dengan semua guru pelatih.

Sempena Hari Raya AidilFitri

Tarikh : 17 September 2009

Masa : 7.30 pagi

Tempat : Dataran Perhimpunan.

16 September 2009

AJK Program Ihya' Ramadhan 1430 Hijrah IPGM Kampus Tuanku Bainun, Pulau Pinang




Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua tenaga kerja program dan juga kepada seluruh warga
Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tuanku Bainun,
PULAU PINANG yang telah menjayakan program
IHYA' RAMADHAN 1430 HIJRAH.


TERIMA KASIH

BECA - Warisan Kita

Foto: Syam
Tempat: Kuala Terengganu
Tahun: 2009




Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Beca merupakan kenderaan beroda tiga yang berasal dari lanca. Beca di Malaysia, dalam rekod bertulis, bermula di Singapura pada 1914 apabila 15 beca didaftar dan diperkenal sebagai basikal roda tiga Taman Upton. Beca ini mempunyai pengayuh disebelah sisi penumpang. Terdapat juga model beca dengan pengayuh di belakang atau di hadapan penumpang. Bumbung juga dipasang bagi memberi teduhan kepada penumpang.

Rekod beca terawal adalah apabila ia digunakan di Singapura pada 1914 apabila 15 beca didaftar dan diperkenal sebagai basikal roda tiga Taman Upton. Bagaimanapun ia didapati sukar dikendalikan melalui jalan yang sempit dan berliku-liku berbanding lanca yang ditarik manusia. Oleh sebab kerana itu, batch beca pertama 1914 kemudiannya dijual dan bawa ke Jawa. Hanya pada akhir 1920-an beca kembali diperkenalkan di Singapura dan kegunaannya meningkat dengan kedatangan migran China yang mendapati membawa beca memberikan pendapatan yang baik. Beca kemudian menjadi semakin popular di Malaysia, Indonesia, Vietnam dan seluruh Asia.

Beca digunakan bagi mengangkut penumpang, tetapi terdapat juga beca yang digunakan khusus bagi mengangkut barang-barang.

Menjelang Perang Dunia II dan selepasnya, kekurangan petrol telah melonjak beca sebagai sistem pengangkutan yang murah dan boleh diharap.

Pada masa kini, beca masih digunakan tetapi penggunaannya semakin berkurangan. Ini disebabkan kerjanya memenatkan dan pendapatannya sedikit dan tidak menentu. Biasanya beca banyak didapati berhampiran tempat tarikan pelancong.

Di Indonesia, banyak beca telah dirampas dan dilupuskan sebagai tukun, sebagai langkah kerajaan menghapuskan perkhidmatan beca tanpa lesen.


Sumber: KLIK DISINI

Kumpulan Nasyid Soutul Mualim IPGM Kampus Tuanku Bainun - JOHAN FESTIVAL NASYID PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG 2009




BAYAN LEPAS, 23 Julai - Kumpulan Nasyid Soutul Muallim dari Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam dan Kumpulan Ash-Syakirin dari sebuah syarikat swasta Variasi Reka dari Butterworth muncul sebagai johan Festival Nasyid Peringkat Negeri Pulau Pinang yang diadakan di Dewan Mutiara, Kompleks Tabung Haji Bayan Lepas semalam.


Soutul Muallim memenangi kategori terbuka iringan muzik secala live membawa lagu hasil karya Aizat Abibullah dan lirik oleh Sabri Ariffin 'Ummah Bersatu' memerima wang tunai RM3,000 dan tropi.


Manakala johan kategori moden dan tradisi iringan muzik minus-one Ash-Syakirin yang membawa lagu ciptaan dan lirik Rosni Salleh dengan naungan Saudara Mohd Rodzi Abdul Rahman juga menerima wang RM3,000 dan piala kemenangan.


Kategori terbuka kali ini menyaksikan lima kumpulan yang mengambil bahagian iaitu Al-Zaiyan dari Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang, Al-Falah dari Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Pulau Pinang, Ainul Mardhiah dari Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tuanku Bainun (Kemas), Amani dari Institut Pendidikan Guru Malaysia juga dari Kampus Pulau Pinang serta johan Soutul Muallim Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tuanku Bainun (Muzik dan Pengajian Agama).


Sementara itu, dalam kategori moden dan tradisi selain kumpulan Ash- Syakirin yang mewakili syarikat swasta Variasi Reka turut mengambil bahagian ialah Shoutul Rahman dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang, Nur Firdausi dari Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), Al-Masry dari Sekolah Menengah Al-Masriyah Bukit Mertajam, Salsabil dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Shoutul Jihad dari AADK Kampung Selamat Seberang Perai Utara, Andalusia Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, Of-One Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tuanku Bainun (Pengajian Melayu), Khazanah Mutiara dari Jabatan Kewangan Negeri serta Syafwah daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pulau Pinang.


Program tersebut turut dihadiri oleh Tun Yang Terutama, Dato' Seri Utama, Dr Haji Abdul Rahman Haji Abbas dan isiterinya, Yang Amat Berbahagia Toh Puan Dato' Seri Utama Hajah Majimor Shariff, Speaker Dewan Undangan Negeri, Dato' Abdul Halim Husain dan Exco Kerajaan Negeri, Haji Abdul Malek Abul Kasim.


SUMBER Berita: KLIK DISINI



14 September 2009

Selamat Hari Raya

09 September 2009

Rabiatul Adawiyah dan Tingkat Ibadah

Rabiatul Adawiyah dan tingkatan iman.

Pernah suatu hari orang-orang salih datang berziarah kerumah Rabiah. Ketika itu terjadilah tanya-jawab diantara Rabiah dengan tetamu itu berkenaan dengan masalah menyembah Allah. Salah seorang mereka ditanya Rabiah:

Mengapa anda menyembah Allah?” tanya Rabiah.

“Kerana saya takut akan api neraka,” jawab orang itu.

“Mengapa anda menyembah Allah?” Rabiah bertanya pula pada tetamu yang lain.

“Saya menyembah Allah kerana takut masuk api neraka dan ingin masuk ke dalam syurgaNya,” jawab tetamu itu.

Rabiah menarik nafas panjang kemudian berkata:“Alangkah buruknya seorang hamba yang menyembah Allah hanya kerana mengharapkan syurga dan ingin menghindar dari api neraka!” Sejurus Rabiah terdiam seakan-akan kecewa mendengar jawapan mereka. Kemudian dari bibirnya keluar sebuah soalan:

“Sekiranya syurga dan neraka tidak ada, adakah kamu akan menyembah Allah?”

Hadirin saling berpandangan sesama mereka. Tidak menyangka kalau-kalau pertanyaan seperti itu akan dikemukakan oleh Rabiah. Agak lama tidak seorang pun diantara mereka berani menjawab.Salah seorang mereka itu memecahkan kesunyian dengan bertanya kepada Rabiah:“Kalau begitu, tolong jelaskan kepada kami kenapa anda menyembah Allah?”


“Saya menyembah Allah adalah keranaNya. Nikmat yang dianugerahkanNya kepada saya sudah cukup untuk menggerakkan hati saya untuk menyembahNya!”

Demikian jawapan Rabiah, ringkas tetapi padat.

Moral of the story: Let’s do a reality check on ourselves, me and you. Dalam kisah di atas, kita dapat extract tiga tahap keimanan :

1.Menyembah Allah kerana takutkan api neraka.
2.Menyembah Allah kerana takutkan api neraka dan inginkan syurga.
3. Menyembah Allah semata-mata kerana cinta kepadaNya, bukan mengharapkan syurga dan ingin menjauhi neraka. (tahap pertama dan kedua adalah jelek dan buruk di mata Rabiah)

Sekarang check diri kita. Di mana iman kita berada? Adakah tahap pertama atau tahap kedua? Ramai yang sekurang-kurangnya akan meletakkan dirinya dalam tahap yang pertama. Ada juga yang mengatakan dirinya tidak mencapai tahap pertama sekalipun.

Adakah kita tergolong dalam golongan ini?:

1.Sangat jauh dari Allah. Golongan ini bukan sahaja mengabaikan suruhan Allah, malah melakukan maksiat dan mempertikaikan dan menentang suruhan Allah. Nauzubillah.
2.Bermain-main dengan Allah. Golongan ini kadang-kadang solat, kadang-kadang tidak. Ikut mood. Senang cerita orang yang malas.
3. Beribadah yang tidak memberi kesan. Golongan ini tidak meninggalkan suruhan tetapi masih melakukan maksiat. Bukankah solat itu, mencegah perkara yang keji dan mungkar?
4.Beribadah bukan kerana Allah. Golongan ini melakukan banyak suruhan Allah dan melakukan nahi mungkar tetapi tidak ikhlas. Sebaliknya ingin mendapatkan penghormatan daripada masyarakat, kononnya dialah ustaz, dialah yang paling alim dan semua orang kena ikut cakap dia.

Adakah anda tergolong dalam mana-mana golongan ini? Saya tidak tahu dan jangan beritahu saya. Anda lebih memahami diri anda sendiri dan terpulang pada diri anda untuk meletakkan di tahap keimanan yang mana. Mereka yang berada di tahap pertama akan meninggalkan segala perkara maksiat dari yang besar hingga sekecil-kecil pun dan melakukan ibadah yang wajib. Mereka yang berada di tahap kedua akan menambahkan amalannya dengan yang sunat-sunat.Mereka yang berada di tahap tertinggi, akan meninggalkan dunia dan meletakkan sepenuh cinta kepada Allah s.w.t.

Cinta Rabiatul Adawiyah adalah sangat sukar untuk diungkapkan dan difahami. Pertama kali saya membaca kisahnya, pening kepala. Pergilah kekedai buku agama dan cuba cari buku yang menceritakan tentang Rabiatul Adawiyah. Itulah ‘chicken soup for the soul’ versi Islam.

Wallahu ’alam..
(Rujukan : Rabiatul Adawiyah & Cinta; Abdul Mun’im Qindil; Pustaka Syuhada)
____________________________________________________________

*tazkirah ini diambil dari http://tazkirahonline.blogspot.com/.

02 September 2009

KESULTANAN MELAYU MELAKA II

AGAMA

Melaka mencatatkan satu transformasi yang agak besar dalam aspek agama dan kepercayaan. Bermula dengan kepercayaan Hinddu-Buddha yang dipengaruhi dari kerajaan Majapahit dan Srivijaya, seterusnya diganti dengan agama Islam. Islam sampai di beberapa kawasan lain di Asia Tenggara terlebih dahulu sebelum sampai di Melaka. Islam bertapak di Pasai pada kurun ke-13 dan sampai di Terengganu pada tahun 1303. Ini dibuktikan dengan terjumpanya Batu Bersurat Terengganu. Pada waktu itu, kerajaan Melaka belum lagi diasaskan.

Kedatangan Islam ke Melaka disambut baik oleh Sultan, pembesar dan rakyat Melaka. Sultan adalah orang yang memainkan peranan penting dalam perkembangan Islam di Melaka. Buktinya, baginda pernah menjemput ulama dan dan mengajar agama Islam di Melaka.

Istana Melaka dijadikan tempat untuk mempelajari ilmu tentang pengetahuanIslam. Selain itu, istana juga menjadi tempat menterjemah dan mengumpul kitab agama. Ajaran agama Islam semakin maju dan berkembang di surau, madrasah dan masjid. Tempat ini menjadi pusat pengajian agama bagi golongan rakyat di Melaka.

Kedatangan agama Islam ke Melaka telah membawa perubahan dalam kepercayaan. Pemikiran, pentadbiran, perundangan dan nilai hidup masyarakat.

Semasa zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah (1445-1459), agama Islam telah menjadi agama rasmi Melaka. Pemerintah Melaka memakai gelaran Sultan menggantikan gelaran raja ( pengaruh Hindu - Budhha) yang digunakan sebelum ini. Sultan yang memerintah dianggap sebagai khalifah Allah iaitu sebagai wakil Allah yang dipertanggungjawabkan untuk memakmurkan alam ini.

Pemerintahan Melaka mengikut lunas pemerintahan Islam terutamanya dalam urusan pentadbiran. Misalnya Sultan Mansur Syah mengarahkan pembesar berbincang dan bermuafakat dalam menjalankan tugas mereka. Ini bersesuaian dengan konsep musyawarah yang terkandung di dalam ajaran Islam.

Sultan Alauddin Riayat Syah, mencontohi pentadbiran khalifah Islam kedua iaitu Sayidina Umar al-Khattab. Pada masa pemerintahan Sayidina Umar, baginda sering menyamar diri keluar pada waktu malam untuk mengetahui keadaan sebenar umat Islam. Sultan Alauddin Riayat Syah mencontohi Sayidina Umar untuk membasmi kegiatan mencuri di Melaka. Ini membuktikan bahawa Melaka telah melaksanakan undang-undang jenayah Islam dalam pentadbirannya.

Kemajuan agama Islam di Melaka dibuktikan lagi apabila turut mempengaruhi undang-undang Melaka. Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka adalah gabungan hukum adat tempatan dengan undang-undang Syariah dan nilai Islam. Hukum Kanun Melaka Fasal 30, contohnya menjelaskan tentang hukum dan tatacara berniaga serta barang yang boleh diperniagakan mengikut cara Islam.

Selain itu, terdapat banyak lagi perkembangan dan kemajuan dari aspek agama Islam di Melaka yang mempengaruhi gaya hidup rakyatnya. Contohnya, Kalendar Hijrah mula digunakan oleh kerajaan Melaka. Tulisan Arab pula disesuaikan dan dijadikan tulisan jawi. Contoh yang seterusnya ialah pengajian Al-Quran dijadikan asas dalam sistem pendidikan masyarakat Melaka. Upacara seperti berkhatam al-Quran, kenduri arwah dan kesyukuran juga mulai menjadi amalan masyarakat Melaka.



EKONOMI

Kemajuan dari aspek ekonomi ditonjolkan apabila Melaka berjaya menjadi sebuah empayar perdagangan yang besar dan amat terkenal.

Melaka telah menjadi pusat perdagangan yang penting kerana kedudukannya ditengah-tengah laluan perdagangan Timur dan Barat. Keadaan ini memudahkan pedagang singgah sama ada untuk berdagang, mendapatkan bekalan makanan dan minuman atau membaiki kapal.

Melaka juga terlindung daripada tiupan angin monsun Timur Laut oleh Banjaran Titiwangsa, dan daripada angin Monsun Barat Daya oleh Pulau Sumatera. Oleh itu persekitarannya aman dan lautnya tenang kerana tiada ganguan ombak besar. Lautnya yang dalam membolehkan kapal dagang berlabuh dengan selamat. Perairan Selat Melaka yang sempit juga memudahkan kerajaan Melaka mengawal kapal yang lalu di sekitarnya.

Pedagang-pedagang dari serata dunia akan menunngu pertukaran angin Monsun di Melaka untuk pulang. Pedagang dari Barat mengikut angin Monsun Timur Laut dan pedagang dari Timur pula mengikut angin Monsun Barat Daya. Keadaan Melaka yang sedemikian menyebabkan ia menjadi pusat pertemuan kapal dagang.

Terdapat faktor lain juga yang turut membantu memajukan Melaka sehingga menarik kedatangan pedagang luar.

Antaranya ialah, kerajaan Melaka mempunyai jentera pentadbiran yang teratur untuk membantu urusan pelabuhan dan kegiatan perdagangan. Syahbandar dilantik oleh sultan untuk menguruskan pentadbiran di pelabuhan. Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka telah digubal oleh kerajaan Melayu Melaka untuk memastikan perdagangan berjalan dengan lancar, kestabilan dan keamanan negeri terpelihara.

Selain itu, pelbagai kemudahan untuk pedagang telah disediakan oleh pemerintah Melaka di pelabuhan Melaka. Antara kemudahan yang disediakan adalah seperti gudang-gudang besar untuk menyimpan barang, kemudahan pengangkutan (kapal, perahu, jong, lancara, gajah) dan pekerja. Kemudahan membaiki kapal dan tempat tinggal untuk para pedagang turut disediakan oleh kerajaan Melayu Melaka.

Kemajuan sistem kewangan juga berlaku pada zaman ini. Urus niaga di Melaka dijalankan melalui sistem tukar barangdan penggunaan mata wang. Wang logam digunakan dalam urus niaga di Melaka. Wang ini diperbuat daripada timah.

Bahasa perdagangan yang digunakan di Melaka ketika itu ialah bahasa Melayu. Para pedagang berminat datang ke Melaka kerana mereka mudah berurusan dengan pegawai Melaka dan pedagang di Melaka dengan menggunakan bahasa Melayu. Bahasa Melayu digunakan secara meluas di Kepulauan Melayu dan menjadi lingua franca di pelabuhan Melaka pada zamannya.



POLITIK

Dalam aspek politik, kemajuan dapat dilihat berdasarkan kepada kecekapan pemerintah Melaka mewujudkan beberapa jawatan pembesar untuk membantu melancarkan pentadbiran Melaka. Sistem Empat Lipatan digunakan dalam pentadbiran politik di Melaka.

Jawatan Bendahara diwujudkan sebagai penasihat kepada raja. Selain itu, Bendahara juga bertanggungjawab sebagai Menteri Utama, Ketua Turus Angkatan Perang, Ketua Hakim dan Pemangku Sultan. Penghulu Bendahari pula diwujudkan untuk menjadi Pemungut hasil atau Ufti, Ketua segala Bendahari, Ketua Urusetia Isatna dan juga Ketua segala Syahbandar. Jawatan Temenggung pula ditugaskan untuk menjadi Ketua Polis dan Penjara, Penguasa Bandar, Ketua Protokol Istana dan Hakim di darat. Semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Syah (1445-1459), baginda telah mewujudkan jawatan Laksamana yang bertanggungjawab sebagai Ketua Angkatan Laut Melaka.

Selain daripada jawatan-jawatan pembesar yang telah diwujudkan, keadaan politik di Melaka diperkukuhkan lagi dengan adanya undang-undang. Melaka mempunyai Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka.

Untuk menjamin kestabilan politiknya, Melaka juga mempunyai angkatan laut yang sangat besar. Orang Laut menjadi tenaga penting dalam angkatan laut Melaka. Melaka mempunyai pahlawan-pahlawan yang gagah, berani dan setia seperti Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu.

Sebahagian besar kelengkapan tentera Melaka terdiri daripada kapal, bahtera, ghali, ghalias, jong dan lancaran. Peralatan senjatanya pula ialah panah, keris, lembing, meriam, lela, rentakal, istinggar dan pemuras. Kekuatan yang ada membolehkan Melaka mengadakan serangan dan seterusnya menakluki kerajaan lain.

Melaka juga menjalinkan hubungan politik luar dengan negara luar seperti China. Hubungan politik ini mengukuhkan lagi kekuatan kerajaan Melayu Melaka. Kedatangan Laksamana Yin Ching pada tahun 1403 dan Laksamana Cheng Ho pada tahun 1409 membolehkan Melaka berharap kepada China untuk mendapatkan perlindungan daripada ancaman Majapahit dan Siam.

Melaka terus membangun menjadi sebuah kerajaan yang kuat. Buktinya pada masa pemerintahan Sultan Muzaffar Syah, Melaka dapat mematahkan serangan Siam sebanyak dua kali tanpa bantuan China.



SOSIOBUDAYA

Rakyat Melaka mengamalkan kebudayaan Melayu di dalam kehidupan seharian. Kedatangan Islam ke Melaka telah memberi kesan yang begitu besar ke atas sosiobudaya masyarakat Melaka. Sebagai contoh, konsep dewa raja telah diganti dengan konsep sultan. Rakyat biasa menghormati sultan sebagai pemerintah yang dianggap sebagai wakil tuhan. Rakyat amat taat kepada setiap perintah sultan. Budaya saling mentaati sultan ini diperkuatkan lagi dengan kepercayaan kepada konsep daulat dan tulah. Berdasarkan konsep ini, raja dikatakan berdaulat dan sesiapa yang ingkar dan tidak menghormati sultan akan menerima balasannya yang juga dikenali sebagai tulah.

Dalam aspek kemasyarakatan pula, budaya-budaya kesenian Islam mula dijelmakan melalui amalan seperti upacara berkhatam al-Quran, kenduri arwah dan kesyukuran.

Selain itu, dalam kalangan pemerintah juga terdapat beberapa budaya yang diamalkan. Sebagai contoh, budaya bermusyawarah. Sultan Muzaffar Syah sentiasa mengarahkan para pembesarnya bermusyawarah untuk menjalankan tugas masing-masing.

Adat Temenggung juga menjadi sebahagian daripada budaya amalan rakyat Melaka. Adat Temenggung ini meliputi hal-hal jenayah, awam, kekeluargaan, hukum pelabuhan dan undang-undang laut. Mengikut Adat Temenggung, sultan berkuasa penuh dalam pentadbiran.





PENGELOLAAN STOR SUKAN

  • Seorang guru dilantik untuk menjaga secara keseluruhan stor sukan.
  • Buku catatan mesti digunakan dengan sepenuhnya. Segala peralatan yang dikeluarkan mesti direkod dan ditandatangani.
  • Peraturan stor sukan mesti diberitahu kepada semua orang terlibat. Misalnya, meletak semula alat yang dipinjam ditempat asalnya.
  • Buku stok untuk merekodkan semua peralatan yang ada. Ia memudahkan kerja pemeriksaan stok pada masa hadapan.
  • Pemeriksaan stok perlu diadakan beberapa kali setahun untuk memastikan kedudukan stok adalah kemaskini.

PROSES PINJAMAN PERALATAN SUKAN

  • Semua alat yang diambil untuk tujuan pendidikan jasmani atau tujuan lain mestilah dicatatkan dalam buku dengan menyatakan nama peminjam, nama alat dan kuantitinya.
  • Alat yang dipinjam mesti digunakan dengan betul. Guru seharusnya mencegah kanak-kanak menyepak bola tampar, mengheret tilam atau mengheret bangku gimnastik.
  • Alat yang dipulangkan mesti disusun dan diletakkan semula ke tempat-tempat asalnya.
  • Alat-alat yang rosak sedikit perlulah dibaiki jika boleh. Sebagai contoh, gelung rotan yang tercabut ikatannya boleh diikat semula sebelum mulanya sesuatu kelas.
  • Pastikan buku catatan ditandatangani semula untuk memastikan alat tidak hilang.

PENGURUSAN STOR PERALATAN PENDIDIKAN JASMANI

Stor sukan ataupun dikenali sebagai stor peralatan adalah perlu untuk setiap buah sekolah. Ia memainkan peranan sebagai tempat menyimpan alatan-alatan sukan supaya perbelanjaan sekolah boleh dikurangkan; simpanan yang baik mengurangkan kos pembaikan dan pemeliharaan alatan. Pengekalan alatan juga memberi peluang kepada guru-guru merancang pelajaran mereka supaya menjadi lebih seronok dan bermakna. Bagi kanak-kanak pula, bilangan peralatan yang mencukupi membolehkan mereka menerima pelajaran dengan sepenuhnya semasa waktu pendidikan jasmani atau waktu di luar daripada waktu pendidikan jasmani.

Kewujudan stor boleh menentukan bilangan alatan yang boleh dibeli oleh sesebuah sekolah. Setelah segala alatan asas telah dibeli, perkara yang penting ialah bagaimana untuk menyimpan peralatan itu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...