Pembaca Setia

Showing posts with label Pengumuman. Show all posts
Showing posts with label Pengumuman. Show all posts

16 March 2012

Konvokesyen IPG Kali Ke-2. Tahniah IPG Tuanku Bainun! Cemerlang :)

Sekalung ucapan tahniah diucapkan kepada bekas-bekas guru pelatih IPG Kampus Tuanku Bainun yang baru sahaja meraikan Majlis Konvokesyen kali kedua di PICC, Putrajaya baru-baru ini.



IPG Kampus Tuanku Bainun nyata cemerlang apabila 3 orang guru pelatihnya berjaya dinobatkan sebagai guru pelatih terbaik keseluruhan bagi bidang akademik masing-masing. Seorang lagi guru pelatih mendapat Anugerah Khas Kepimpinan pada majlis yang penuh istiadat ini. Tahniah!

Guru Cemerlang, Negara Terbilang!

14 March 2012

Semak Keputusan SPM 2011



SEMAKAN BERMULA PADA HARI RABU 21 MAC 2012

21 March 2011

Salam Takziah


Salam takziah kepada keluarga Allahyarham En Rosdi Bin Abu Bakar (Pensyarah IPGKTB). Allahyarham menghembuskan nafas akhir pada pagi 21 MAc 2011. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan yang soleh.

Al Fatihah.

19 January 2011

Takwim Pengajian 2011

Info untuk IPG Kampus Tuanku Bainun Sahaja

CUTI PERTERNGAHAN SEMESTER 1/2011

Seperti yang dimaklumkan oleh Jabatan HEP cuti Pertengahan Semester pada kali ini akan bermula pada 29 Januari hingga 6 Februari. Cuti tersebut berbetulan dengan cuti Tahun Baru Cina yang akan disambut pada 3-4 Februari 2010. Untuk maklumat lanjut tentang takwim pengajian 2011 boleh muatturun melalui pautan berikut. TAKWIM PENGAJIAN 2011 yang dikeluarkan oleh Jabatan HEP.

07 January 2011

MALAYSIAN UNIVERSITY ENGLISH TEST (MUET) 2010 End Year Result


^ Klik SINI untuk membuat semakan keputusan anda.

21 December 2010

:::|UNTUK IPG KTB|::: PENDAFTARAN PELAJAR PISMP SEM 1/2011

PENDAFTARAN PELAJAR PISMP SEM 1/2011

Butir-butir pendaftaran bagi pelajar terlibat adalah seperti berikut :

Tarikh Pendaftaran : 3 Januari 2011
Hari : Isnin
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dewan Aminudin Baki

Pelajar- pelajar yang terlibat adalah pelajar PPISMP sem 3 (2010) . Semasa pendaftaran, pelajar terbabit perlu menyediakan wang pos sebanyak RM90.00 atas nama Pengarah IPG Kampus Tuanku Bainun. Segala permasalahan boleh berhubung di talian seperti berikut 04-5215227/04-5213284.

Sekian, harap maklum.

Sumber : HEP IPTB

22 June 2010

Kemasukan Guru Pelatih Baru




Tahniah

kepada anda yang telah terpilih untuk mengikuti program pengajian di
Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun.
Sila lapor diri pada 28 JUN 2010 (Isnin).
Datang awal untuk memudahkan urusan :)



03 August 2009

IPGM KAMPUS TUANKU BAINUN DITUTUP MULAI 31 JULAI HINGGA 5 OGOS 2009 - H1N1

IPGM Kampus Tuanku Bainun ditutup sementara berikutan penularan wabak Influenza A H1N1. Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPGM Kampus Tuanku Bainun mengambil tindakan ini setelah mendapati sebilangan pelajar mempunyai simptom wabak ini seperti demam, batuk, selesema dan sakit kepala serta bahagian-bahagian anggota badan. Para pelajar dinasihatkan supaya menjaga kesihatan dan kebersihan diri seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia -notapismp.blogspot.com



^Jabatan Hal Ehwal Murid yang prihatin dengan kebajikan para pelajar mengedarkan topeng muka (face mask) sebagai langkah pencegahan awal gejala H1N1.


Laman Web Rasmi IPGM Kampus Tuanku Bainun

30 July 2009

Semakan Keputusan Rayuan Tawaran KPLSPM Ambilan 2009



Adalah dimaklumkan SEMAKAN KEPUTUSAN RAYUAN TAWARAN KPLSPM AMBILAN 2009 yang dijadualkan pada 29 Julai 2009 (Rabu) telah ditunda pada 5 Ogos 2009 (Rabu).

Segala kesulitan amat dikesali.

Maklumat lanjut sila hubungi Unit Pengambilan dan Penempatan Pelajar, Bahagian Pendidikan Guru.


Laman Web Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia

http://www.moe.gov.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...