Pembaca Setia

26 May 2010

Hak-hak berkaitan hubungan etnik di dalam Perlembagaan : Skop

  1. Bahasa Kebangsaan - Perkara 152
  2. Agama Persekutuan - Perkara 3 (1)
  3. Kedudukan keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera Sabah Sarawak. - Perkara 153
  4. Perkhidmatan Awam - Perkara 153
  5. Ekonomi - Perkara 153
  6. Pendidikan - Perkara 153

Langkah-langkah untuk merapatkan hubungan etnik

Penubuhan Jabatan Perpaduan Nasional dan Integrasi Nasional (JPNIN).
  • Ditubuhkan pada 1969 di bawah Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) untuk menangani isu-isu berhubung pembinaan semula perpaduan rakyat di negara kita.

Strategi Politik
  • Persefahaman - memajukan perpaduan negara berlandaskan peruntukan yang termaktub dalam perlembagaan.

Strategi Ekonomi
  • Menyeimbangkan kedudukan taraf sosioekonomi antara kaum dan antara wilayah serta mengurangkan pengenalan kaum dengan kegiatan ekonomi tertentu.

Strategi Pendidikan
  • Memupuk semangat kebangsaan serta cinta kepada negara dan mengeratkan perpaduan nasional.
  • Contoh: Kurikulum dan Ko-kurikulum yang seragam.

Strategi Penggunaan Bahasa Kebangsaan
  • Penggunaan bahasa yang sama iaitu Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Strategi Agama
  • Semua rakyat Malaysia bebas untuk menganut dan mengamalkan agama dan kepercayaan masing-masing.

Strategi Kebudayaan
  • Membentuk kebudayaan nasional.

Strategi Integrasi Wilayah
  • Menambahbaik perhubungan kebangsaan, pengangkutan dan sebagainya.

Cabaran hubungan etnik: Perspektif Malaysia (ringkasan)

  1. Cabaran globalisasi. - pengaruh ideologi luar/barat.
  2. Cabaran sosial. - pemisahan geografi/fizikal. sistem pendidikan. polarisasi pelajar.
  3. Cabaran ekonomi - penguasaan ekonomi mengikut kaum. pengenalan aktiviti ekonomi mengikut kaum.
  4. Cabaran politik. - politik perkauman. perasaan perkauman ditimbulkan.
  5. Cabaran nilai antara etnik. - perbezaan budaya. perasaan etnosentrisme.

Prinsip-prinsip Islam Hadhari

  1. Ketakwaan dan keimanan kepada Tuhan.
  2. Kerajaan yang adil dan beramanah.
  3. Rakyat yang berjiwa bebas dan merdeka.
  4. Penguasaan ilmu pengetahuan.
  5. Pembangunan ekonomi yang seimbang dan komprehensif.
  6. Kehidupan berkualiti.
  7. Pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita.
  8. Keutuhan budaya dan moral.
  9. Pemeliharaan alam semulajadi.
  10. Kekuatan pertahanan.

25 May 2010

Struktur dan fungsi bahagian-bahagian jantung


Jantung terbina daripada otot jantung atau miorkardium yang diliputi epikardium di permukaan luarnya dan endokardium di bahagian dalam.

Dua ruang atas iaitu atrium mempunyai dinding otot yang nipis dan keduadua ruang ini dipisahkan antara satu sama lain oleh septum interatrial. Dinding otot yang membentuk dua ruang bawah iaitu ventrikel adalah lebih tebal. Septum interventrikel terdapat di antara kedua-dua ventrikel.

Atrium berperanan sebagai ruang penerima darah. Atrium kanan menerima darah yang kurang beroksigen daripada tisu-tisu tubuh sementara atrium kiri pula menerima darah yang kaya dengan oksigen dari paru-paru.

Ventrikel pula bertindak sebagai pam yang mengepam keluar darah yang diterima dari atrium. Ventrikel kanan mengepam darah ke paru-paru sementara ventrikel kiri mengepam darah ke seluruh bahagian tubuh.

Injap-injap yang terletak antara atrium dan ventrikel dan pada arteri-arteri yang terbit daripada jantung, membenarkan pengaliran darah pada satu arah sahaja.

Injap atrioventrikular (injap mistral dan trikuspid) hanya membenarkan aliran darah daripada atrium ke ventrikel sahaja. Injap semilunar pulmonari dan injap semilunar aortik pula menghalang aliran darah ke belakang yang keluar dari jantung menerusi arteri pulmonari dan aorta.

Dinding otot jantung terdiri daripada lapisan epikardium, miokardium dan endokardium. Pada jantung terdapat injap atrioventrikular (AV) dan injap semilunar. Injap atrioventrikular membenarkan darah mengalir ke satu arah sahaja iaitu dari atrium ke ventrikel dan seterusnya ke arteri. Terdapat dua injap (AV) iaitu injap trikuspid pada sebelah kanan jantung dan injap bikuspid pada bahagian kiri jantung.

Injap semilunar menghalang pengaliran balik darah dari arteri pulmonary dan aorta. Setiap injap semilunar mempunyai tiga bucu.

Proses pengangkutan gas oleh darah

Darah beroksigen diangkut ke sel-sel tisu badan. Sel-sel ini akan menggunakan oksigen. Sel-sel tisu badan akan membebaskan karbon dioksida ke dalam darah dan diangkut ke paru-paru.


(a) Pengangkutan oksigen

Oksigen diangkut melalui dua cara:

(i) Oksigen larut di dalam plasma.
(ii) Melalui perlarutan dengan hemoglobin untuk membentuk oksihemoglobin.



(b) Pengangkutan karbon dioksida

Karbon dioksida diangkut melalui tiga cara:

(i) Pelarutan dalam plasma.
(ii) Bikarbonat.
(iii) Gabungan dengan hemoglobin untuk membentuk karbominohemoglobin.

Politik dan negara menurut perspektif Islam

Sumber-sumber pemerintahan Islam:

  • Al-Quran
  • Al-Sunnah
  • Al-Ijma'

Asas-asas pemerintahan Islam

  • Aqidah
  • Syariah

Prinsip-prinsip pemerintahan Islam

  • Musyawarah
  • Keadilan
  • Kebebasan
  • Persamaan

24 May 2010

Struktur kuasa

Gambar hiasan



Pemecahan kuasa di kalangan masyarakat disebut sebagai struktur kuasa. Satu keadaan dimana seluruh kuasa dalam masyarakat dirangkaikan dan bagaimana kuasa itu digunakan.

Kuasa masyarakat berubah-ubah dan banyak jenisnya. Kuasa kumpulan melindungi melindungi kuasa individu - dikenali sebagai kuasa piramid.

Terdapat beberapa jenis kuasa piramid:

  • Kuasa piramid peringkat tinggi/kasta.
  • Kuasa piramid oligarki.
  • Kuasa piramid demokratik.

Sistem Politik Islam


Artikel Sistem Politik Islam
Oleh Ustaz Mohd Ridhuan Tee Abdullah

Teori asal-usul negara

Terdapat beberapa teori mengenai asal usul negara iaitu:


Teori Kudus atau Teori Ketuhanan

  • Negara dicipta oleh Tuhan untuk memudahkan manusia hidup berkelompok.
  • Tuhan mencucuri rahmat ke atas manusia dengan mengilhamkan negara kerana negara sahaja yang dapat mengelakkan manusia daripada dimusnahkan oleh kehidupan mereka.
  • Tuhan telah melantik raja sebagai wakilnya untuk memimpin negara.
  • Rakyat diwajibkan tunduk kepada kehendak raja.
  • Rakyat tidak boleh menentang raja.
  • Contoh pemerintahan - Shah Iran - waris Raja Iskandar Zulkarnain . Raja Jepun - Putera Dewi Matahari Amaterasu.
  • Teori ini dianggap ketinggalan zaman.

Teori Patriakal

  • Menurut Aristotle, negara wujud akibat perkembangan kumpulan manusia yang mempunyai pertalian darah.
  • Keluarga dianggap sebagai unit asas sesebuah masyarakat manakala puak pula sebagai gabungan beberapa puak keluarga.
  • Gabungan ini mewujudkan institusi kampung dan dimajukan menjadi negara.
  • Kewibawaan keluarga bergantung kepada ketaatan kepada kaum lelaki.
  • Kaum lelaki menjadi pakar rujuk dan keputusan dianggap sah dan mengikat semua anggota masyarakat.
  • Teori ini bersifat spekulatif tanpa mempunyai bukti yang nyata.

Teori Matriakal

  • Dalam masyarakat primitif ketua keluarga ialah ibu dan bukan bapa.
  • Corak perkahwinan dalam masyarakat tradisional mengiktiraf wanita sebagai barangan pertukaran yang penting.
  • Pertalian sesuatu keluarga dikesan melalui anggota keluarga wanita.
  • Teori ini dikritik kerana tidak mengikut perkembangan tamadun manusia.

Teori Kontrak Sosial

  • Negara wujud kerana manusia sedar bahawa mereka perlu hidup bermasyarakat.
  • Atas kesedaran ini, manusia telah bersetuju mengadakan satu perjanjian untuk mewujudkan negara yang dapat menjamin kehidupan sejahtera manusia.
  • Golongan yang menyokong teori ini menegaskan bahawa institusi yang baik dan berkesan untuk menjaga kepentingan semua rakyat ialah negara.

Teori Paksaan

  • Negara muncul kerana memenuhi kehendak kestabilan dan ketertiban.
  • Negara diwujudkan oleh golongan yang kuat untuk menjaga kepentingan peribadi mereka.
  • Manusia mempunyai sifat untuk menguasai pihak yang lemah.
  • Hanya orang yang kuat sahaja dapat menjamin kesejahteraan.

Nasionalisme: Pengenalan ringkas



Nasionalisme ialah satu gerakan yang dinamik. Aspirasi nasionalisme adalah perjuangan untuk:
  • Mewujudkan peraturan nasional dalam bidang politik negara.
  • Mengekalkan kedudukan negara dari segi pemerintahan buat selama-lamanya.
  • Memastikan negara bebas daripada kepentingan penjajahan.

Kedaulatan: Jenis

Kedaulatan berasal daripada perkataan Latin superanus yang membawa maksud keagungan atau keunggulan.

Kedaulatan terbahagi kepada beberapa jenis iaitu:

  • Kedaulatan politik
  • Kedaulatan rakyat
  • Kedaulatan undang-undang
  • Kedaulatan negara

Pembahagian kuasa



Terdapat tiga pembahagian kuasa:


Kuasa Politik

  • Tidak boleh diganggu gugat.
  • Merupakan nadi penggerak utama.
  • Terletak kepada wakil dan kedudukan seseorang mengikut pangkatnya.
  • Kadangkala terkawal ataupun tidak - bergantung kepada penerimaan masyarakat.

Kuasa Ekonomi

  • Kuasa sumber kekayaan, mengarah dan publisiti.
  • Dipengaruhi oleh harta dan kedudukan individu.
  • Orang akan patuh kepada individu yang berkuasa dengan harapan mendapat ganjaran.

Kuasa Ketenteraan




  • Kekuatan menjadi ukuran.
  • Menggunakan untuk penaklukan.
  • Perjuangan tanpa kekerasan dan perjuangan kekerasan.

Kedaulatan: Ciri-ciri


  1. Sifat kekal
  2. Tidak boleh dipisahkan
  3. Kuasa tertinggi
  4. Tidak terbatas
  5. Kemutlakan

Kedaulatan: Konsep

Beberapa pandangan ahli sosiologi mengenai konsep kedaulatan:

Jean Bodin
Kedaulatan adalah kuasa mutlak dan tertinggi yang terdapat pada rakyat. Kedaulatan sebagai satu kuasa yang tertinggi dan mengatasi undang-undang.

John Austin
Kedaulatan sebagai alat untuk menghuraikan perundangan. Perundangan hanya dapat dikendalikan sebagai satu yang positif dan diterima sebagai suatu kuasa besar.

John Locke

John Locke

Kedaulatan adalah hak semula jadi rakyat dalam negara yang mengamalkan demokrasi. Rakyat merupakan golongan yang berdaulat dalam memilih pemimpin mereka dan memperjuangkan hak asasi mereka.

Grotius
Maruah sesebuah negara merupakan kedaulatan negara. Kedaulatan negara perlu dihormati oleh negara lain bagi mengelakkan penaklukan. Kedaulatan negara tidak akan pupus selagi wujud negara dan rakyat menerima pemerintahan.

Hubungan sains politik dengan disiplin pengajian sosial


Antara disiplin pengajian sosial ialah:

Sejarah
Membantu sains politik tentang pelbagai kemungkinan yang akan wujud pada masa depan.

Falsafah
Pengkaji politik menggunakan falsafah untuk mengkaji asal-usul dan nilai negara yang mencakupi moral falsafah atau etika.

Sosiologi
Membantu memahami latar belakang, susunan dan pola kehidupan sosial dan menerangkan fenomena politik terutamanya mengapakah manusia bertindak apabila menghadapi sesuatu cabaran.

Antropologi
Menerangkan bagaimana kebudayaan manusia itu berkembang.

Ekonomi
Pemikiran yang berasal daripada faktor kekurangan menyebabkan lebih banyak ke arah ramalan berdasarkan perhitungan yang saksama.

Psikologi sosial
Membantu menganalisis nilai-nilai budaya yang dapat melahirkan tingkah laku yang stabil.

Geografi
Sains politik memerlukan disiplin geografi untuk memahami perkembangan peristiwa dan fenomena politik.

Pendekatan Sains Politik

Pendekatan mempunyai matlamat tertentu. Sesuatu pendekatan dipilih kerana ia mempunyai sifat-sifat yang memudahkan pengkajian perkara yang ingin diselidiki.

Fungsi pendekatan:

  • Digunakan untuk melihat, mengkaji dan menjelaskan sesuatu fenomena politik.
  • Digunakan untuk menguji dan mengenal pasti atau mengesahkan sesuatu andaian, membantu dalam mencipta ilmu baru tentang sesuatu kejadian.
  • Digunakan bagi membuktikan kesahihan seterusnya membuat ramalan.

Jenis-jenis pendekatan:

  • Falsafah
  • Institutionalisme
  • Behaviourisme
  • Pluralisme
  • Strukturlisme
  • Developmentalisme
  • Fungsi struktur.

23 May 2010

Pemanasan global: Kesan ke atas alam sekitar (fizikal)

Penggurunan

Jerebu

  1. Menggalakkan Kejadian El-Nino.
  2. Menggalakkan kebakaran hutan - jerebu.
  3. Gangguan ke atas sistem ekologi.
  4. Menyebabkan kejadian Pulau Haba Bandar.
  5. Gangguan ke atas kitar hidrologi.
  6. Mempercepatkan fenomena penggurunan.
  7. Pencairan litupan ais benua dan ais pergunungan tinggi.

Perindustrian dan kaitannya dengan pemanasan global

Perindustrian yang tempang akan menyebabkan pemanasan global - gambar hiasan


Kegiatan perindustrian yang banyak membebaskan gas-gas rumah hijau seperti karbon dioksida, karbon monoksida, sulfur oksida, kloroflorokarbon, halon, metana dan lain-lain yang menjadi agen utama menghakis dan menipiskan lapisan ozon serta membentuk selimut atmosfera yang memerangkap bahangan bumi.

Menurut laman ensiklopedia bebas WIKIPEDIA, Pemanasan global berkaitan dengan peningkatan suhu dunia. Suhu bumi telah meningkat dua darjah dan kadarnya berbeza mengikut benua dan kawasan tertentu. Kajian mendapati kawasan Artik lebih pantas menjadi panas berbanding kawasan lain. Perubahan iklim biasanya berlaku dalam tempoh 10,000 tahun tetapi kini perubahan iklim berubah dalam tempoh 100 tahun sahaja, jarak hanya 2 generasi sahaja.


Perkhemahan dan alam sekitar




Berkhemah adalah penghidupan di luar sama ada di hutan, di pantai, di bukit, di gunung dan sebagainya. Berkhemah bermakna anda menerima atau memikul beberapa tanggungjawab terhadap pengurusan makanan, perlindungan dan melibatkan diri dalam aktiviti berkaitan dengan persekitaran anda. Sekiranya anda berkhemah secara individu atau berkumpulan, perhubungan rapat dengan alam semulajadi perlu anda utamakan.

Beberapa kod etika yang perlu dipatuhi:


  1. Minimal impact camping.
  2. Leave no trace techniques.

Apa itu Laporan Kesan Alam Sekitar - EIA

EIA bertujuan untuk menilai impak keseluruhan sesuatu projek pembangunan yang dijalankan oleh sektor awam dan sektor swasta terhadap alam sekitar. EIA termaktub dibawah Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti yang ditetapkan)(Penilaian kesan alam sekeliling), 1987. EIA meliputi penilaian awal dan penilaian terperinci mengikut tatacara yang telah ditetapkan.

Hutan: Pengenalan dan kepentingannya kepada atmosfera




Menurut laman ensiklopedia bebas Wikipedia, hutan merujuk kepada kawasan yang ditumbuhi pokok-pokok secara meliar dan bercampur-campur. Hutan berbeza dengan ladang yang pokoknya ditanam oleh manusia dan pada kebiasaannya dipenuhi hanya satu atau dua spesies pokok sahaja.

Hutan juga dikelaskan mengikut perubahan ciri-ciri ketinggian dari aras laut, gabungan flora, habitat, iklim, tanah dan biotik.

Klik untuk melihat 7 KELAS HUTAN


Kepentingan hutan kepada atmosfera

  1. Hutan membantu menambahkan kandungan oksigen di dalam udara.
  2. Hutan membantu merendahkan suhu di dalam udara.
  3. Hutan membantu mengurangkan kandungan gas karbon dioksida di dalam udara.

Apa itu Pendidikan Kefahaman Sejagat (EIU)?


EIU (Education for International Understanding) adalah berkaitan dengan pendidikan untuk keamanan dan hak-hak manusia yang bermula pada tahun 1995, di mana cadangan ini telah diikuti oleh UNESCO semenjak tahun 1974.

Tujuan pelaksaanaan

EIU memainkan peranan penting dalam mendidik bagi mewujudkan satu budaya keamanan atau pendidikan hak manusia serta mana-mana rangka kerja lain yang berkaitan dengan "kebijaksanaan" individu dalam usaha memperkayakan sumber alam secara keseluruhan.

Pada dasarnya, semua perkara-perkara yang berkaitan adalah mengenai bagaimana satu rangka kerja dapat dihasilkan secara transformasi pendidikan bagi mempertingkat kesejahteraan manusia dalam semua dimensi.

Tema EIU

Terdapat lima tema di dalam EIU iaitu:

  1. Globalisasi
  2. Kepelbagain budaya
  3. Kelestarian
  4. Hak asasi manusia
  5. Keamanan dan ekuiti


Ingin maklumat tambahan? KLIK SINI


21 May 2010

Pembangunan Lestari: Bacaan tambahan

Bacaan tambahan untuk subjek ESD: Klik Sini


Prinsip-prinsip ESD:

  1. Kesetaraan
  2. Keadilan gender
  3. Pemeliharaan alam sekitar
  4. Pembasmian kemiskinan
  5. Toleransi sosial
  6. Masyarakat adil dan damai

Apa itu herbarium?

Proses pembuatan herbarium - Gambar hiasan


Apa yang anda tahu mengenai herbarium?

Herbarium ialah suatu spesimen dari bahan tumbuhan yang telah dimatikan dan diawet.

Herbarium ini penting kerana ia mengandungi data asli tentang sesuatu tumbuhan yang telah diidentifikasi.

Herbarium penting dalam membantu pengkajian dalam bidang-bidang seperti:

  • Morfologi
  • Taksonomi
  • Ekologi
  • Geografi

Agenda 21: Objektif pelaksanaannya


Objektif Agenda 21 ialah:
  • Menggalakkan semua negara mempertahankan alam sekitar masing-masing.
  • Memperbaiki kesihatan manusia dan mengatasi masalah kemiskinan.
  • Merupakan satu pelan tindakan komprehensif yang akan dilaksanakan secara global, di peringkat nasional dan tempatan oleh badan-badan PBB, kerajaan dam pelbagai badan-badan yang mana melibatkan kesan alam sekitar terhadap manusia.
  • Menggalakkan semua negara mengurangkan pencemaran alam, mengawasi hasil-hasil bumi serta menjaga habitat semulajadi dan kehidupan liar.

Persidangan Rio De Janeiro

Persidangan Rio De Janeiro ialah suatu persidangan oleh anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai alam sekitar dan pembangunan yang juga dikenali sebagai Persidangan Kemuncak Bumi yang diadakan di Rio De Janeiro pada tahun 1992.

Persidangan ini memfokuskan kepada isu alam sekitar. Antara lain ialah:

Pertama - Menggesa negara-negara di seluruh dunia mengambil tindakan sewajarnya bagi menjaga alam sekitar demi menjamin kehidupan yang lebih berkualiti. Malaysia ialah antara negara yang turut menyertai dalam World Solar Commission untuk memastikan penggunaan tenaga yang lebih selamat di masa hadapan.

Kedua - Membahas bagaimana pembangunan yang berterusan dapat dijalankan iaitu pembangunan yang mengambilkira alam sekitar, menyediakan hak yang sama untuk semua manusia dan menjaminkan bahawa generasi akan datang turut dapat menikmati dan memenuhi kehendak yang sama seperti mana generasi kini.

Ketiga - mencatat prinsip-prinsip dan tindakan-tindakan dalam Agenda 21.

Protokol Kyoto


Protokol Kyoto ialah suatu persetujuan antarabangsa mengenai pemanasan global. Melalui protokol ini, negara maju atau negara-negara perindustrian bersetuju mengurangi emisi (pembebasan) gas rumah hijau secara minimum. Sungguhpun langkah ini merupakan satu usaha yang positif, terdapat lapan negara yang tidak mahu menurunkan gas-gas rumah hijau iaitu Australia, Monaco, Amerika Syarikat (pengeluar terbesar gas rumah hijau), Croatia, Kazakhstam, Zambia dan Swiss. Gas-gas rumah hijau yang perlu dikurangkan ialah CO4, CH4, N2O.


Impak yang akan berlaku sekiranya Protokol Kyoto tidak dilaksanakan dengan sepenuhnya ialah:

  • Kerosakan harta benda.
  • Kematian.
  • Jangkitan penyakit.
  • Kekurangan sumber air tawar.
  • Kegiatan ekonomi.
  • Asbut.

Pengurusan sumber

Kepentingan pengurusan sumber secara terancang ialah:

Kepentingan masa depan. Pengurusan sumber penting untuk menjamin bekalan yang berterusan terutama sumber yang tidak boleh diperbaharui. Sumber yang tidak boleh diperbaharui seperti sumber galian jika tidak diuruskan dengan baik akan meninggalkan kesan seperti menjejaskan politik dan ekonomi.

Kepentingan alam sekitar. Jika sumber alam tidak diurus dengan baik, ia akan mengakibatkan kesan negatif kepada alam sekitar seperti mencemarkan alam sekitar. Contohnya, kegiatan pembalakan tanpa penggantian semula akan menyebabkan ekosistem terganggu. Bahkan kegiatan hakisan akan berlaku dengan berleluasa apabila hujan turun.

Kepentingan sosial. Kadar pertumbuhan penduduk yang cepat khasnya di India dan Afrika memerlukan satu program yang terancang bagi mengelakkan kes kebuluran dan penyakit akibat kekurangan zat makanan.

Kepentingan ekonomi. Perkembangan industri memerlukan banyak sumber alam. Tanpa sumber alam yang berterusan, ekonomi sesebuah negara akan terjejas. Justeru, sumber semulajadi perlu diurus dengan baik supaya tidak berlaku pembaziran. Bagi sumber yang tidak boleh diperbaharui pula seperti petroleum, satu program bagi mendapatkan bahan alternatif perlu diwujudkan.

20 May 2010

Pertanian Malaysia: Permasalahan

Masalah-masalah yang dihadapi dalam sektor pernatian di Malaysia ialah:

  • Masalah ancaman fizikal - bencana alam.
  • Masalah kekurangan tenaga buruh.
  • Masalah kekurangan modal.
  • Masalah tanah.
  • Masalah teknologi pertanian yang masih rendah.


Langkah-langkah
yang diambil bagi mengatasi masalah tersebut ialah:

  • Mewujudkan semula program pembangunan wilayah.
  • Saiz tani yang tidak ekonomik digabungkan secara berkelompok.
  • Membangunkan kemudahan infrastruktur pertanian.
  • Menyediakan dana atau kemudahan kredit.
  • Memberikan kemudahan subsidi kepada petani.
  • Menubuhkan Jabatan Pertanian.
  • Mewujudkan sistem pemasaran hasil pertanian.
  • Mewujudkan pelbagai agensi penyelidikan dan pembangunan - MARDI, PORIM.
  • Mempromosikan produk pertanian.
  • Melaksanakan konsep pertanian bersepadu.

Kesan-kesan kegiatan perikanan terhadap alam sekitar



Kegiatan perikanan turut meninggalkan kesan terhadap alam sekitar.

Pertamanya ialah kepupusan fauna dan flora lautan. Kegiatan akuakultur telah menyebabkan kepupusan kawasan paya bakau di tepi pantai. Contohnya, hutan paya bakau muara Sungai Pulai, Johor ditebang untuk penternakan udang galah. Penangkapan ikan secara berlebihan dengan penggunaan pukat tunda adalah ancaman terbesar terhadap habitat atau pertumbuhan terumbu karang. Ianya telah menyebabkan kira-kira 64% terumbu karang berada dalam keadaan terancam.

Selain itu, pencemaran laut sering berlaku kesan tumpahan minyak daripada bot nelayan. Hal ini menyebabkan pembiakan ikan tidak aktif dan akhirnya bilangan ikan akan semakin berkurangan. Pembuangan sisa-sisa dari kawasan petempatan ikan seperti Kampung Air, Sabah mencemarkan air laut.

Seterusnya, di kawasan perkampungan nelayan seperti Nenasi dan Beserah yang menjalankan industri kecil dan sederhana seperti belacan, cencaluk, ikan kering dan udang kering telah menyebabkan pencemaran bau busuk di kawasan sekitar.

Penangkapan ikan secara besar-besaran akan menyebabkan terumbu karang menjadi pupus. Tanpa ikan dan haiwan vertebrata laut, populasi karang akan digantikan oleh populasi alga. Alga mencegah penempelan dan pertumbuhan larva polip karang pada substrat. Penangkapan ikan secara berlebihan yang tersebar luas di Asia Tenggara, dianggarkan mengancam terumbu karang di kawasan tersebut. Penangkapan ikan dengan menggunakan racun akan melepaskan racun sianida ke kawasan terumbu karang. Ia kemudian membunuh atau membius ikan. Karang yang diancam oleh sianida berulang kali akan mengalami pemutihan dan kematian.

Pertanian di Malaysia


Bentuk pertanian di Malaysia ialah:

  • Pertanian pindah
  • Pertanian kebun kecil
  • Pertanian sara diri
  • Pertanian ladang

Cara-cara untuk membangunkan sektor pertanian dengan mapan ialah:

  • Amalan penggiliran tanaman
  • Penggunaan tanaman pencegah bagi mengurangkan penggunaan racun perosak
  • Tanaman genetik dapat mengurangkan penggunaan racun perosak

Pembangunan mapan

Pembangunan mapan juga disebut sebagai pembangunan lestari atau pembangunan seimbang. Ia membawa maksud pembangunan yang adil iaitu memenuhi kehendak generasi masa kini tanpa mengorbankan keperluan generasi yang akan datang. Contohnya sumber alam yang kita nikmati kini masih dapat dinikmati oleh generasi akan datang.


Kepentingan pembangunan mapan:

  1. Mengelakkan atau melambatkan kepupusan sumber.
  2. Melambatkan kepupusan sumber tenaga fosil.
  3. Mengelakkan kepupusan spesies.
  4. Memastikan industri pengeluaran tidak merosakkan alam sekitar.


Pendekatan pembangunan mapan dalam sektor industri primer ialah:

  1. Sektor perhutanan: Pengurangan penebangan pokok dan mengadakan rancangan tanam semula untuk menggantikan pokok yang telah ditebang.
  2. Sektor pertanian: Meningkatkan pengeluaran produk pertanian yang berkualiti baik dan berhasil tinggi seiring dengan pengurangan penggunaan baja kimia.
  3. Sektor perlombongan: Menggantikan bahan api fosil dengan bahan api yang boleh diperbaharui seperti tenaga solar, air dan angin.


Kesan-kesan utama
terhadap alam sekitar bandar yang tidak mengamalkan pendekatan pembangunan mapan ialah:

  1. Perubahan imbangan sinaran tenaga.
  2. Gangguan kitaran hidrologi.


Apa itu urbanisasi?

Proses urbanisasi ialah satu proses perubahan dari segi pertambahan penduduk dan pembangunan fizikal sesebuah kawasan bandar. Pertambahan penduduk bererti bilangan penduduk di sesuatu tempat bertambah dengan cepat berbanding dengan kawasan luar bandar. Ia disebabkan faktor migrasi. Perubahan juga berlaku dari segi jenis kegiatan ekonomi iaitu ekonomi bertukar daripada sektor pertanian kepada sektor perindustrian, perkhidmatan dan perniagaan.

Akhir sekali ialah perubahan fizikal iaitu saiz bandar semakin menjadi luas iaitu pembangunan fizikal bandar menuju ke kawasan luar bandar dan rumah menjadi lebih moden dan lengkap dengan pelbagai kemudahan asas yang moden dan canggih.


Implikasi urbanisasi ke atas alam sekitar:

  1. Pembersihan hutan dan pemotongan bukit.
  2. Gangguan kitaran hidrologi.
  3. Menjejaskan kualiti air.
  4. Peningkatan kadar pencemaran udara dan peningkatan suhu.

Pembangunan Lestari: Tindakan kerajaan

Dalam aspek perhutanan
Malaysia misalnya telah mengambil langkah-langkah berikut untuk pembangunan lestari:

  1. Langkah perundangan - melaksanakan Akta Perhutanan Negara 1984.
  2. Mewartakan kawasan hutan simpan - tiga kelas: hutan perlindungan, hutan berhasil dan hutan lipur.
  3. Melaksanakan penebangan berpilih dan berkitar. Malaysia mengamalkan Sistem Sebaya Malaya (MUS) dan Sistem Pengurusan Tebangan Memilih (SMS).
  4. Program penanaman semula hutan - Perladangan Hutan Kompensatiri.
  5. Pembangunan dan penyelidikan berkaitan pengurusan, penjagaan dan perawatan hutan.

Apa itu pemuliharaan?

Pemuliharaan sumber alam bermaksud usaha-usaha melestarikan bekalan sumber alam yang telah diteroka menerusi usaha-usaha memelihara dan membaik pulih sumber setelah digunakan, terutama sumber yang boleh diperbaharui seperti air dan hutan supaya sumber tersebut tidak pupus atau tidak boleh digunakan lagi. Miaslnya, program penanaman semula anak pokok bakau, penghutanan semula dan rawatan semula air.

Pertumbuhan penduduk



Faktor pertumbuhan penduduk:

  • Pertambahan semula jadi dan migrasi masuk kerana tumpuan kegiatan ekonomi.
  • Dasar kerajaan tentang pembangunan bandar raya metropolitan.

Masalah persekitaran fizikal akibat pertumbuhan penduduk yang pesat:


  • Peningkatan sisa pepejal domestik, sisa kilang, sisa pepejal pejabat dan bahan pencemaran daripada kenderaan.
  • Perlu pengurusan alam sekitar yang baik dan berkesan untuk mengelakkan pencemaran udara, air dan tanah.
  • Masalah persekitaran yang tercemar akan mengancam kesihatan penduduk dan menjejaskan kualiti hidup.

Kesan pertambahan penduduk terhadap sumber alam semula jadi


Kesan-kesannya ialah:

  1. Degrasi tanah dan krisis sumber makanan.
  2. Menyebabkan permintaan terhadap sumber air tawar akan meningkat.
  3. Menyebabkan berlakunya kepupusan sumber bahan api fosil.
  4. Pertambahan kadar pencemaran.

17 May 2010

Disiplin asertif

Disiplin asertif merupakan suatu pendekatan sistematik dan berstruktur untuk membantu guru mengelola bilik darjah dengan berkesan. Falsafah disiplin asertif adalah berdasarkan kepentingan pematuhan murid terhadap pengajaran dan pembelajaran.

Aplikasi disiplin asertif oleh guru terhadap murid

  1. Tentukan peraturan yang guru hendak melaksanakannya dalam bilik darjah
  2. Tentukan akibat negatif kerana tidak mematuhi peraturan bilik darjah
  3. Jangan teruskan menghukum jika teknik perbincangan boleh mengurangkan situasi ketegangan
  4. Tentukan akibat positif untuk tingkah laku yang sesuai, misalnya peneguhan positif atau ganjaran kumpulan pun boleh dipertimbangkan
  5. Mengorganisasikan suatu perjumpaan dengan murid-murid dan menjelaskan keperluan untuk mematuhi peraturan bilik darjah

Memahirkan diri dengan teknik asertif:

  1. Apabila tingkah laku yang tidak diingini berlaku, ambil tindakan mengikut peraturan bilik darjah dengan serta merta
  2. Mengenal pasti sebab atau punca berlakunya sesuatu masalah dan memberi respons dengan tingkah laku yang sesuai
  3. Belajar menggunakan teknik memecah rekod dengan mengulang arahan dua kali atau lebih sehingga murid-murid mematuhi arahan guru
  4. Belajar mengaplikasikan teknik ulangan positif yang merupakan cara mengulangi peraturan supaya semua murid mengetahui apa yang patut dilakukan
  5. Menggunakan pujian kedekatan dengan memuji yang terdekat dengan rakan sedarjah yang bertingkahlaku buruk

Implikasi amalan budaya penyayang dalam bilik darjah

Guru penyayang di dalam bahasa Inggeris bermakna caring intellectual, iaitu guru sebagai intelektual penyayang. Seseorang itu dikatakan penyayang apabila mempunyai sifat-sifat seperti berminat, bertimbang rasa, menyedari, menyayangi, suka dan memuja.

Guru penyayang adalah guru yang menyedari, prihatin, berminat, peduli, bertimbang rasa, menjaga, memikir dan memberi perhatian terhadap permintaan, pandangan, harapan, masa depan, kebajikan, keperluan dan kebahagian murid-muridnya.

Implikasi ke atas proses Pengajaran dan Pembelajaran

Mencapai matlamat zero defect dalam semua jurusan pendidikan iaitu:

  1. Tiada masalah pengajaran dan pembelajaran
  2. Tiada masalah disiplin
  3. Tiada masalah pengurusan dan kepimpinan
  4. Tiada masalah keceriaan

Kepentingan membina hubungan guru dan murid

Hubungan guru dan murid perlu dibina kerana mempunyai kepentingan tertentu seperti:
  1. Menjalinkan hubungan mesra
  2. Membina iklim bilik darjah yang kondusif untuk proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)
  3. Guru dapat menyampaikan pelajarannya dengan berkesan
  4. Murid-murid akan rela mematuhi segala arahan guru dan peraturan bilik darjah
  5. Memupuk disiplin arahan kerja dan disiplin diri di kalangan mereka
  6. Mewujudkan iklim penyayang alam belajar dan menentukan kelancaran P&P
  7. Masalah disiplin dapat dikurangkan ke tahap zero defect
  8. Bilik darjah akan menjadi alam belajar yang mernarik

Ciri-ciri profesional guru yang efektif dalam pengurusan bilik darjah

Sifat dan kualiti profesional yang tinggi merupakan syarat wajib seseorang guru yang bertauliah. Untuk menyampaikan pelajaran dengan cekap dan berkesan, guru seharusnya mempunyai sifat dan kualiti profesional seperti berikut:

  1. Ingin tahu
  2. Pengetahuan ikhtisas
  3. Suka membaca
  4. Kemahiran bertutur
  5. Daya ingatan
  6. Daya usaha

Mengikut Nilai-nilai keguruan, kualiti profesional seseorang guru boleh disenaraikan seperti berikut:

  1. Semangat berdedikasi
  2. Peka kepada perubahan
  3. Sedar tentang keperluan negara
  4. Bersikap positif terhadap pembelajaran
  5. Mempunyai inovasi dalam tugas.

Rutin

Mengikut Emmer, Everton dan Anderson dalam buku mereka, elliot el al, 2000,

'Guru yang dapat mengendalikan aktiviti kelas dengan berkesan adalah merupakan guru yang telah menyediakan rutin (peraturan kelas) yang difahami oleh murid semenjak hari pertama mereka masuk ke dalam bilik darjah.'

Rutin Guru:

  1. Menanda jadual kedatangan
  2. Menyemak keadaan fizikal bilik darjah
  3. Penyusunan kerusi meja dan mengutip yuran
  4. Memungut buku latihan
  5. Menguruskan jadual kerja murid
  6. Memastikan peraturan-peraturan bilik darjah yang ditentukan dapat dipatuhi oleh semua murid dalam bilik darjah.

Rutin Murid:

  1. Menyapu lantai dan beranda
  2. Membersihkan papan tulis
  3. Menyusun kerusi meja
  4. Mengemas ruang dan sudut pembelajaran
  5. Mengelap cermin tingkap dan menghias meja guru
  6. Bersedia sebelum guru masuk ke dalam kelas

14 May 2010

Sistem Pendidikan di Malaysia sejak awal 1900 hingga Penyata Razak

PENGENALAN

Pendidikan merupakan tunjang utama dalam pembangunan negara. Kemahiran dan kepakaran dalam pelbagai bidang perlu diserapkan dalam diri setiap penuntut ilmu bagi memenuhi keperluan dunia kerja untuk meningkatkan pembangunan ekonomi negara. Ini kerana sumber pengeluaran serta hasil dalam Negara amat berkait rapat dengan kemahiran tenaga manusia.

Disamping itu, keupayaan intelektual setiap masyarakat yang mendiami disesebuah Negara juga mempengaruhi pembangunan masyarakat. Oleh itu, pertumbuhan sistem pendidikan didunia telah menunjukkan peningkatan ketara menuju prestasi yang semakin cemerlang bagi menjamin kesejahteraan serta kemajuan di Negara masing-masing. Ini kerana kestabilan politik setiap Negara bergantung kepada kematangan ilmu dan ini hanya boleh dicapai melalui proses pendidikan sahaja.

Di Malaysia khususnya, pendidikan sentiasa mendapat perhatian utama dalam pentadbiran kerajaan samada sebelum atau selepas merdeka. Pelbagai usaha diperkembangkan bagi merealisasikan program pendidikan Negara yang bertujuan melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan . Dengan itu, akan lahirlah insan yang berilmu pengetahuan yang mampu menjadi mata dan telinga kerajaan pada generasi akan datang nanti.

Sistem pendidikan sebelum merdeka
Sistem pendidikan sebelum merdeka berbeza kerana pentadbiran kerajaan british tidak mempunyai dasar yang jelas terhadap pendidikan Negara. Dasar Laissez-faire yang diamalkan oleh pentadbiran British menjadi bukti dan batu asas yang menjadikan sistem persekolahan di Negara ini membawa kepada haluan masing-masing. Kesannya ialah telah wujudnya empat sistem persekolahan yang berbeza mengikut identiti bangsa. Ia dikenali sebagai sistem pendidikan vernakular yang berasaskan bangsa iaitu Melayu, Tamil, Cina serta sekolah Inggeris.

Antara faktor yang menyebabkan terpisahnya sekolah-sekolah di Negara ini kerana setiap sekolah hanya dikhususkan mengikut kaum masing-masing sahaja. Selain itu, dasar penggunaan bahasa pengantar yang tidak selaras dan pengasingan tempat tinggal antara kaum juga menjadi faktor penyebab wujudnya sistem pendidikan vernakular di Negara ini. Kurikulum pendidikan juga menunjukkan perbezaan dan tidak sehala. Setiap sekolah mempunyai kurikulum masing-masing. Sebagai contoh, sekolah Inggeris mengikut sukatan pelajaran yang digunakan di England. Manakala sekolah Melayu lebih menekankan kemahiran membaca, menulis serta mengira disamping pertukangan dan pertanian tradisional.

Sikap tidak mengambil berat oleh penjajah British untuk menyatupadukan kaum melalui pendidikan adalah penyumbang utama berlakunya perbezaan dalam sistem pendidikan sebelum merdeka di Malaysia. Sistem pendidikan yang diamalkan pada waktu ini hanya memberi peluang pekerjaan dan nilai ekonomi yang lebih baik kepada pelajar sekolah Inggeris sahaja. Sekolah Melayu pula hanya bertujuan mengekalkan sistem sosial tradisional yang menekankan dalam sektor pertanian dan nelayan. Ini kerana jawatan yang dibuka kepada kaum Melayu hanyalah diperingkat rendah sahaja seumpama polis, kerani dan buruh.

Sistem pendidikan Melayu semakin berkembang di Negara ini dengan lahirnya para ulama’-ulama’ tempatan yang mempunyai nilai ilmu yang tinggi dan pengetahuan agama yang mantap. Atas kesedaran mereka, pada awal 1900 banyak pondok dibuka di merata tempat di semenanjung Malaysia. Oleh itu, ramai anak melayu tempatan dapat melanjutkan pengajian ke luar Negara di semenanjung tanah arab bagi mendalami ilmu agama. Bagi pelajar melayu yang bertuah dan mempunyai azam yang tinggi akan mendapatpeluang untuk memasuki kolej kuala kangsar yang ditubuhkan pada 1905. Kolej ini terkenal kerana ia dikhaskan untuk anak-anak golongan berada serta golongan Diraja.

Secara kesimpulannya, dasar pendidikan Negara sebelum merdeka adalah bertujuan memberi pendidikan asas kepada anak-anak melayu, memberikan pendidikan rendah dan menengah kepada semua kaum, mengawal sekolah vernakular cina yang dibiayai oleh masyarakat cina sendiri dan memberikan sokongan kepada sekolah rendah tamil yang disediakan oleh pemilik estet di negara ini.

Setelah berkembangnya pendidikan di Tanah Melayu, rakyat telah mula menyedari akan kuasa penjajahan daripada British yang tidak mengambil berat terhadap kedudukan dan masa depan orang Melayu. Penubuhan Malayan Union dan persekutuan Tanah Melayu telah menarik minat rakyat untuk menyertai parti politik secara menyeluruh. Ancaman komunis telah menjadi titik tolak timbulnya kesedaran akan kepentingan perpaduan kaum. Oleh itu, pendidikian antara salah satu perkara penting yang perlu disemak. Ia bertujuan mewujudkan satu sistem tunggal yang dapat menyatukan semua sistem yang berlainan corak itu.

Pendidikan tahap awal
Setelah perang dunia berakhir. British telah berusaha untuk membaik pulih infrastruktur serta kemudahan asas termasuklah sistem pendidikan. Ini menyebabkan terhasilnya laporan Cheesmen pada tahun 1946. Ia mengemukakan agar pendidikan peringkat rendah secara percuma dalam semua bahasa pengantar dan pada peringkat menengah pula dicadangkan supaya menggunakan bahasa Inggeris. Bahasa Inggeris juga dijadikan mata pelajaran wajib disemua sekolah vernakular.rancangan ini telah dimansuhkan pada tahun 1949 selepas Malayan union dibubarkan kerana tidak berfokus kepada integrasi sosial.

Selepas itu. Laporan Barnes, 1951 pula ditubuhkan bertujuan untuk mengkaji dan perbaiki pendidikan orang Melayu. Ia dipengerusi oleh L.J Barnes. Laporan ini gagal cadangkan penambahbaikan kepada sekolah-sekolah tanpa merombak sistem pendidikan secara keseluruhan dan mengemukakan satu cadangan radikal, iaitu hapuskan sekolah vernakular yang mengunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar. Antara cadangannya adalah menubuhkan sebuah sekolah dwibahsa di mana bahasa pengantar ialah Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, sekolah-sekolah Melayu, Cina dan Tamil ditukarkan secara beransur-ansur kepada sekolah kebangsaan dan pengajaran agama mengantikan pengajaran jawi di sekolah. Ini bertujuan untuk mengurangkan bebanan ibu bapa yang terpaksa menghantar anak-anak mereka ke kelas agama pada waktu petang kerana agama tidak diajar pada waktu persekolahan.

Kemudian, Laporan Fenn-Wu, 1952 dibentuk dan ditubuh dibawah pimpinan Dr Fenn, Setiausaha Kerja Bersekutu kepada Lembaga Amanah bagi beberapa buah Universiti di negara China dan Dr Wu yang bertugas di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang bertanggungjawab dalam mengkaji kehendak-kehendak masyarakat Cina yang bertangapan Laporan Barnes akan menghapuskan bahasa dan budaya orang-orang Cina. Hasil kajiannya mendapati bahawa masyarakat Cina bersedia menerima Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu tetapi masih mahu mengekalkan bahasa ibunda sebagai simbol identiti dan menyedari faedah dan manfaat kuasai tiga bahasa iaitu Bahasa Cina, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta orang India turut berkehendakan bahasa ibunda dikekalkan di sekolah Tamil. Maka, Laporan Fenn-Wu mencadangkan agar Bahasa Melayu, Bahasa Cina dan Bahasa Inggeris dijadikan bahasa pengantar di sekolah-sekolah vernakular.

Seterusnya, Ordinan Pelajaran 1952 dibentuk dimana Jawatankuasa Penasihat Pusat ditubuhkan bagi mengkaji cadangan Laporan Barnes dan Laporan Fenn-Wu dan mencari satu kompromi. Antara cadangannya adalah sistem pendidikan sekolah kebangsaan dilaksanakan melalui pengenalan Bahasa Inggeris secara beransur-ansur di sekolah-sekolah Melayu, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris juga mula dikuatkuasakan di sekolah-sekolah Cina dan Tamil, Sekolah Jenis Kebangsaan (Inggeris) dikekalkan dan Pendidikan Agama diadakan pada waktu persekolahan untuk murid-murid beragama Islam sama ada dalam kawasan sekolah mereka ataupun di kawasan lain yang berhampiran serta sekolah-sekolah vokasional diperkembangkan.

Kemudian, Penyata Razak 1956 dibentuk dengan British menubuhkan Jawatankuasa Mengkaji Semula Dasar Pelajaran setelah tiga tahun penguatkuasaan Ordinan Pelajaran. Jawatankuasa ini diketuai oleh Allahyarham Tun Haji Abdul Razak b. Hussein, Menteri Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu. Antara bidang kuasa adalah memeriksa dasar pelajaran sedia ada termasuk perkara yang terkandung dalam Ordinan Pelajaran 1952 dan mengesyorkan perubahan dan penyesuaian terhadap pendidikan. Antara cadangannya adalah Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris wajib bagi semua sekolah rendah dan menengah, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil menjadi bahan pengantar bagi sekolah jenis kebangsaan, Dua jenis sekolah yang terbuka kepada semua etnik : sekolah-sekolah rendah yang menerima bantuan atau persendirian, dan sekolah-sekolah menengah yang menerima bantuan atau persendirian, Sistem pendidikan sekolah menengah terdiri daripada Sekolah Menengah Rendah (SMR), Sekolah Menengah Atas (SMA) dan Pra Universiti, Sistem peperiksaan yang berpusat dan sama bagi semua, Guru-guru sekolah rendah dan menengah yang berkelayakan dan semua guru diletakan dibawah satu perkhidmatan profesional serta penubuhan Jemaah Nazir Persekutuan. Dasar politik dan ekonomi yang diamalkan pihak British telah mengubah struktur kependudukan pada kurun ke-19.

01 May 2010

Sistem Urinari


Tugas terpenting sistem urinari adalah mengeluarkan bahan buangan dan membantu badan mengekalkan hemeostasis. Hemeostasis dapat dikekalkan dengan mengawal kandungan dan isi padu darah. Sistem urinari mengekalkan hemeostasis dengan mengeluarkan atau menyimpan isi padu air dan bahan larutan terpilih.

Organ-organ di dalam sistem urinari ialah dua ginjal, dua ureter, satu pundi kencing dan satu uretra.

Ginjal diselaputi oleh tiga lapisan tisu:

i. Pertama, lapisan dalam adalah renal atau kapsul sebenar yng terdiri daripada membrane berserat nipis.

ii. Kedua, lapisan yang dikenali sebagai fasia renal atau kapsul palsu terdiri daripada tisu perantara padat.

iii. Ketiga, lapisan berlemak yang terletak di antara lapisan dalam dan lapisan luar yang dikenali sebagai lemak perineral.

Sistem Respiratori

Sistem respiratori berfungsi menjalankan proses pernafasan. Salur pernafasan terdiri daripada salur nasal, farinks, trakea, bronkus dan bronkiol. Fungsi salur pernafasan ialah untuk membolehkan berlaku mekanisme-mekanisme

· Pengaliran udara ke peparu

· Pengaliran udara keluar daripada tubuh

Paru-paru pula ialah organ yang lembut dan berongga. Beratnya dianggarkan satu kilogram. Pada bahagian peparu kiri, terdapat dua lobus manakala pada bahagian paru-paru kanan pula terdapat tiga lobus. Struktur alveolus yang terdapat dengan banyak di dalam peparu bagi membolehkan berlakunya pertukaran gas-gas untuk pernafasan. Mekanisme ini berlaku secara respirasi luaran dan juga dalaman.

Sistem Penghadaman

Sistem penghadaman menjalankan tugas yang penting iaitu menyediakan bahan-bahan makanan untuk diserap supaya bahan-bahan ini dapat digunakan oleh sel-sel tubuh. Ia terdiri daripda satu saluran yang bermula di mulut dan berakhir di dubur. Bahagian-bahagian yang terlibat untuk membina sistem penghadaman terdiri daripada struktur-struktur yang berikut:

Struktur-struktur sistem penghadaman:

a. Mulut
b. Faring
c. Esofagus
d. Perut
e. Usus kecil
f. Usus besar

Organ yang turut membantu penghadaman ialah:

a. Kilang air liur
b. Pancreas
c. Hati dan pundi hempedu.

Sistem Kardiovaskular

Sistem kardiovaskular adalah salah satu sistem biologi yang menyokong sistem-sistem lain berfungsi dengan berkesan. Sistem kardiovaskular menjalankan peranan ini dengan mengangkut oksigen, nutrient, hormone dan keperluan lain kepada sel-sel terlibat dan membawa keluar sisa-sisa metabolisme untuk dikumuh serta produk-produk sel ke bahagian lain dalam tubuh kita.

Tiga bahagian utama sistem kardiovaskular ialah jantung, darah dan pembuluh darah. Jantung ialah organ yang berperanan mengepam darah ke seluruh tubuh bagi membekalkan oksigen dan nutrient.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...