Disiplin asertif merupakan suatu pendekatan sistematik dan berstruktur untuk membantu guru mengelola bilik darjah dengan berkesan. Falsafah disiplin asertif adalah berdasarkan kepentingan pematuhan murid terhadap pengajaran dan pembelajaran.
Aplikasi disiplin asertif oleh guru terhadap murid
Memahirkan diri dengan teknik asertif:
Aplikasi disiplin asertif oleh guru terhadap murid
- Tentukan peraturan yang guru hendak melaksanakannya dalam bilik darjah
- Tentukan akibat negatif kerana tidak mematuhi peraturan bilik darjah
- Jangan teruskan menghukum jika teknik perbincangan boleh mengurangkan situasi ketegangan
- Tentukan akibat positif untuk tingkah laku yang sesuai, misalnya peneguhan positif atau ganjaran kumpulan pun boleh dipertimbangkan
- Mengorganisasikan suatu perjumpaan dengan murid-murid dan menjelaskan keperluan untuk mematuhi peraturan bilik darjah
Memahirkan diri dengan teknik asertif:
- Apabila tingkah laku yang tidak diingini berlaku, ambil tindakan mengikut peraturan bilik darjah dengan serta merta
- Mengenal pasti sebab atau punca berlakunya sesuatu masalah dan memberi respons dengan tingkah laku yang sesuai
- Belajar menggunakan teknik memecah rekod dengan mengulang arahan dua kali atau lebih sehingga murid-murid mematuhi arahan guru
- Belajar mengaplikasikan teknik ulangan positif yang merupakan cara mengulangi peraturan supaya semua murid mengetahui apa yang patut dilakukan
- Menggunakan pujian kedekatan dengan memuji yang terdekat dengan rakan sedarjah yang bertingkahlaku buruk