HUBUNGI SAYA

HUBUNGI SAYA
STESEN BERKHIDMAT SEMASA

Pembaca Setia

11 February 2009

Pendemokrasian Pendidikan

Pendemokrasian pendidikan merupakan satu elemen yang penting dalam membangunkan pendidikan di Malaysia. Kita sangat mementingkan kepada keadilan sejagat dalam bidang pendidikan yang mana membolehkan semua pihak mendapat faedah dan juga kemudahan yang sama rata untuk belajar di mana-mana institusi pendidikan.

Konsep pendemokrasian pendidikan menjamin keadilan untuk semua pihak untuk mendapat pendidikan yang sama dengan orang lain. Sedikit pengenalan tentang pendemokrasian pendidikan, konsep ini boleh ditafsirkan kepada dua bahagian iaitu dari aspek terminologi dan juga literasi.

Komunikasi

Komunikasi merupakan satu proses yang melibatkan perkongsian dan pemindahan idea, maklumat dan mesej dengan seseorang pada masa dan di tempat yang tertentu. Komunikasi merangkumi perbuatan lisan dan penulisan, komunikasi visual komunikasi verbal dan bukan verbal. Berkomunikasi di antara satu sama lain amat penting di dalam kehidupan bermasyarakat.


Terdapat dua jenis komunikasi iaitu komunikasi intrapersonal dan komunikasi interpersonal. Kedua –dua jenis komunikasi ini mempunyai sifat dan ciri yang dengan jelas membezakan bentuk komunikasi yang berlaku. Komunikasi intrapersonal adalah komunikasi yang berlaku di dalam diri seseorang. Komunikasi ini dibentuk di dalam diri seseorang dalam proses untuk menyampaikan maklumat. Menurut Capstone (2001) maklumat yang dibentuk dalam diri seseorang melalui komunikasi intrapersonal terbahagi kepada dua iaitu maklumat yang disampaikan secara lisan dan maklumat yang disampaikan secara tidak lisan. Contoh komunikasi secara tidak lisan ialah keadaan muka, nada suara dan sentuhan tangan. Manakala komunikasi secara interpersonal terbahagi kepada tiga iaitu sintatik, semantik dan pragmatik. Sintatik komunikasi yang dibentuk oleh perhubungan di antara perkataan, semantik pula ialah hubungan di antara perkataan dengan objek yang diwakili oleh perkataan manakala pragmatik pula perhubungan di antara perkataan dan tingkahlaku. Sebagai penyampai maklumat dalam proses komunikasi maklumat akan diurus dalam bentuk lisan dan tidak lisan dalam membentuk makna pada kontek yang ada. Sebagai contoh komunikasi intrapersonal ialah reaksi muka seseorang terhadap tingkahlaku orang lain.


Manakala komunikasi interpersonal adalah komunikasi yang melibatkan proses interaksi di antara dua orang samada dalam bentuk bersemuka atau dalam bentuk meditasi. Menurut Capstone (2001) komunikasi interpersonal wujud dalam empat perspektif iaitu komunikasi hubungan, komunikasi kontek, komunikasi kuantitatif dan komunikasi strategi. Dalam komunikasi hubungan, penghantar dan penerima maklumat bekerjasama serentak dalam membentuk kefahaman komunikasi. Manakala dalam komunikasi kontek perhubungan yang berlaku di antara dua orang berlaku dalam situasi yang tertentu. Dalam komunikasi kuantitatif pula wujud perhubungan yang akrab dalam proses komunikasi seterusnya dalam komunikasi strategi komunikasi wujud dalam proses untuk mencapai objektif interpersonal.



Dasar Kebudayaan Kebangsaan

Kebudayaan amat penting bagi individu atau masyarakat. Cara hidup sesuatu kumpulan manusia atau masyarakat itu tidak dapat difahami melainkan melalui kebudayaan. Kebudayaan dapat membezakan antara suatu masyarakat dengan masyarakat yang lain. Dalam konteks Malaysia, kebudayaan itu dilihat daripada aspek persamaan dan perbezaan cara hidup antara kita sebagai rakyat Malaysia yang kita panggil sebagai masyarakat Malaysia!" Apa yang dimaksudkan sebagai kebudayaan di sini menurut definisi sosiologi ialah cara hidup yang menjadi kepunyaan bersama!

Apabila Malaysia mencapai kemerdekaan daripada penjajah Inggeris kita mewarisi cara hidup zaman penjajah yang mengamalkan dasar "divide and rule". Masyarakat terbahagi kepada golongan atau ras dengan kebudayaan yang bercorak sukuan. Masya¬rakat kita ketika itu tidak mempunyai dasar-dasar kebudayaan yang pokok yang menjadi kepunyaan kita bersama.

Kesan daripada warisan zaman penjajahan itu menyebabkan rakyat Malaysia tidak mempunyai kejiwaan Malaysia. Warganegara yang berasal dari golongan imigran masih meletakkan taat setia dan berkiblat kepada negara asalnya. Oleh itu, wujud semacam benteng budaya (cultural barrier) antara golongan imigran dengan penduduk peribumi Malaysia.

Adalah diakui bahawa perbezaan keturunan atau ras tidak dapat dihapuskan, tetapi ciri-ciri kebudayaan yang pokok harus ditonjolkan supaya dapat menentukan corak keperibadian kebangsaan yang memperlihat identiti masyarakat Malaysia. Dengan cara yang demikian corak kebudayaan sukuan dapat diperkecilkan dan semangat (hal.199) kebangsaan Malaysia dapat diperkukuhkan demi untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang bersepadu.

Pembinaan sesuatu negara memerlukan penglibatan semua lapisan masyarakat yang menjadi rakyat negara itu. Pembinaan nega¬ra itu belum sempurna jika rakyat negara tersebut tidak meletakkan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada negara itu terutamanya apabila mempertahankan negara berkenaan daripada pencerobohan musuh. Untuk mencapai matlamat pembinaan negara maka rak¬yat negara itu harus mempunyai ciri-ciri persamaan dalam perkara pokok termasuk kejiwaannya. Tegasnya, Malaysia memerlukan suatu corak kebudayaan kebangsaan yang dapat memupuk sema-ngat kebangsaan Malaysia demi untuk mewujudkan perpaduan dan kestabilan di dalam negara.


Pembentukan Kebudayaan Kebangsaan


Perjuangan menuntut kemerdekaan telah diperjuangkan oleh penduduk negeri ini sejak zaman Portugis, Belanda hinggalah ke zaman Inggeris. Akhirnya pada tahun 1957 Malaysia telah mencapai ke¬merdekaan dan menjadi sebuah negara yang berdaulat. Sebagai se-buah negara bererti ia Malaysia mempunyai satu bangsa Malaysia hasil daripada permuafakatan antara penduduk peribumi dengan berbagai-bagai golongan imigran yang berhijrah ke negara ini.

Sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan permuafakatan te¬lah diadakan di antara rakyat negeri ini untuk mewujudkan suatu bentuk perlembagaan yang akan menjadi undang-undang yang tertinggi di negara ini. Hasil daripada persetujuan itu terguballah per¬lembagaan Malaysia. Walaupun perlembagaan Malaysia tidak menjelaskan tentang corak kebudayaan, namun kita mendapati beberapa garis kasar tentang corak kebudayaan negara

Konsep Raja Berpelembagaan

Satu ciri penting dan unik dalam negara Malaysia ialah institusi Raja Berperlembagaan. Raja Berperlembagaan bermaksud sistem pemerintahan beraja mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia.

Yang di-Pertuan Agong bertindak berdasarkan Perlembagaan Malaysia dan nasihat Perdana Menteri. Semasa menjalankan tugasnya, baginda tidak boleh bertindak sendirian kecuali dalam perkara tertentu yang memerlukan budi bicara baginda untuk membuat keputusan.

Yang di-Pertuan Agong dipilah daripada kalangan sembilan orang Raja Melayu daripada sembilan buah Negeri Melayu secara bergilir-gilir. Pemilihan Yang di-Pertuan Agong dibuat mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia.

Konsep Demokrasi

Negara demokrasi lahir daripada perjuangan berasaskan kedaulatan rakyat. Umumnya terdapat dua corak pemerintahan negara demokrasi, iaitu sistem Raja Berperlembagaan dan Sistem Republik.


Malaysia telah memilih dan mengamalkan sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan sejak negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Demokrasi Berparlimen bermaksud rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara manakala Raja-Raja Melayu menjadi lambing taat setia rakyat. Dalam sistem pemerintahan demokrasi berparlimen, rakyat berpeluang membentuk kerajaan. Rakyat bebas memilih perwakilan melalui pilihanraya. Mereka berhak menyokong, mengekalkan atau menukarkan kerajaan yang sedia ada melalui pilihan raya.


Sistem ini berjaya mengekalkan kerajaan yang adil, sejahtera dan stabil. Perlembagaan Malaysia menjadi garis panduan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di negara kita. Beberapa pindaan perlembagaan dibuat untuk menyesuaikan sisitem pentadbiran dengan perkembangan politik sema
sa

Konsep Persekutuan

Kerajaan persekutuan bermaksud suatu sistem pemerintahan yang terdiri daripada beberapa buah negeri yang disekutukan demi kepentingan bersama. Kuasa pemerintahan dibahagikan kepada dua, iaitu Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri atau Kerajaan Tempatan. Setiap negeri mempunyai kuasa eksekutif dan perundangan ke atas perkara-perkara yang tidak memerlukan keseragaman seperti Kerajaan Tempatan, meletakkan hal-ehwal perhutanan di bawah kuasa Kerajaan Negeri. Kerajaan Pusat pula mempunyai kuasa perundangan dan eksekutif atas perkara-perkara berhubung dengan luar negara dan perkara-perkara umum yang memerlukan keseragaman seperti pendidikan, pertahanan dan kewangan. Ini bermakna Kerajaan Negeri mempunyai kuasa bebas dalam hal pentadbiran negeri tanpa campur tangan Kerajaan Pusat, kecuali hal ehwal yang bercanggah dengan pentadbiran Persekutuan. Dalam Kerajaan Persekutuan, rakyat sebenarnya terikat dengan dua bentuk perlembagaan atau undang-undang, iaitu Perlembagaan atau Undang-undang Persekutuan dan Perlembagaan atau Undang-undang Negeri.


Malaysia adalah sebuah negara Persekutuan. Persekutuan disini bermaksud penyatuan beberapa buah negeri yang mempuyai sebuah Kerajaan Persekutuan serta beberapa buah Kerajaan Negeri. Malaysia terdiri daripada gabungan 13 buah negeri dan 3 Wilayah Persekutuan. Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan negeri menjalankan tugas berdasarkan kuasa yang diperuntukkan dalam perlembagaan Malaysia. Persekutuan merupakan satu kaedah menyatupadukan pelbagai wilayah yang sebelum ini wujud berasingan. Dalam hal ini, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri mestilah memelihara dan memperkukuhkan hubungan baik antara mereka. Sifat ini dapat menubuhkan Kerajaan Persekutuan yang stabil dan berwibawa serta membantu mengurangkan perbalahan antara kumpulan etnik. Hubungan baik antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri perlu sentiasa dipupuk bagi menjamin keharmonian. Disamping itu, pemimpin dan rakyat haruslah sentiasa mengamalkan toleransi untuk kepentingan bersama.

Keluhuran perlembagaan

Keluhuran perlembagaan merupakan prinsip Rukun Negara yang ketiga. Keluhuran perlembagaan bermaksud keagungan dan ketertinggian undang-undang atau perlembagaan itu sendiri. Keluhuran perlembagaan Malaysia mengatasi Yang di-Pertuan agong, Parlimen, Jemaah Menteri dan Mahkamah. Dengan itu, semua jenis undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia adalah tidak sah.


Selain itu, undang-undang negeri mestilah selaras dengan Perlembagaan Persekutuan. Perkara 75 menyatakan , undang-undang negeri yang bertentangan dengan perlembagaan Persekutuan adalah terbatal dengan sendirinya. Perlembagaan persekutuan memperuntukkan kuasa kepada Mahkamah untuk membatalkan akta yang diluluskan di luar bidang kuasa Parlimen atau bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia. Mahkamah berkuasa menentukan kesahihan setiap undang-undang bagi menjamin keluhuran dan ketertinggian Perlembagaan Malaysia.

Definisi Perlembagaan

Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi asas kepada pembentukan sesebuah kerajaan. Professor A. V. Dicey menyatakan bahawa perlembagaan menentukan pengagihan kuasa sesebuah negara atau masyarakat politiknya. Perlembagaan dijadikan dokumen rasmi dan di dalamnya terkandung segala peraturan dan prinsip sebagai panduan kepada kerajaan untuk mentadbir negara. Parti politik yang memerintah akan mengetahui hala tuju pentadbiran negara dan hal ini menjamin kerajaan menunaikan tanggungjawab kepada rakyat melalui peruntukan yang terkandung di dalamnya.

Perlembagaan Malaysia yang diperkenalkan pada 16 September 1963 mengandungi 183 perkara dan dibahagikan kepada 15 Bahagian. Perlembagaan ini mengandungi pelbagai peruntukan seperti Senarai Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, Institusi Yang di-Pertuan Agong, Parlimen, Jemaah Menteri dan Badan Kehakiman. Memandangkan Malaysia merupakan sebuah negara persekutuan, Perlembagaan Malaysia telah membuat pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri. Negeri-negeri yang bergabung dalam persekutuan Malaysia diberikan hak, kuasa dan tanggungjawab seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Negeri. Perlembagaan Malaysia telah memperuntukkan Senarai Persekutuan, Senarai Negeri dan Senarai Bersama.

Perkembangan Perlembagaan Selepas Kemerdekaan

Pada tahun 1963, Perlembagaan Persekutuan dipinda dengan penyertaan Singapura, Sabah, dan Sarawak untuk membentuk Malaysia. Pada tahun 1971, Perlembagaan Persekutuan dipinda akibat kesan langsung peristiwa 13 Mei 1969, terutamanya pindaan atas Akta Hasutan 1948. Pada tahun 1983, satu pindaan dibuat melibatkan kuasa-kuasa Yang di-Pertuan Agong berkenaan dengan kuasa perkenan baginda dalam kelulusan undang-undang oleh Parlimen. Sehingga tahun 2003, Perlembagaan Persekutuan telah dipinda beberapa kali.

Prinsip Perlembagaan Sebelum Kemerdekaan

Kanun Undang-undang Melaka wujud dan pemusatan kuasa berada di tangan sultan pada masa pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka. Selepas kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511, tradisinya masih kekal dalam kerajaan-kerajaan Melayu yang lain. Setelah kedatangan British ke Tanah Melayu, Sistem Residen mula diperkenalkan. British mula memperkenalkan pemerintahan mengikut Sitem Residen melalui Perjanjian Pangkor pada tahun 1874, apabila British mula campur tangan di negeri Perak. Melalui sistem Residen, semua kuasa pentadbiran dilaksanakan oleh residen, kecuali adat istiadat orang Melayu dan agama Islam masih di bawah kuasa Sultan.

Negeri-negeri yang mengamalkan Sistem Residen ialah Perak, Selangor, Negeri Sembilan, dan Pahang akhirnya disekutukan dan dikenali sebagai Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada 1 Jun 1896. Kuasa sebenar Negeri-negeri Melayu Bersekutu berada di tangan Residen Jeneral yang berpusat di Kuala Lumpur yang menunjukkan pemusatan kuasa, iaitu terbentuknya kesatuan dan bukannya Kerajaan Persekutuan.


Pada tahun 1909, melalui Perjanjian Bangkok (1874), British dapat meluaskan kuasa ke Kedah, Perlis, Terengganu dan Kelantan yang sebelum ini terletak di bawah naungan Siam. Seorang penasihat British ditempatkan di setiap negeri. Dengan kemasukan Johor pada tahun 1914, terbentuk Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu yang terdiri daripada Johor, Kedah, Perlis, Terengganu dan Kelantan.


Pada tahun 1909 pula, Negeri-negeri Melayu Bersekutu pula membentuk Majlis Mesyuarat Persekutuan. Pengagihan kuasa dilaksanakan secara berperingkat-peringkat mulai tahun 1934 di Negeri-negeri Melayu Bersekutu.


Pada tahun 1946, British memperkenalkan Malayan Union dengan tujuan mengubah Tanah Melayu daripada negara naungan kepada negara taklukan British. Akibat tentangan hebat daripada orang Melayu, kerajaan British memansuhkannya dan diganti dengan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948.


Pada tahun 1948, Perlembagaan bertulis diperkenalkan di semua negeri Melayu, Pulau Pinang dan Melaka, kecuali Johor dan Terengganu. Ini disebabkan pada tahun 1895, Perlembagaan Johor terbentuk dan Undang-undang Tubuh Negeri Terengganu digubal pada tahun 1911.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...