Pembaca Setia

Showing posts with label Penyelidikan Tindakan I - Pengajian Sosial Pendidikan Rendah (Kaedah dan Pelaksanaan) PSS 3113. Show all posts
Showing posts with label Penyelidikan Tindakan I - Pengajian Sosial Pendidikan Rendah (Kaedah dan Pelaksanaan) PSS 3113. Show all posts

21 May 2012

Skala Likert, Skala Guttman, Skala Thurstone



Pelbagai bentuk skala yang dapat digunakan dalam pengukuran bidang pendidikan, iaitu: skala Likert, skala Guttman, dan skala Thurstone.


1. Skala Likert (1932)

Skala Likert adalah skala yang dapat digunakan untuk mengukur sikap, pendapat, dan persepsi seseorang atau sekelompok orang mengenai suatu gejala atau fenomena pendidikan.

Dalam skala Likert terdapat dua bentuk pernyataan iaitu pernyataan positif yang berfungsi untuk mengukur sikap positif, dan pernyataan negatif yang berfungsi untuk mengukur sikap negative objek sikap.

Skor pernyataan positif dimulai dari 1 untuk Sangat Tidak Setuju (STS), 2 untuk Tidak Setuju (TS), 3 Tidak Pasti (TP), 4 untuk Setuju (S), dan 5 untuk Sangat Setuju (SS). Skor pernyataan negative dimulai dari 1 untuk sangat setuju (SS), 2 untuk setuju (S), 3 untuk tidak pasti (TP), 4 untuk tidak setuju (TS), dan 5 untuk sangat tidak setuju (STS).

Beberapa penyelidik menghilangkan pilihan “Tidak Pasti” dalam instrument penyelidikan untuk memudahkan penyelidik melihat sikap siswa sesungguhnya sesuai dengan yang responden isikan.



2. Skala Guttman (1944)

Skala Guttman ialah skala yang menginginkan jawaban tegas, seperti jawaban benar - salah, ya - tidak, pernah - tidak pernah, positif - negative, tinggi - rendah, baik - buruk, dan seterusnya.

Pada skala Guttman, hanya ada dua interval, iaitu setuju dan tidak setuju. Skala Guttman dapat dibuat dalam bentuk pilihan ganda mahupun daftar checklist. Untuk jawaban positif seperti benar, ya, tinggi, baik, dan semacamnya diberi skor 1; sedangkan untuk jawapan negatif seperti salah, tidak, rendah, buruk, dan semacamnya diberi skor 0.



3. Skala Thurstone (1928)

Skala Thurstone adalah skala yang disusun dengan memilih butir yang berbentuk skala interval. Setiap butir memiliki kunci skor dan jika disusun, kunci skor menghasilkan nilai yang berjarak sama. Skala Thurstone dibuat dalam bentuk sejumlah (40-50) pernyataan yang relevan dengan variable yang hendak diukur kemudian sejumlah ahli (20-40) orang menilai relevansi pernyataan itu dengan konten atau konstruk yang hendak diukur.



Kebolehpercayaan

Kebolehpercayaan atau reliability ialah satu konsep yang merujuk kepada ketekalan (consistency) dan kestabilan (stability) sesuatu ukuran, alat ukur kajian atau soal selidik. Ia bertujuan untuk mengetahui sama ada ukuran itu memberikan jawapan yang sama apabila ia digunakan untuk mengukur konsep yang sama kepada populasi atau sampel atau responden yang sama.

Kebolehpercayaan merujuk kepada takat ketekalan alatpengukur itu mengukur apa yang hendak diukur. Alat ukur yang mengukur sesuatu gagasan atau pembolehubah dengan tekal dikatakan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. Sebaliknya, alat ukur yang menghasilkanmarkah yang berubah-ubah bagi mengukur gagasan atau pembolehubah yang sama dikatakan tidak tekal seterusnya mempunyai kebolehpercayaan yang rendah


Jenis-jenis Kebolehpercayaan (Reliability)

(a) Konsisten dalaman (internal consistency) -Satu ujian diambil hanya sekali. Mengukur sejauh mana item dalam satu ujian adalah konsisten antara satu sama lain dan dengan keseluruhannya.

Terdiri daripada tiga jenis:
i) Kebolehpercayaan belah dua (split-half reliability) – item soal selidik atau ujian dibhagaikan kepada dua bahagian. skor berasingan dikira  untuk setiap ujian. Pekali kebolehpercayaan kedua skor diperolhi dengan menggunakan rumus Spearman-Brown

ii) Kebolehpercayaan Kuder-Richardson 20 & 21  (KR20, KR21) – untuk instrumen yang mempunyai item dikotomi.

iii) Kebolehpercayaan Cronbach’s alpha – digunakan untuk instrumen berskala pelbagai seperti likert scale, Thurstone, Guttman atau Semantic Differential.


Kesahan

Kesahan (validity) dan kebolehpercayaan (reliability) instrumen amat penting bagi mempertahankan kejituan instrumen daripada terdedah kepada kecacatan. Semakin tinggi nilai dan tahap kesahan dan kebolehpercayaan instrumen maka semakin jitu data-data yang akan diperoleh bagi menghasilkan kajian yang baik dan berkualiti.

Kesahan digunakan untuk mengukur ketepatan sesuatu ukuran yang digunakan. Ia bertujuan untuk memastikan sama ada ukuran/indikator yang digunakan itu mengandungi semua ciri atau gagasan yang harus ada dalam konsep yang diukur itu. Kesahan merujuk kepada sejauh mana ujian itu mengukur apa yang hendak diukur;



Terdapat dua jenis kesahan iaitu:

Kesahan dalaman (internal validity) iaitu sejauh mana perkaitan antara pemboleh ubah itu dapat dipastikan. Bagi menentukan kesahan dalaman, penyelidik boleh mengunakan beberapa kaedah seperti tringulasi, pemeriksaan rakan, semakan rakan, kenyataan pengalaman, pilih kasih atau pengharapan.


Kesahan luaran (external validity) iaitu sejauh mana data itu dapat dipanjangkan pada populasi dan dalam konteks yang berbeza-beza. Manakala bagi kesahan luaran, ia boleh dilihat dalam ketebalan atau banyaknya penerangan, penggunaan pelbagai tema dan variasi yang maksimum.

Penyelidikan Kaedah Kualitatif



A type of educational research in which the researcher relies on the views of participants, asks broad, general questions, collects data consisting largely of words (or text) from participants, describes and analyses these words for themes, and conducts the inquiry in a subjective, biased manner.

(Cresswell, 2008)


Qualitative research is the collection, analysis, and interpretation of comprehensive narrative data in order to gain insights into a particular phenomenon of interest.

(Gay, Mills, Airasian, 2006)




Kajian kualitatif menyokong kefahaman yang mendalam, menyeluruh berkaitan sesuatu fenomena. Kajian kualitatif menyediakan kefahaman mendalam mengenai kompleksiti yang selalu berlaku dan menyediakan pengetahuan yang konkrit dan mendalam bagi memahami sesuatu fenomena. Kajian kualitatif juga menyediakan kefahaman dalaman berkaitan makna setempat berkaitan aktiviti dan amalan peserta di samping menghasilkan perbandingan kefahaman mengenai fenomena yang dialami oleh pelbagai peserta dalam persekitaran yang berbeza.



Jenis-jenis kajian kualitatif:
  1. Kajian kes : kajian berkenaan usaha untuk memahami individu atau entiti tertentu
  2. Etnografi : Usaha untuk menerang dan menganalisis semua atau sebahagian daripada budaya sesuatu komuniti dengan mengenalpasti dan menerangkan amalan dan kepercayaan peserta
  3. Ethology : Kajian membanding antara beberapa budaya.
  4. Interaksi simbolik : Usaha untuk mencari kefahaman lazim yang dapat meenyebabkan interaksi antara peserta.
  5. Kajian tindakan : Usaha untuk mencari penyelesaian atau menambahbaik masalah praktikal dalam persekitaran masalah itu berlaku.
  6. Kajian sejarah : Mengenalpasti sesuatu fenomena berpandukan analisis dokumen, relik dan temubual.




Ciri-ciri kajian kualitatif:

  1. Penyelidik melibatkan diri dalam persekitaran yang dikaji
  2. Data membayangkan perspektif peserta
  3. Sumber data adalah dunia sebenar atau konteks asli
  4. Lazimnya data berbentuk naratif
  5. Penyelidik memberikan fokus kepada interaksi personal dengan peserta.
  6. Penyelidik mengelak – daripada memberikan andaian atau keputusan awal berkenaan kajian
  7. Data dianalisis secara induktif
  8. Kaedah menyediakan kejelasan, maklumat lengkap membayangkan suara refleksi peserta.



Kesahan Kajian :

Darjah pengumpulan data kualitatif yang mengukur apa yang sedang dikaji. Terdiri daripada dua komponen

(i) Keyakinan – Credibility, Transferability, Dependability, Confirmability

(ii) Kefahaman - Descriptive validity, Interpretive validity, Theoretical validity, Evaluative validity



Kebolehpercayaan Kajian :


Consistent – pengukuran data melampaui masa dan Kebolehpercayaan pandangan kualitatif termasuk kebolehpercayaan teknik yang digunakan mengumpul data.

Kebolehpercayaan diperlukan, tetapi kesahan lebih utama

Kajian Kolerasi


Penyelidikan korelasi adalah satu penyelidikan jenis deskriptif yang menerangkan hubung kait atau perhubungan di antara dua pemboleh ubah.

Dua pemboleh ubah ini boleh dikaitkan menggunakan pekali korelasi melalui tiga hubungan: (1) hubungan positif, (2) hubungan negatif, dan (3) tidak ada hubungan.

Selain daripada hala atau arah, pekali korelasi juga menunjukkan magnitud atau darjah hubungan atau perkaitan tersebut.

Hubungan antara pemboleh ubah yang dikenal pasti ini boleh membantu penyelidik meramal sesuatu fenomena.

Temubual

Jenis-jenis temubual:

- temu bual berstruktur,
- temu bual semi struktur,
- temu bual tidak berstruktur.

Penyelidik kajian tinjauan menggunakan instrumen temu bual untuk mendapatkan maklumat.
Aspek-aspek penting dalam penyediaan item temu bual:
- menentukan jenis temu bual dalam kajian;
- rancangan temu bual;
- stail, kandungan dan susunan soalan temu bual;
- ciri-ciri soalan temu bual yang baik;
- aras bahasa dalam temu bual;
- penyusunan soalan temu bual dan
- tempoh sesi temu bual (Chua, 2006).

Kesemua aspek di atas perlu diambil perhatian ketika menyediakan item temu bual. Tujuannya ialah untuk menghasilkan satu set item yang boleh digunakan secara optimum untuk menjawab persoalan kajian.
 
Kaedah temu bual
- temu bual bersemuka,
- temu bual tidak bersemuka dan
- temu bual bantuan komputer.

10 ciri asas untuk menjadi penemu bual yang baik
- tidak mulakan sesi temu bual yang dingin,
- sentiasa sedar tentang tujuan temu bual,
- soalan ditanya secara semula jadi,
- soalan yang penting perlu disoal dengan jelas dan tepat,
- berwatak sebagai pendengar yang baik,
- pakaian dan penampilan yang sesuai,
- tempat yang selesa,
- menghormati responden,
- berlatih sebelum sesi temu bual dilaksanakan ,dan
- menghargai responden.

Soal Selidik


Soal selidik ialah alat ukur yang paling popular dalam kajian tinjauan manakala temu bual dijalankan untuk menyokong hasil kajian yang diperoleh. Soal selidik yang digunakan dalam kajian ini biasanya disediakan oleh penyelidik. Walau bagaimanapun soal selidik yang sedia ada dan soal selidik penyelidikan terdahulu iaitu yang telah melalui proses pengesahan dan diuji kebolehpercayaannya boleh juga digunakan.

Sekiranya penyelidik perlu menyediakan instrumen soal selidik beberapa perkara perlu diambil perhatian.

Ciri-ciri instrumen soal selidik yang baik:
- sesuai dengan kesediaan responden,
- format instrumen yang sistematik,
- arahan yang jelas,
- surat dan dokumen disertakan bersama instrumen kajian
- ujian rintis dijalankan sebelum instrumen digunakan
(Chua, 2006).

Panduan membentuk item-item soal selidik
- penggunaan bahasa yang mudah,
- selaras dengan responden,
- elakkan soalan yang sukar,
- soalan yang tidak mempengaruhi pemilihan responden,
- elakkan soalan dwi-maksud, soal selidik yang terlalu panjang,
- elakkan soalan yang kabur,
- elakkan mendorong jawapan yang digemari masyarakat,
- elakkan soalan yang berarah dan item yang negatif
(Merican, 2006).

Item-item soal selidik boleh menggunakan ukuran dalam bentuk skala likert, skala perbezaan semantik, skala Thurstone dan skala Gutman(Gay & Airasian, 2000)

Pemilihan sampel

Cara pemilihan sampel:

- pensampelan rawak mudah(simple random sampling),
- pensampelan berstrata (stratified sampling),
- pensampelan sistematik (systematic sampling) dan
- pensampelan kelompok (cluster sampling).

Kajian Tinjauan

Apakah kajian tinjauan?

Kajian tinjauan atau biasa disebut kajian survey merupakan salah satu kaedah penyelidikan bukan berbentuk eksperimen yang paling popular digunakan dalam pelbagai bidang khususnya dalam bidang sains sosial.

Kajian tinjauan juga banyak digunakan dalam bidang pendidikan. Kajian tinjauan digunakan untuk mendapatkan maklumat daripada responden yang ramai iaitu ratusan ataupun ribuan responden (Marican, 2006).

Kajian tinjauan dijalankan ke atas sampel dalam sesuatu populasi. Sampel yang terpilih mestilah mempunyai ciri-ciri atau sifat-sifat populasi yang ingin dikaji supaya maklumat yang diperoleh melalui kajian berkenaan boleh memberi kenyataan dan gambaran umum tentang keseluruhan populasi yang dikaji. Justeru itu, salah satu tujuan menjalankan kajian tinjauan ialah untuk membuat kenyataan umum (generalization) tentang sesuatu populasi.


Ciri-ciri kajian tinjauan:

  1. Kajian menyeluruh mengenai sesuatu isu atau masalah,
  2. Kutipan data yang cepat,
  3. Penggunaan saiz sampel yang besar,
  4. Maklumat dipungut secara terus daripada responden dalam masa singkat dan
  5. Dapat membuat kenyataan umum untuk sesuatu populasi kajian

Rekabentuk Penyelidikan - Kajian Kuantitatif, Kualitatif dan Gabungan

KAJIAN KUANTITATIF (positvis)

Kajian kuantitatif adalah kajian yang menggunakan maklumat / data yang bersifat kuantitatif. Data kuantitatif boleh diukur, melalui proses pengukuran dan memerlukan alat-alat pengukuran seperti soal selidik dan ujian. Saiz sampel bagi kajian ini lebih besar berbanding kajian kualitatif.

Jenis-jenis kajian kuantitatif:

i) Kajian Deskriptif (Tinjauan)

ii) Kajian Korelasi

iii) Causal Comparative (Sebab-akibat)

iv) Kajian Eksperimental


KAJIAN KUALITATIF (interpretatif)

Kajian kualitatif adalah kajian yang menggunakan maklumat / data yang bersifat kualitatif. Data kualitatif diperoleh dengan cara pemerhatian, temubual, analisis dokumen atau apa-apa cara untuk mendapatkan data yang lengkap. Saiz sampel bagi kajian ini lebih kecilberbanding kajian kualitatif.

Jenis-jenis kajian kualitatif:

i) Etnografi

ii) Kajian Tindakan

iii) Kajian Kes

iv) Sejarah

v) Naratif



PERBEZAAN DI ANTARA KAJIAN KUANTITATIF DAN KAJIAN KUALITATIF

i) Bentuk Data
KAJIAN KUANTITATIF
Data berbentuk angka yang boleh diukur.

KAJIAN KUALITATIF
Data berbentuk perkataan atau ayat yang dikumpul melalui temubual atau yang direkod dalam bentuk gambar atau video.



ii) Instrumen Kajian
KAJIAN KUANTITATIF
Penyelidik menggunakan instrument seperti soal selidik dan ujian pencapaian bagi memungut data. Instrumen berfungsi sebagai alat pengukur dan menjadi alat perantaraan antara penyelidik dan peserta kajian.

KAJIAN KUALITATIF
Penyelidik adalah instrumen utama    memungut data. Penyelidik perlu berada dalam situasi yang dikaji, mendengar dan memerhati sendiri fenomena yang ingin dikaji.



iii) Reka bentuk Kajian
KAJIAN KUANTITATIF
Reka bentuk ditetapkan sebelum data dipungut.

KAJIAN KUALITATIF
Reka bentuk bersifat mudah lentur / fleksibel, boleh diubahsuai mengikut keadaan dan keperluan situasi.
 


iv) Peserta Kajian

KAJIAN KUANTITATIF
Penyelidik bukan peserta kajian. Peserta kajian adalah sampel yang dipilih dengan menggunakan teknik persampelan tertentu.

KAJIAN KUALITATIF
Penyelidik adalah sebahagian daripada peserta kajian. Maklumat kajian diperoleh secara langsung daripada peserta kajian.



v) Metodologi Kajian
KAJIAN KUANTITATIF
Penyelidik mengkaji populasi atau sampel yang mewakili populasi. Saiz sampel besar dan dipilih berasaskan kebarangkalian.
 
KAJIAN KUALITATIF
Saiz sampel kecil dan dipilih secara bertujuan dan tidak berasaskan kebarangkalian.




KAJIAN GABUNGAN (MIXED-METHOD)
Kajian gabungan pula merupakan kajian yang menggabungkan kaedah kuantitatif dan kualitatif. Data yang diperoleh juga menggunakan data kuantitatif dan data kualitatif.

 

Tinjauan Literatur



“The review of the literature involves the systematic identification, location, and analysis of documents containing information related to the research problem” (Gay,Mills & Airasian, 2006)



 
Tinjauan literatur ataupun sorotan literatur merupakan ulasan maklumat yang diperolehi daripada jurnal, buku, dokumen (laporan, prosiding) dan penyelidikan-penyelidikan lepas (tesis) untuk sesuatu penyelidikan baru. Proses tinjaun ini adalah untuk mengenal pasti sama ada sesuatu penyelidikan yang dirancang telah dilaksanakan oleh penyelidik lain,

Tinjauan literatur adalah rumusan literaur yang ditulis bertujuan menerangkan maklumat dan penyelidikan semasa dan yang terdahulu. Tinjauan literatur disusun mengikut topik dan laporan sorotan mengikut tema atau kajian individu. Tinjauan literatur adalah dokumentasi yang diperlukan dalam proposal kajian di Bab 2.



Tinjauan literatur.
  • Memantapkan lagi kemahiran individu mencari maklumat dari pelbagai sumber.
  • Membina ciri-ciri seorang penyelidik yang sentiasa mengikuti perkembangan bidang penyelidikan semasa.
  • Membantu individu mempelajari bagaimana para penyelidik menulis dan mempersembahkan penyelidikan mereka.
  • Mengenalpasti penyelidikan yang sesuai untuk dibandingkan dengan penyelidikan yg akan dijalankan.
  • Penggunaan pengkalan data membantu meningkatkan kemahiran merancang dan menyusun bahan-bahan bacaan yang diperolehi dengan lebih cekap dan efektif.


Objektif Tinjauan Literatur :
 
  1. Membezakan apa yang telah dikaji daripada apa yang perlu dikaji.
     
  2. Menemui pemboleh ubah yg relevan dengan tajuk penyelidikan yg baharu.
     
  3. Menggabungkan bahagian-bahagian penulisan pelbagai bahan rujukan yang berasingan dan mendapat perspektif baru dalam topik yang sama,
     
  4. Menunjukkan hubungan antara idea dan amalan berkaitan penyelidikan yg hendak dijalankan.
     
  5. Mendapatkan maklumat untuk istilah baru yang diperlukan dalam penyelidikan yuang akan dijalankan.
     
  6. Memahami struktur latarbelakang subjek penyelidikan yang dijalankan.
     
  7. Menghubungkan idea dan teori dengan amalan berkaitan suatu topik penyelidikan.
     
  8. Mengenal pasti perkembangan penyelidikan yang telah dijalankan berkaitan dengan topik dan masalah penyelidikan yg akan dijalankan.




Fungsi / Kepentingan Tinjauan Literatur
 

  1. Mengenalpasti apa yang telah dikaji/ dilakukan
     
  2. Menyediakan maklumat yang diperlukan bagi membina rangka kerja logikal yang sesuai dengan topik dikaji
     
  3. Menyediakan rasional untuk hipotesis yang akan dikaji dan justifikasi kepada keperluan / signifikan kajian
     
  4. Mengenalpasti metodologi kajian yang sesuai digunakan
     
  5. Membantu untuk interpretasi hasil kajian.

Hipotesis Kajian


“Hipotesis ialah merupakan suatu ramalan terhadap kemungkinan dapatan di dalam penyelidikan.” Fraenkel (1993)

“Hipotesis ialah merupakan saranan sementara tentang hubungan antara dua angkubah (atau lebih) yang didapati melalui deduksi.” Ahmad Mahdzan Ayob (1992)

“Hipotesis ialah merupakan peramalan terhadap apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Ianya berbeza dengan teori yang merupakan penerangan tentatif berkaitan kenapa sesuatu tingkah laku itu berlaku.” Maleske (1995)

Hipotesis ialah satu kesimpulan awal yang dibuat oleh pengkaji bagi menentukan hasilan awal kajian yang hendak dilaksanakan atau dijalankan dengan menghubungkan dua atau lebih pembolehubah yang wujud dalam sesuatu kajian.



Jenis – jenis Hipotesis
 
  • Hipotesis Induktif = dibentuk melalui proses cerapan. Penyelidik akan menentukan susur galur dan kemungkinan hubungan antara pemboleh ubah yang dikaji. 
  • Hipotesis deduksi = dibentuk daripada teori dan akan memandu penyelidikan ke arah sistem pengetahuan yang lebih umum.


Kelebihan menggunakan Hipotesis

1. Penyelidikan boleh dilakukan dengan lebih mendalam.

2. Melibatkan falsafah sains.

3. Dapat mengesan atau tidak hubungan antara perkara yang dikaji.

4. Mengetahui perkara yang ingin dikaji.



Ciri – ciri hipotesis 
 
  1. Hipotesis mesti menghuraikan perhubungan antara pemboleh ubah dimanipulasikan (tidak bersandar) dengan pemboleh ubah bergerak balas (bersandar) apabila pemboleh ubah lain dimalarkan. 
  2. Hipotesis mesti berasakan kepada teori atau bukti yang menunjukkan bahawa hipotesis itu perlu dibuktikan. 
  3. Hipotesis itu mesti boleh diuji. 
  4. Hipotesis mesti ringkas dan jelas.

Jenis-jenis Penyelidikan dalam Pendidikan

Kajian Sejarah:

Membina semula masa silam secara sistematik.
Contoh: Untuk menentukan Aishah benar-benar keturunan Mahsuri.

Kajian Deskriptif:

Memberi penerangan yg sistematik tentang fakta dan ciri2 sesuatu bidang secara tepat dan berfakta.
Contoh: Satu tinjuan pendapat umum utk menilai sikap pengundi.

Kajian Perkembangan:

Menyiasat rentetan pertumbuhan fungsi masa.
Contoh: Kajian Trend - corak perubahan masa lepas untuk meramal corak @ keadaan di masa akan datang.

Kajian Kes/Lapangan:

Mengenalpasti status masa kini yg melibatkan unit sosial (ind. institusi @ komuniti).
Contoh: Kajian intensif tentang sebab-sebab penceraian di kalangan Orang Melayu.

Kajian Kolerasi:

Menyiasat setakat mana variasi dlm satu faktor seimbang dengan variasi dlm satu faktor atau lebih faktor lain berasaskan pekali variasi.
Contoh: Kajian tentang hubungan antara konsep kendiri dengan pencapaian akademik

Kajian Perbandingan Sebab-Akibat (komparatif):

Mengkaji perkaitan antara sebab dan akibat dgn memerhati beberapa kesan yg wujud serta menyemak semula data sedia ada bagi mencari faktor2 sebab-akibat.
Contoh: Mengkaji faktor2 yg menjadi sebab utama berlaku kemalangan jalanraya dgn melihat rekod di JPJ atau PDRM

Kajian Eksperimental:

Menyiasat hubungan sebab dan kesan dengan mendedahkan satu kumpulan percubaan kepada satu rawatan dan membandingkan keputusan kepada satu kumpulan yang tidak menerima rawatan
Contoh: Untuk menentukan keberkesanan modul motivasi terhadap peningkatan motivasi pencapaian pelajar sekolah menengah.

Kajian Tindakan:

Membentuk kaedah baru dlm menyelesaikan masalah dgn aplikasi terus dlm bilik darjah.
Contoh: untuk membentuk kaedah baru bagi menarik lebih ramai pelajar bumiputera meminati bidang sains dan teknologi.

Proses Penyelidikan





Mengenalpasti masalah


clip_image004
Kajian Literatur


clip_image004[1]
Pengumpulan Data


clip_image005
Analisis dan Tafsir Data


clip_image004[2]
Menilai Data dan Menulis Laporan

Kepentingan Penyelidikan Pendidikan

Kepentingan Penyelidikan Pendidikan?
 
  • Menambah pengetahuan mengenai isu dalam pendidikan (isi jurang ilmu, kembangkan imu, tambah maklumat drpd individu tertentu thdp ilmu)
     
  • Membantu meningkatkan keberkesanan amalan semasa
     
  • Membantu kefahaman isu semasa (peroleh pelbagai pendapat)
     
  • Meningkatkan kemahiran penyelidikan (pengurusan, analisis, penulisan, komunikasi interpersonal, pengucapan awam)



Tambahan:

  1. Mendapat sumber maklumat penting untuk memahami amalan pengajaran guru, amalan pembelajaran murid, keadaan murid, suasana dalam bilik darjah dan sebagainya;
     
  2. Dapat merancang huraiian mata pelajaran dengan lebih berkesan;

    Dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran memudahkan pencapaian objektif mereka dan dapat pula memahami, mengubah dan memperbaiki amalan sendiri;

    Meningkatkan penggunaan bahan dan membentuk jalinan kerja yang aktif dan efektif;
     
  3. Dapat menyediakan guru, sebagai penyelidik yang kritikal, kaya dengan idea baru, sanggup menerima perubahan dan berupaya membuat penilaian terhadap kurikulum dan kokurikulum;

    Membentukkan budaya penyelidiakn sebagai asas dalam membuat sebarang perancangan untuk tindakan ; dan
     
  4. Tali silatulrahim di kalangan guru yang terbabit melalui kerjasama secara kolaboratif.

Ciri-ciri Penyelidikan

Ia bermula dengan satu persoalan didalam pemikiran seorang penyelidik

Ia memerlukan satu perancangan

Ia menuntut kenyataan yang jelas mengenai sesuatu masaalah

Ia melibatkan permasaalahan utama dengan permasalaahan berkaitan

Ia mencari tuju arah melalui hipotesis berkenaan

Ia melibatkan fakta dan makna fakta

Ia adalah berhubungkait Menghimpun dan Menganalisa Data

Availability (Sumber Tersedia) ia adalah agak sukar untuk mendapatkan data dari menentukan jenis data yang diperlukan

Authenticity (Perakuan) penyelidik mestilah memastikan ketepatan data

Adequacy (Mencukupi) merujuk kepada perolehan data samada mencukupi bagi membolehkan kesimpulan sah dinyatakan

Validity (Kesahan) penyelidik hendaklah memastikan data dan maklumat adalah tepat dan sah

20 May 2012

Apakah Itu Penyelidikan Dalam Pendidikan?


Menjalankan penyelidikan bermaksud mencari maklumat lebih lanjut mengenai sesuatu perkara ,menyelami lebih lanjut, menjalankan kajian menyeluruh atau menyiasat dengan lebih mendalam.

“Penyelidikan didefinisikan sebagai penyiasatan yang penuh berhati-hati, mendalam, secara bijak dan meluas mengenai sesuatu perkara atau subjek spesifik, dengan bertujuan meningkatkan dan meluaskan ilmu pengetahuan sejagat.” (Manheim, 1997)

“Penyelidikan adalah aktiviti penyelesaian masalah yang membawa kepada pengetahuan dan penemuan baru dengan menggunakan kaedah mengenalpasti dan persoalan yang sedang digunapakai oleh sarjana-sarjana di dalam bidang tersebut.” (Helmstadter,1970)

“Penyelidikan adalah suatu penyiasatan atau ujikaji yang bertujuan menemukan dan menginterpretasikan fakta-fakta, mengulang semula teori yang diterima di dalam penemuan baru atau amalan penggunaan teori atau undang-undang dan peraturan baru atau yang digunapakai semula.” (Woolf, 1975)

Kamus Webster pula menyifatkan penyelidikan sebagai penyiasatan saintifik untuk membongkar fakta. Apakah yang dimaksudkan dengan penyiasatan saintifik? Penyiasatan saintifik merupakan kaedah dan cara berfikir sistematik, terkawal, dan empirikal yang bertujuan mengkaji hubung kaitan antara fenomena semulajadi yang boleh diperhatikan (Kerlinger, 1973).

Kesimpulannya, penyelidikan boleh ditakrifkan sebagai aktiviti yang teratur (sistematik) bagi mencari jawapan/makna kepada soalan-soalan khusus yang dikemukakan tentang sesuatu masalah yang hakikatnya sudah dikenal pasti.

Penyelidikan dalam pendidikan ialah aplikasi kaedah saintifik bagi mengkaji masalah pendidikan dengan tujuan untuk memahami, menerang, menjangka dan/atau mengawal fenomena pendidikan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...