Pembaca Setia

11 February 2009

Prinsip Perlembagaan Sebelum Kemerdekaan

Kanun Undang-undang Melaka wujud dan pemusatan kuasa berada di tangan sultan pada masa pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka. Selepas kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511, tradisinya masih kekal dalam kerajaan-kerajaan Melayu yang lain. Setelah kedatangan British ke Tanah Melayu, Sistem Residen mula diperkenalkan. British mula memperkenalkan pemerintahan mengikut Sitem Residen melalui Perjanjian Pangkor pada tahun 1874, apabila British mula campur tangan di negeri Perak. Melalui sistem Residen, semua kuasa pentadbiran dilaksanakan oleh residen, kecuali adat istiadat orang Melayu dan agama Islam masih di bawah kuasa Sultan.

Negeri-negeri yang mengamalkan Sistem Residen ialah Perak, Selangor, Negeri Sembilan, dan Pahang akhirnya disekutukan dan dikenali sebagai Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada 1 Jun 1896. Kuasa sebenar Negeri-negeri Melayu Bersekutu berada di tangan Residen Jeneral yang berpusat di Kuala Lumpur yang menunjukkan pemusatan kuasa, iaitu terbentuknya kesatuan dan bukannya Kerajaan Persekutuan.


Pada tahun 1909, melalui Perjanjian Bangkok (1874), British dapat meluaskan kuasa ke Kedah, Perlis, Terengganu dan Kelantan yang sebelum ini terletak di bawah naungan Siam. Seorang penasihat British ditempatkan di setiap negeri. Dengan kemasukan Johor pada tahun 1914, terbentuk Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu yang terdiri daripada Johor, Kedah, Perlis, Terengganu dan Kelantan.


Pada tahun 1909 pula, Negeri-negeri Melayu Bersekutu pula membentuk Majlis Mesyuarat Persekutuan. Pengagihan kuasa dilaksanakan secara berperingkat-peringkat mulai tahun 1934 di Negeri-negeri Melayu Bersekutu.


Pada tahun 1946, British memperkenalkan Malayan Union dengan tujuan mengubah Tanah Melayu daripada negara naungan kepada negara taklukan British. Akibat tentangan hebat daripada orang Melayu, kerajaan British memansuhkannya dan diganti dengan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948.


Pada tahun 1948, Perlembagaan bertulis diperkenalkan di semua negeri Melayu, Pulau Pinang dan Melaka, kecuali Johor dan Terengganu. Ini disebabkan pada tahun 1895, Perlembagaan Johor terbentuk dan Undang-undang Tubuh Negeri Terengganu digubal pada tahun 1911.

No comments:

Post a Comment

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...