Kelompok Asas dan Sekunder
Definisi:
Satu kelompok mengandungi dua atau lebih manusia yang di antara mereka terdapat beberapa pola saling-tindakan yang dapat difahami oleh ahlinya atau orang lain,keseluruhannya. Patut juga diambil perhatian bahawa sungguhpun ada sesetengah kumpulan sosial yang secara longgar dinamakan kelompok, ia bukannya kelompok mengikut pengertian sosiologi yang sebenarnya. Satu contoh ialah mengenai penggunaan istilah ‘kelompok sebaya bagi semua orang’, katakanlah, di antara umur 50 hingga 59. Walaupun kita boleh mengelompokkan manusia dengan cara itu mengikut sebarang sifat yang mereka perolehi, ini bukanlah kelompok sosiologikal melainkan ada saling-tindakan di antara manusia sebagai ahli pada keseluruhannya.
Kelompok Asas
Satu kelompok asas adalah dicirikan dengan kemesraan, kontak persemukaan dan jika dibandingkan ada juga sifat-sifat pengekalan. Cooley menamakan kelompok demikian itu sebagai famili, kelompok sepermainan bagi kanak-kanak dan kelompok jiran sebagai “asas” kerana ia penting dalam membentuk pola-pola tingkahlaku dan sikap ahlinya. Di antara yang tiga itu, famililah yang paling penting. Sedikit benar kelompok lain yang boleh menyamai famili tentang kemesraan, iaitu ciri yang paling penting dalam ciri-ciri yang disenaraikan di atas. Banyak kelompok lain menunjukkan satu atau lebih ciri bagi satu kelompok asas. Contohnya ialah persaudaraan, kuncu, geng dan persahabatan dyad ( satu dyad ialah satu kelompok dua orang).
Kontak di antara ahli-ahli kelompok asas dinamakan kontak (kelompok) asas. Istilah ini selalu digunakan untuk menerangkan kontak di antara orang lain di mana kontak itu mempunyai satu atau lebih ciri kelompok asas.
Kelompok Sekunder
Kelompok yang menunjukkan sedikit kemesraan, wujudnya sementara dan melibatkan kurangnya kontak persemukaan, dinamakan kelompok sekunder. Manakala kemesraan ialah ciri kelompok asas, pengabaian adalah ciri kelompok sekunder.
Kontak di antara ahli di dalam kelompok-kelompok sekunder (perseikatan politik, organisasi besar gereja, kelab awam dll.) dinamakan kontak (kelompok) sekunder. Istilah ini selalu digunakan untuk menerangkan pertembungan di antara orang lain yang mempunyai satu atau lebih ciri kelompok sekunder.
Kelompok Formal dan Tak Formal
Kelompok Formal
Kelompok formal adalah kelompok yang tersusun mengikut struktur yang tetap dan mengikut peraturan yang mengawasi saling tindakan ahli-ahlinya. Ia selalunya mempunyai struktur dan aturcara yang dijelaskan dengan terang dalam perlembagaan dan undang-undang kecil atau seumpamanya. Ia biasanya mempunyai kedudukan rasmi, atau pejabat dimana penghuni-penghuninya menjalankan tugas sebagaimana yang tertulis dalam perlembagaan atau undang-undang kecil. Hak dan tugas ahli-ahlinya juga ada tertulis. Contoh kelompok-kelompok formal ini ialah kelab-kelab awam, persatuan pertolongan wanita, sistem-sistem sekolah, negara dan Bangsa-Bangsa Bersatu. Kelompok-kelompok formal ini biasanya dinamakan perseikatan.
Kelompok Tak Formal
Kelompok ini ialah kelompok yang tidak mempunyai sistem organisasi yang diterangkan dengan khususnya mengenai hak dan tugas atau pejabat. Ia biasanya terbentuk berdasarkan kontek yang berturut-turut yang membawa kepada saling berminat, dan menikmati pengalaman bersama. Satu contoh kelompok tak formal ialah kelompok kanak-kanak. Satu lagi contoh ialah kuncu, iaitu satu kelompok kecil tanpa struktur yang formal.
Kelompok berbeza-beza mengikut ukuran di mana ia akan menuju kepada satu kelompok yang terlalu formal atau jenis kelompok yang terlalu tidak formal.
INSTITUSI SOSIAL
Sifat Institusi
Institusi ialah pola yang tertubuh untuk memenuhi berbagai-bagai keperluan manusia, yang lahir dengan adanya berbagai-bagai resam sebagai satu isbat untuk penggunaannya yang tetap, memperoleh konsep kebajikan masyarakat, dan melahirkan satu struktur. Sumner telah menunjukkan bahawa institusi adalah satu “konsep bercampur dengan struktur.” Dengan ini beliau memberi makna bahawa institusi itu melibatkan bukan sahaja pola aktiviti yang lahir dari segi sosial untuk memenuhi keperluan manusia,tetapi juga pola organisasi bagi melaksanakannya.
Beberapa keperluan manusia,seperti keperluan untuk memenuhi desakan jantina, perkembangan zuriat, dan hubungan rapat kelompok asas, menjadi asas keluarga manusia.Keperluan lain, dalam menjalankan kerja-kerja mencari dan menyebarkan makanan, pakaian dan lain-lain barang kebendaan itu menghasilkan institusi ekonomi. Perasaan kagum manusia terhadap alam keliling semulajadi dan keperluannya untuk mendampingkan diri dengan kesaktian telah mewujudkan institusi agama. Kesemua ini dinamakan institusi asas, kerana ia penting dalam semua masyarakat manusia. Sama pentingnya, sungguhpun tidak nyata bezanya antara satu dengan lain dalam masyarakat primitif,ialah institusi pemerintahan, yang berkait dengan kawalan sosial dan perlindungan masyarakat itu dari orang luar.
Fungsi dan Struktur
Institusi adalah bertujuan untuk memenuhi beberapa keperlan manusia dan dengan demikian ia mempunyai fungsi. Ada kalanya, sesebuah institusi seperti Electoral College mungkin tidak lagi memenuhi fungsi asalnya. Strukturnya mengandungi sisyem saling-hubungan kebudayaan yang dimainkan oleh orang-orang yang menjalankan fungsi, iaitu orang-orang yang dilantik untuk menjalankan pola perlakuan itu. Jadi, Kristian adalah satu institusi agama. Orang-orang yang menjalankan fungsinya terdiri daripada paderi, menteri, pegawai-pegawai di gereja dan lain-lain. Strukturnya adalah sistem perlakuan berpola orang-orang yang menjalankan fungsi ini.
Institusi dan Perseikatan
Perseikatan adalah satu kelompok manusia yang teratur yang tujuannya adalah untuk menjalankan satu atau lebih pola institusi. Perseikatan biasanya dikatakan mempunyai organisasi formal dan ini terdapat dalam piagam atau perlembagaan, pegawai tertentu, piawai tertentu bagi ahli-ahli, dan ada peruntukan untuk menggantikan ahli dan pegawai. Perseikatan ialah kelompok yang membolehkan fungsi perseikatan itu dijalankan. Perbezaan di antara institusi dengan perseikatan ada kalanya susah dilakukan. Walau bagaimanapun, institusi boleh difahamkan sebagai pola aktiviti yang tetap, dan perseikatan sebagi kelompok tertentu yang menjalankan pola-pola tetap ini. Jadi sistem kredit, keluarga, pendidikan sejagat dan pengundian rahsia adalah institusi. First National Bank, Keluarga Smith, Sekolah Pusat Hawkinsville, dan Kelab Demokratik South Side adalah perseikatan.
Saling Perhubungan Di antara Institusi.
Masyarakat manusia memberikan penegasan yang berbeza kepada satu antara lain mengenai institusi besar sosial. Dalam sesetengah masysrakat, sesuatu keluarga adalah istimewa kuatnya dan menjalankan pola-pola institusi seperti memberi perlindungan kepada ahli-ahlinya, menyediakan makanan untuk mereka, atau mengatur kehidupan mereka dari segi agama. Dalam masyarakat lain, beberapa institusi lain mungkin menjadi berpusat. Pada abad ke 13 di Eropah, Gereja sebagai satu institusi yang besar telah mengambil alih banyak fungsi pemerintah dan famili. Begitu juga institusi ekonomi adalah dikuasai oleh Gereja. Dalam negara totalier moden, kerajaan mempunyai kuasa yang besar keatas institusi lain seperti institusi keluarga, agama dan ekonomi. Dalam setengah-setengah negeri instituusi agama dan politik begitu rapat pertaliannya, tetapi di negeri-negeri lain kedua-duanya sengaja diasingkan. Doktrin pengasingan gereja dan negeri seperti yang terdapat di Amerika menunjukkan kecenderungan ini. Jadi dapatlah diperhatikan bahawa dalam masyarakat yang berlainan, institusi adalah diselaraskan antara satu dengan lain. Sistem institusi yang saling berhubungan dalam sebarang masyarakat tertentu dinamakan bentukhidup institusi.
Dalam masyarakat yang tidak tersusun, bentuk hidup institusi mungkin tidak selaras, dan kehendak sesuatu institusi itu mungkin bersengketa dengan yang lain. Demikianlah halnya dengan ajaran agama kristian yang mengkehendaki supaya berbaik-baik antara satu dengan lain, bagi satu pihak, dan ajaran dari segi ekonomi supaya berlumba-lumba merebut kekayaan di pihak yang lain. Dalam bentukhidup yang sukar ditentukan seperti ini, individu biasanya akan berasa buntu fikirannya tentang bagaimana ia harus bertingkahlaku.
Dalam proses perubahan sosial, pemindahan fungsi dari satu institusi besar kepada yang lain dapat diperhatikan. Dalam kebudayaan kita sendiri, banyak bentuk khairat telah diambil alih dari agensi-agensi agama dan dijadikan sebagai satu bentuk cukai termseti oleh kerajaan. Banyak fungsi yang tidak terdapat lagi pada sesuatu keluarga kerana telah diambil alih oleh sekolah, atau kerajaan atau usaha-usaha perniagaan. Bertambahnya fungsi kerajaan secara beransur-ansur telah menjadi suatu bahan perdebatan hangat oleh orang-orang yang mempunyai pendapat yang berlainan tentang perlunya memindahkan beberapa fungsi ekonomi kepada institusi keraja

No comments:
Post a Comment
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.