Komunikasi merupakan satu proses yang melibatkan perkongsian dan pemindahan idea, maklumat dan mesej dengan seseorang pada masa dan di tempat yang tertentu. Komunikasi merangkumi perbuatan lisan dan penulisan, komunikasi visual komunikasi verbal dan bukan verbal. Berkomunikasi di antara satu sama lain amat penting di dalam kehidupan bermasyarakat.
Terdapat dua jenis komunikasi iaitu komunikasi intrapersonal dan komunikasi interpersonal. Kedua –dua jenis komunikasi ini mempunyai sifat dan ciri yang dengan jelas membezakan bentuk komunikasi yang berlaku. Komunikasi intrapersonal adalah komunikasi yang berlaku di dalam diri seseorang. Komunikasi ini dibentuk di dalam diri seseorang dalam proses untuk menyampaikan maklumat. Menurut Capstone (2001) maklumat yang dibentuk dalam diri seseorang melalui komunikasi intrapersonal terbahagi kepada dua iaitu maklumat yang disampaikan secara lisan dan maklumat yang disampaikan secara tidak lisan. Contoh komunikasi secara tidak lisan ialah keadaan muka, nada suara dan sentuhan tangan. Manakala komunikasi secara interpersonal terbahagi kepada tiga iaitu sintatik, semantik dan pragmatik. Sintatik komunikasi yang dibentuk oleh perhubungan di antara perkataan, semantik pula ialah hubungan di antara perkataan dengan objek yang diwakili oleh perkataan manakala pragmatik pula perhubungan di antara perkataan dan tingkahlaku. Sebagai penyampai maklumat dalam proses komunikasi maklumat akan diurus dalam bentuk lisan dan tidak lisan dalam membentuk makna pada kontek yang ada. Sebagai contoh komunikasi intrapersonal ialah reaksi muka seseorang terhadap tingkahlaku orang lain.
Manakala komunikasi interpersonal adalah komunikasi yang melibatkan proses interaksi di antara dua orang samada dalam bentuk bersemuka atau dalam bentuk meditasi. Menurut Capstone (2001) komunikasi interpersonal wujud dalam empat perspektif iaitu komunikasi hubungan, komunikasi kontek, komunikasi kuantitatif dan komunikasi strategi. Dalam komunikasi hubungan, penghantar dan penerima maklumat bekerjasama serentak dalam membentuk kefahaman komunikasi. Manakala dalam komunikasi kontek perhubungan yang berlaku di antara dua orang berlaku dalam situasi yang tertentu. Dalam komunikasi kuantitatif pula wujud perhubungan yang akrab dalam proses komunikasi seterusnya dalam komunikasi strategi komunikasi wujud dalam proses untuk mencapai objektif interpersonal.
No comments:
Post a Comment
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.