HUBUNGI SAYA

HUBUNGI SAYA
STESEN BERKHIDMAT SEMASA

Pembaca Setia

11 February 2009

Dasar Kebudayaan Kebangsaan

Kebudayaan amat penting bagi individu atau masyarakat. Cara hidup sesuatu kumpulan manusia atau masyarakat itu tidak dapat difahami melainkan melalui kebudayaan. Kebudayaan dapat membezakan antara suatu masyarakat dengan masyarakat yang lain. Dalam konteks Malaysia, kebudayaan itu dilihat daripada aspek persamaan dan perbezaan cara hidup antara kita sebagai rakyat Malaysia yang kita panggil sebagai masyarakat Malaysia!" Apa yang dimaksudkan sebagai kebudayaan di sini menurut definisi sosiologi ialah cara hidup yang menjadi kepunyaan bersama!

Apabila Malaysia mencapai kemerdekaan daripada penjajah Inggeris kita mewarisi cara hidup zaman penjajah yang mengamalkan dasar "divide and rule". Masyarakat terbahagi kepada golongan atau ras dengan kebudayaan yang bercorak sukuan. Masya¬rakat kita ketika itu tidak mempunyai dasar-dasar kebudayaan yang pokok yang menjadi kepunyaan kita bersama.

Kesan daripada warisan zaman penjajahan itu menyebabkan rakyat Malaysia tidak mempunyai kejiwaan Malaysia. Warganegara yang berasal dari golongan imigran masih meletakkan taat setia dan berkiblat kepada negara asalnya. Oleh itu, wujud semacam benteng budaya (cultural barrier) antara golongan imigran dengan penduduk peribumi Malaysia.

Adalah diakui bahawa perbezaan keturunan atau ras tidak dapat dihapuskan, tetapi ciri-ciri kebudayaan yang pokok harus ditonjolkan supaya dapat menentukan corak keperibadian kebangsaan yang memperlihat identiti masyarakat Malaysia. Dengan cara yang demikian corak kebudayaan sukuan dapat diperkecilkan dan semangat (hal.199) kebangsaan Malaysia dapat diperkukuhkan demi untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang bersepadu.

Pembinaan sesuatu negara memerlukan penglibatan semua lapisan masyarakat yang menjadi rakyat negara itu. Pembinaan nega¬ra itu belum sempurna jika rakyat negara tersebut tidak meletakkan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada negara itu terutamanya apabila mempertahankan negara berkenaan daripada pencerobohan musuh. Untuk mencapai matlamat pembinaan negara maka rak¬yat negara itu harus mempunyai ciri-ciri persamaan dalam perkara pokok termasuk kejiwaannya. Tegasnya, Malaysia memerlukan suatu corak kebudayaan kebangsaan yang dapat memupuk sema-ngat kebangsaan Malaysia demi untuk mewujudkan perpaduan dan kestabilan di dalam negara.


Pembentukan Kebudayaan Kebangsaan


Perjuangan menuntut kemerdekaan telah diperjuangkan oleh penduduk negeri ini sejak zaman Portugis, Belanda hinggalah ke zaman Inggeris. Akhirnya pada tahun 1957 Malaysia telah mencapai ke¬merdekaan dan menjadi sebuah negara yang berdaulat. Sebagai se-buah negara bererti ia Malaysia mempunyai satu bangsa Malaysia hasil daripada permuafakatan antara penduduk peribumi dengan berbagai-bagai golongan imigran yang berhijrah ke negara ini.

Sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan permuafakatan te¬lah diadakan di antara rakyat negeri ini untuk mewujudkan suatu bentuk perlembagaan yang akan menjadi undang-undang yang tertinggi di negara ini. Hasil daripada persetujuan itu terguballah per¬lembagaan Malaysia. Walaupun perlembagaan Malaysia tidak menjelaskan tentang corak kebudayaan, namun kita mendapati beberapa garis kasar tentang corak kebudayaan negara

No comments:

Post a Comment

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...