“The review of the literature involves the systematic identification, location, and analysis of documents containing information related to the research problem” (Gay,Mills & Airasian, 2006)
Tinjauan literatur ataupun sorotan literatur merupakan ulasan maklumat yang diperolehi daripada jurnal, buku, dokumen (laporan, prosiding) dan penyelidikan-penyelidikan lepas (tesis) untuk sesuatu penyelidikan baru. Proses tinjaun ini adalah untuk mengenal pasti sama ada sesuatu penyelidikan yang dirancang telah dilaksanakan oleh penyelidik lain,
Tinjauan literatur adalah rumusan literaur yang ditulis bertujuan menerangkan maklumat dan penyelidikan semasa dan yang terdahulu. Tinjauan literatur disusun mengikut topik dan laporan sorotan mengikut tema atau kajian individu. Tinjauan literatur adalah dokumentasi yang diperlukan dalam proposal kajian di Bab 2.
Tinjauan literatur adalah rumusan literaur yang ditulis bertujuan menerangkan maklumat dan penyelidikan semasa dan yang terdahulu. Tinjauan literatur disusun mengikut topik dan laporan sorotan mengikut tema atau kajian individu. Tinjauan literatur adalah dokumentasi yang diperlukan dalam proposal kajian di Bab 2.
Tinjauan literatur.
- Memantapkan lagi kemahiran individu mencari maklumat dari pelbagai sumber.
- Membina ciri-ciri seorang penyelidik yang sentiasa mengikuti perkembangan bidang penyelidikan semasa.
- Membantu individu mempelajari bagaimana para penyelidik menulis dan mempersembahkan penyelidikan mereka.
- Mengenalpasti penyelidikan yang sesuai untuk dibandingkan dengan penyelidikan yg akan dijalankan.
- Penggunaan pengkalan data membantu meningkatkan kemahiran merancang dan menyusun bahan-bahan bacaan yang diperolehi dengan lebih cekap dan efektif.
Objektif Tinjauan Literatur :
- Membezakan apa yang telah dikaji daripada apa yang perlu dikaji.
- Menemui pemboleh ubah yg relevan dengan tajuk penyelidikan yg baharu.
- Menggabungkan bahagian-bahagian penulisan pelbagai bahan rujukan yang berasingan dan mendapat perspektif baru dalam topik yang sama,
- Menunjukkan hubungan antara idea dan amalan berkaitan penyelidikan yg hendak dijalankan.
- Mendapatkan maklumat untuk istilah baru yang diperlukan dalam penyelidikan yuang akan dijalankan.
- Memahami struktur latarbelakang subjek penyelidikan yang dijalankan.
- Menghubungkan idea dan teori dengan amalan berkaitan suatu topik penyelidikan.
- Mengenal pasti perkembangan penyelidikan yang telah dijalankan berkaitan dengan topik dan masalah penyelidikan yg akan dijalankan.
Fungsi / Kepentingan Tinjauan Literatur
- Mengenalpasti apa yang telah dikaji/ dilakukan
- Menyediakan maklumat yang diperlukan bagi membina rangka kerja logikal yang sesuai dengan topik dikaji
- Menyediakan rasional untuk hipotesis yang akan dikaji dan justifikasi kepada keperluan / signifikan kajian
- Mengenalpasti metodologi kajian yang sesuai digunakan
- Membantu untuk interpretasi hasil kajian.