Pembaca Setia

20 May 2012

Apakah Itu Penyelidikan Dalam Pendidikan?


Menjalankan penyelidikan bermaksud mencari maklumat lebih lanjut mengenai sesuatu perkara ,menyelami lebih lanjut, menjalankan kajian menyeluruh atau menyiasat dengan lebih mendalam.

“Penyelidikan didefinisikan sebagai penyiasatan yang penuh berhati-hati, mendalam, secara bijak dan meluas mengenai sesuatu perkara atau subjek spesifik, dengan bertujuan meningkatkan dan meluaskan ilmu pengetahuan sejagat.” (Manheim, 1997)

“Penyelidikan adalah aktiviti penyelesaian masalah yang membawa kepada pengetahuan dan penemuan baru dengan menggunakan kaedah mengenalpasti dan persoalan yang sedang digunapakai oleh sarjana-sarjana di dalam bidang tersebut.” (Helmstadter,1970)

“Penyelidikan adalah suatu penyiasatan atau ujikaji yang bertujuan menemukan dan menginterpretasikan fakta-fakta, mengulang semula teori yang diterima di dalam penemuan baru atau amalan penggunaan teori atau undang-undang dan peraturan baru atau yang digunapakai semula.” (Woolf, 1975)

Kamus Webster pula menyifatkan penyelidikan sebagai penyiasatan saintifik untuk membongkar fakta. Apakah yang dimaksudkan dengan penyiasatan saintifik? Penyiasatan saintifik merupakan kaedah dan cara berfikir sistematik, terkawal, dan empirikal yang bertujuan mengkaji hubung kaitan antara fenomena semulajadi yang boleh diperhatikan (Kerlinger, 1973).

Kesimpulannya, penyelidikan boleh ditakrifkan sebagai aktiviti yang teratur (sistematik) bagi mencari jawapan/makna kepada soalan-soalan khusus yang dikemukakan tentang sesuatu masalah yang hakikatnya sudah dikenal pasti.

Penyelidikan dalam pendidikan ialah aplikasi kaedah saintifik bagi mengkaji masalah pendidikan dengan tujuan untuk memahami, menerang, menjangka dan/atau mengawal fenomena pendidikan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...