Pembaca Setia

21 May 2012

Kajian Tinjauan

Apakah kajian tinjauan?

Kajian tinjauan atau biasa disebut kajian survey merupakan salah satu kaedah penyelidikan bukan berbentuk eksperimen yang paling popular digunakan dalam pelbagai bidang khususnya dalam bidang sains sosial.

Kajian tinjauan juga banyak digunakan dalam bidang pendidikan. Kajian tinjauan digunakan untuk mendapatkan maklumat daripada responden yang ramai iaitu ratusan ataupun ribuan responden (Marican, 2006).

Kajian tinjauan dijalankan ke atas sampel dalam sesuatu populasi. Sampel yang terpilih mestilah mempunyai ciri-ciri atau sifat-sifat populasi yang ingin dikaji supaya maklumat yang diperoleh melalui kajian berkenaan boleh memberi kenyataan dan gambaran umum tentang keseluruhan populasi yang dikaji. Justeru itu, salah satu tujuan menjalankan kajian tinjauan ialah untuk membuat kenyataan umum (generalization) tentang sesuatu populasi.


Ciri-ciri kajian tinjauan:

  1. Kajian menyeluruh mengenai sesuatu isu atau masalah,
  2. Kutipan data yang cepat,
  3. Penggunaan saiz sampel yang besar,
  4. Maklumat dipungut secara terus daripada responden dalam masa singkat dan
  5. Dapat membuat kenyataan umum untuk sesuatu populasi kajian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...