Sabah adalah sebuah negeri yang mempunyai budaya unik dan luas merangkumi tradisi.
Sompoton adalah sejenis alat muzik yang diperbuat daripada sumbiling (bambu) dan juga labu pahit.
Di negeri Sabah, alat muzik sompoton dimainkan oleh suku kaum Kadazan dusun. Pada suatu ketika dahulu, sompoton dimainkan di majlis keagamaan namun kini penggunaan alat muzik ini sudah diperluaskan di mana ia juga dimainkan di majlis perkahwinan dan juga keramaian. Sompoton boleh dimainkan secara individu dan juga secara berkumpulan bersama-sama alat muzik moden dan alat muzik bambu yang lain seperti bungkau dan marakas.
ASAL-USUL MUZIK SOMPOTON
Menyelusuri kisah asal-usul kewujudan alat muzik sompoton di negeri Sabah, didapati berlainan mengikut kawasan dan daerah masing-masing. Kisah yang akan diceritakan ini berasal dari Kampung Libang Nukakatan Garas di Daerah Tambunan.
Pada suatu ketikat dahulu dikampung ini terdapat sepasang suami isteri iaitu Gobou dan suaminya Lombohon. Pasangan ini dikurniakan dengan enam orang anak lelaki dan perempuan iaitu Monongkol, Suruk, Baranat,Ronom, Tuntuduk dan juga Tinaggal. Keluarga besar ini amat disenangi oleh penduduk kampung kerana sikap ramah dan kebaikan Gobou, walaupun beliau seorang yang bisu. Namun demikian, kebahagiaan keluarga ini tidak berpanjangan. Hubungan mereka semakin renggang lantaran kesibukan Lombohan mengerjakan sawah bendang (Tumoh) dan anak-anaknya pula sibuk menguruskan rumah tangga masing-masing. Keadaan ini menyebabkan ibu mereka Gobou merasa tersisih hingga beliau berubah sikap menjadi seorang yang pendiam dan murung. Lombohan yang menyedari keadaan ini cuba untuk memperbaiki keadaan isterinya namun tidak berjaya. Pada suatu hari sedang Lombohon berehat di sawah, tiba-tiba dia terdengar satu bunyi yang merdu dan bunyi tersebut kedengaran lagi buat beberapa kali apabila angin bertiup kencang. Lombohon cuba mencari arah bunyi tersebut dan akihirnya dia berjaya menemui puncanya iaitu dari sebatang bambu yang telah patah. Lombohon tertarik dengan bunyi yang dikeluarkan dari bambu itu lalu mencabutnya untuk dibawa pulang dan memacakkan batang bambu itu dihalaman rumahnya. Gobou yang sedang termenung di beranda meras terpegun di beranda merasa terpegun setelah mendengar kemerduan bunyi yang didengarinya. Tanpa disangka, Gobou yang selama ini bisu dengan tiba-tiba bertanya Lombohan dari mana datangnya bunyi itu. Lombohon merasa terkejut kerana isterinya sudah boleh bersuara dan merasa gembira kerana bambu itu membantu memulihkan isterinya. Semenjak kejadian itu, Gobou tidak lagi bisu dan kembali ceria. Hubungan kekeluargaan mereka juga semakin pulih. Akhirnya salah seorang daripada cucu Gobou yang bernama Sompot berjaya mencipta mencipta alat muzik berdasarkan alat muzik bambu yang dinamakan sompoton sempena nama Sompot dan setiap sumbiling.