HUBUNGI SAYA

HUBUNGI SAYA
STESEN BERKHIDMAT SEMASA

Pembaca Setia

11 March 2010

Dasar Penjajahan British dalam Bidang Pola Demografi di Malaysia

Pengenalan
Sebelum pertengahan abad ke-19, hampir semua penduduk Tanah Melayu adalah orang Melayu. Penghijrahan beramai-ramai orang Cina, India dan orang Indonesia membawa perubahan ketara dalam masyarakat Tanah Melayu.

Perubahan

1. Jumlah penduduk

Jumlah orang Melayu meningkat dari 500000 ke 3 juta dari tahun 1870-1921. Pertambahan ini disebabkan penghijrahan orang Indonesia ke Tanah Melayu. Namun,apabila berlakunya kemasukan imigran Cina dan India, kaum Melayu tidak lagi menjadi kaum terbesar. Dianggarkan menjelang 1921, jumlah kaum Melayu melebihi sedikit daripada jumlah kaum bukan Melayu.

2. Jenis penduduk

Penduduk Melayu merupakan penduduk tetap dan peribumi. Tiada permusuhan berlaku di kalangan bangsa Melayu. Apabila berlakunya kemasukan imigran, hampir setengah daripada penduduk Tanah Melayu adalah penduduk tidak tetap.Ia bergantung kepada keadaan sosio-ekonomi Tanah Melayu. Kebanyakan mereka datang untuk berniaga dan setelah beberapa ketika berada di Tanah Melayu,mereka akan kembali ke negara asal mereka.

3. Nisbah jantina

Penduduk Melayu khususnya pada abad ke-19 mempunyai nisbah jantina yang seimbang. Bagi kaum Cina dan India, kaum lelaki melebihi kaum wanita.

4.Pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi dan corak petempatan masyarakat

Orang Melayu umumnya tinggal di kawasan lembah sungai dan kawasan pertanian. Mereka mengamalkan kegiatan ekonomi sara diri seperti pertanian dan memungut hasil hutan. Kegiatan ekonomi berkait rapat dengan petempatan mereka. Orang Cina pula merupakan penduduk bandar. Kebanyakan mereka menetap di bandar-bandar perlombongan seperti Ipoh, Kuala Lumpur dan Taiping. Mereka banyak terlibat dengan kegiatan perlombongan,pertukangan mahir dan perdagangan. Namun,ada sebilangan mereka terlibat dalam bidang pertanian seperti lada hitam, gambir dan tebu. Orang India pula kebanyakannya menetap di kawasan ladang getah dan kelapa sawit. Terdapat juga orang India yang menetap di bandar besar seperti Ipoh, Kuala Lumpur dan Klang. Sebahagian mereka bekerja membina jalan raya, jalan kereta api dan sebagai buruh di pelabuhan. Mulai tahun 1920-an terdapat orang Sikh yang terlibat dalam bidang perniagaan dan profesional.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...