HUBUNGI SAYA

HUBUNGI SAYA
STESEN BERKHIDMAT SEMASA

Pembaca Setia

11 March 2010

DASAR PENDIDIKAN TAMADUN CHINA

Sejak awal lagi, kerajaan China bertanggungjawab untuk menyediakan keperluan untuk pendidikan. Pada zaman Konfucius,terdapat sekolah-sekolah di kampung kecil (hamlet), kampung( village) dan negeri-negeri feudal. Tujuan pendidikan: lulus dalam peperiksaan.

Sistem yang digunakan sebelum kemunculan sekolah-sekolah moden ini menyediakan pelajar-pelajar untuk tiga peringkat ijazah akademik dan tiga tahap peperiksaan. Sebelum pelajar menduduki peperiksaan untuk ijazah pertama, dia perlu mengambil peperiksaan kelayakan di daerahnya sendiri. Selepas lulus peperiksaan ini, pelajar tersebut akan bersedia untuk peperiksaan rasmi pertama di bandar utama. Jika dia lulus peperiksaan ini dia akan menerima ijazah pertama,Hsiu Tsai. Tahap persaingan kedua ialah peperiksaan di peringkat ibu kota provinsi yang dibuka kepada mereka yang telah memperoleh ijazah pertama. Calon-calon yang berjaya akan dianugerahkan Ijazah Chun-Jen. Peperiksaan peringkat ketiga iaitu yang paling tinggi diadakan di ibu kota empayar melalui peperiksaan istana dengan kehadiran maharaja. Ijazah yang paling tinggi yang diberikan dalam peperiksaan ini dikenali sebagai Chin Shih. Penghormatan diberikan kepada tiga ahli akademik dan yang memperoleh penghormatan paling tinggi diberi gelaran Chuang Yuan dan diiktiraf sebagai ahli akademik terkemuka negara. Individu-individu lain yang memperoleh kedudukan yang hampir sama dengan Chin Shih dilantik sebagai ahli-ahli akademik Han lin,sebuah majlis ahli-ahli akademik terkemuka yang disokong oleh kerajaan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...