Pembaca Setia

08 October 2010

Nota UAK BM - Ringkasan 1

Strategi
  • Strategi direktif – tentang sesuatu konsep atau kemahiran
  • Strategi pemerhatian – terhadap fenomena alam atau perbuatan dan tingkah laku orang lain
  • Strategi mediatif – contohnya ialah perbincangan terbuka, latihan inkuiri penemuan dan pembentukan konsep
  • Strategi generatif – menjana idea yang kritis dan kreatif
  • Strategi konteks luaran – contoh : seminar, bengkel dan kerja projek
  • Strategi metakognitif – pembelajaran kendiri
  • Strategi kolaboratif – bekerja dalam satu kumpulan

Pendekatan
Kamus Dewan (1998) – pendekatan sebagai cara atau langkah-langkah bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas.

Pendekatan pengajaran bahasa:
  • Pendekatan empirisis
  • Pendekatan rasionalis (mentalis)
  • Pendekatan komunikatif

Pendekatan empirisis

Pandangan utama teori ini:
  • Bahasa ialah pertuturan bukan tulisan
  • Bahasa itu merupakan perlakuan atau kebiasaan
  • Bahasa perlu diajar dan bukan untuk sebaliknya
  • Bahasa ialah apa yang dituturkan oleh penutur jatinya
  • Bahasa berbeza antara satu sama lain

Pendekatan rasionalis

Pandangan utama teori ini:

  • Bahasa yang hidup ialah bahasa yang berkembang menurut rumus-rumus yang terkawal
  • Bahasa dikawal oleh rumus-rumus tatabahasa
  • Manusia mempunyai kebolehan semula jadi untuk mempelajari pelbagai bahasa
  • Bahasa yang hidup ialah bahasa ynag kita boleh gunakan untuk berfikir

Pendekatan komunikatif
Berdasarkan teori fungsi bahasa ( M.A. K Halliday)

Prinsip –prinsip pendekatan komunikatif:

  • Semua latihan dan aktiviti bahasa hendaklah bersesuai dengan umur, pengalaman, latar belakang, minat dan keperluan pelajar
  • Semua latihan dan aktiviti bahasa hendaklah bercorak realistik dan pragmatik
  • Bahasa sebagai alat komunikasi
  • Pelajarnya perlu dilibatkan secara aktif iaitu wujudnya komunikasi dua hala
  • Guru haruslah kreatif dan hendaklah sentiasa mencuba hidupkan situasi pembelajaran
  • Aspek tatabahasa sangat penting dan tidak boleh diabaikan
  • Dalam sesuatu aktiviti bahasa, guru bertindak sebagai pengawas, penasihat atau pemerhati sahaja di mana penglibatan guru amat minimum

Kaedah
Cara yang digunakan dalam sesuatu proses pengajaran

Kaedah tubi
  • Melibatkan latih tubi seperti menyebut perkataan, frasa, klausa dan ayat
Kaedah terjemahan
  • Kaedah dwibahasa atau tradisi : guru guna bahasa ibunda untuk mengajar bahasa
Kaedah terus
  • Prinsip 1: bahasa ibunda murid tidka digunakan dlaam mempelajari bahasa sasaran
  • Prinsip 2 : kemahiran lisan dianggap penting pada peringkat awal pengajaran
  • Prinsip 3 : murid-murid disuruh membaca apa yang mereka telah tulis
  • Prinsip 4 : kata nama diberi keutamaan dalam mengembangkan bahasa murid-murid

Kaedah dengar dan sebut
  • P&P dijalankan secara lisan terlebih dahulu diikuti dengan aktiviti menulis dan membaca
  • Guru peka terhadap gangguan bahasa ibunda
  • Untuk atasi guru adakan latihan tubi
  • Guru mengadakan aktiviti bahasa yang sebenar
  • Penggunaan bahasa yang betul diajar melalui latihan dan pengukuhan

Kaedah bersiri
  • Menggunakan bahan, item dan bahasa yang bersiri
  • Tidak ada buku teks atau buku-buku lain
  • Kaedah tatabahasa
  • Mementingkan pengajaran tentang aspek tatabahasa secara formal

Kaedah tentera
  • Guru merupakan penutur jati dalam bahasa sasaran
  • Menggunakan pendengaran diikuti dengan latih tubi menyebut
  • Dijalankan secara kumpulan
  • Sesi soal jawab adalah teknik yang penting
  • Semasa murid berlatih menyoal dan menyoal, guru bertindak sebagai pemerhati

Kaedah induktif
Contoh->hukum (generalisasi)
Konkrit ->abstrak

Kedah deduktif
Hukum (generalisasi)->contoh
Abstrak ->konkrit

Kaedah eklektik
Contoh->generalisasi -> contoh
Generalisasi -> contoh-> generalisasi


Kaedah gabung jalin
Kemahiran bahasa -> aspek bahasa
Aspek bahasa ->kemahiran bahasa
Kemahiran bahasa ->bidang kognitif / afektif


Teknik
Cara yang lebih khusus atau spesifik yang digunakan untuk menggunakan sesuatu kemahiran.

  • Teknik imlak – untuk melatih atau menguji kemahiran mendengar
  • Teknik kloz – melatih kecekapan membaca secara senyap
  • Teknik bacaan nyaring – untuk mengesan, menganalisis kesilapan kiu dalam bacaan
  • Teknik bercerita – menggunakan cerita untuk sesuatu kepada murid
  • Teknik drama – berlakon menggunakan skrip lakonan yang mudah atau pendek
  • Teknik korus – mengajar murid menyebut sesuatu secara beramai-ramai dalam kelas
  • Teknik perbualan – mengajar murid berbual secara sosial
  • Teknik dialog – melatih kemahiran bertutur
  • Teknik simulasi – dikenali main peranan dimana guru wujudkan situasi dan murid menghidupkan situasi tersebut
  • Teknik perbincangan – mencari dan menyusun isi karangan
  • Teknik perbahasan – murid dikehendaki berbahas tentang sesuatu tajuk atau isu
  • Teknik menyoal secara objektif – solana dalam bentuk aneka pilihan atau dwipilihan
  • Teknik menyoal secara terbuka – murid bebas menjawab soalan dengan gaya dan cara sendiri
  • Teknik mengarang secara terkawal – isi ditentukan oleh guru
  • Teknik mengarang secara terpimpin - Isi dan rangka dihasilkan oleh murid
  • Teknik mengarang secara bebas - Murid menulis dan mengarang tanpa diberikan panduan rangka dan isi
  • Teknik kuiz – murid disoal guru secara lisan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...