HUBUNGI SAYA

HUBUNGI SAYA
STESEN BERKHIDMAT SEMASA

Pembaca Setia

05 January 2011

Konsep Kemahiran Teori Mendengar

Definisi
Kemahiran mendengar ialah keupayaan murid mendengar dengan teliti, memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi serta dapat memberi maklum balas.

Kepentingan
Tanpa kemahiran mendengar yang baik, sukar bagi murid menguasai kemahiran berbahasa yang lain.

Kemahiran mendengar melibatkan kemahiran menerima maklumat secara lisan.











Halangan

Terdapat beberapa halangan yang mengganggu penguasaan kemahiran mendengar iaitu:

  1. Gangguan fizikal murid.
  2. Jantina - kanak-kanak perempuan lebih cepat menguasai kemahiran mendengar berbanding kanak-kanak lelaki.
  3. Status sosioekonomi - Kanak-kanak yang berada dalam lingkungan persekitaran sosioekonomi yang baik lebih terdedah dengan pelbagai kemudahan yang membantu mereka untuk menguasai kemahiran mendengar dengan lebih pantas begitu juga sebaliknya.
  4. Gangguan bunyi.
  5. Masalah mental.
  6. Keliru dalam membezakan bunyi.
  7. Kelemahan dalam memahami apa yang didengar.

Prinsip-prinsip umum kemahiran berbahasa (mendengar):

  1. Guna bahasa standard - yang ditutur oleh penutur asli.
  2. Haruslah berdasarkan pengajaran lisan - komunikasi dua hala anda guru dan murid. (speaker and listener).
  3. Mesti mengikut susunan iaitu bermula dengan mendengar, bertutur, membaca dan menulis.

Mengapa prinsip-prinsip ini disusun sedemikian?

Prinsip-prinsip ini disusun sedemikian kerana ia sesuai dengan sifat semulajadi. Mengikut kajian yang telah dijalankan oleh pakar perkembangan kanak-kanak, hasil menunjukkan bahawa antara deria yang terawal yang berfungsi ialah pendengaran.

Selain itu, Firman Allah dalam ayat 78 surah An-Nahlu yang bermaksud : Dan Allah mengeluarkan kamu daripada perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati agar kamu bersyukur.

Berdasarkan kepada ayat diatas, ternyata Allah SWT mengurniakan pendengaran terlebih dahulu sebelum penglihatan.

Proses P&P juga haruslah berasaskan dari yang mudah kepada yang susah. Pendek kata, lisan mendahului tulisan.


Apa yang guru boleh laksanakan untuk aktiviti kemahiran mendengar?

  • Memberi latihan mendengar dan memahami percakapan.
  • Berikan latihan mendengar latihan, perintah atau suruhan.
  • Mendengar rakaman dan radio.
  • Aktiviti membaca bunyi.
  • Aktiviti mengenal bunyi-bunyi.
  • Main bunyi.
  • Latihan mendengar dan memahami bacaan.

Peringkat-peringkat kemahiran mendengar.
Peringkat-peringkat kemahiran mendengar terbahagi kepada 3 iaitu peringkat awal, pertengahan dan maju.

Awal

  • Mengecam, mengajuk dan memilih bunyi.
  • Mendengar, mengecam makna perkataan, rangkai kata, frasa dan ayat.
  • Menjawab soalan-soalan yang mudah

Pertengahan

  • Mengecam dan mengingat fakta.
  • Mengenal informasi spesifik.
  • Mengesan urutan.
  • Proses mengenal sebab dan akibat.
  • Mengenal perhubungan orang-orang yang berinteraki.
  • Mengenal sikap dan perasaan orang yang sedang bercakap.

Maju

  • Mengenal isi-isi penting.
  • Mengenal peranan dan perhubungan.
  • Mentafsir.
  • Mencari jalan menyelesaikan masalah.
  • Mengikut aliran dalam dialog.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...