Pembaca Setia

10 November 2010

Review Soalan Esei PSS 3111 10 Nov 2010

Untuk rujukan adik-adik junior major Kajian Sosial yang akan melangkah masuk ke Semester 4PISMP nanti. Di sini ada beberapa perkongsian.

Soalan esei PSS 3111 hari ini (10.11.2010) antaranya ditanyakan tentang:
  1. Rancang satu aktiviti pembelajaran luar bilik darjah mengikut perancangan sebelum, semasa dan selepas aktiviti.
  2. xingat...tp pengajaran mikro.
  3. Bina satu Rancangan Pengajaran Harian berdasarkan tajuk Gaya Hidup Sihat dibawah tema Sedia Menghadapi Cabaran.

Tips:
  • Untuk soalan 1 - adik-adik kena tahu konsep Perancangan, Kerja Amali, Refleksi, Penyediaan portfolio dan Penilaian. (Ada di dalam huraian sukatan pelajaran di bawah point Projek Kewarganegaraan).
  • Bagi soalan 3 - adik-adik kena tahu tema yang diberi adalah untuk tahun berapa dan apa hasil pembelajaran yang diinginkan. Dalam penyediaan Rancangan Pengajaran Harian, adik-adik perlu pastikan susunan komponen seperti matapelajaran, tarikh, masa, tahun dan lain-lain berada dalam susunan yang teratur mengikut keutamaan.
Difficulty: **** 4 star

p/s:
  • admin baru selesai menjawab kertas ini.
  • jangan terlalu tumpu kepada soalan spot.
  • baca nota lagi selamat :)

SEMOGA BERJAYA!

PSS 3111 THEORY OF CONSTRAINTS FOR EDUCATION (TOCFE) DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEJARAH


1. Pengenalan
Theory of Constraints (TOC) adalah salah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang inovatif daripada perspektif guru dan murid. Teknik ini dapat “menghidupkan” pengajaran dan pembelajaran sejarah sekaligus meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran ini.

2.Apakah TOC?
TOC adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran kemahiran berfikir dan penyelesaian masalah berdasar pemikiran yang logik dan sistematik. Teknik ini adalah sebagai satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid.

3. Kelebihan TOC
Menerusi perlaksanaan teknik TOC dalam pengajaran dan pembelajaran, murid dan guru berupaya;
• mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran.
• menyelesaikan masalah dengan berkesan.
• membuat keputusan secara bertanggungjawab dan bersama.
• berkomunikasi dengan baik dan
• memperoleh pembelajaran sepanjang hayat.

Melalui aplikasi teknik TOC, tiga kemahiran dapat digabungjalinkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran iaitu;
• kemahiran berfikir secara kritis
• kemahiran berfikir secara kreatif
• kemahiran generik

4. Aplikasi TOC dalam pendidikan
Dalam pendidikan, teknik TOC boleh diaplikasikan menerusi;
• kandungan kurikulum.
• pengajaran dan pembelajaran konsep.
• membuat keputusan berkaitan dengan permasalahan pembelajaran.
• perancangan strategik untuk mencapai matlamat.

Cadangan kaedah penggunaan teknik TOC dalam pendidikan adalah sebagaimana berikut;

• sesi bercerita ( pemahaman konflik dan cara watak membuat keputusan).
• kajian kes ( modifikasi kelakuan dan tingkah laku, pembelajaran nilai murni dan kerohanian).
• Kandungan Huraian Sukatan Pelajaran ( kemahiran berfikir dan perancangan strategik).

5. Teknik dalam TOC
Dalam pendidikan terutamanya pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah, terdapat tiga teknik TOC yang boleh diaplikasikan iaitu;

• Teknik Awan ( The Cloud )
• Teknik Sebab dan Akibat ( Logic Branch )
• Teknik Penyelesaian Masalah ( Problem Solving )

5.1 Teknik Awan ( The Cloud )

Teknik ini memikirkan tentang sesuatu kejadian, idea, situasi dan penyelesaian konflik yang bertentangan kehendak. Konflik yang hendak diselesaikan mungkin berbentuk konflik internal yang hanya melibatkan satu pihak sahaja atau konflik eksternal yang melibatkan dua pihak.

5.2 Teknik Sebab dan Akibat (Logic Branch)

Teknik ini menerangkan bagaimana sesuatu tingkah laku, idea atau kejadian mengakibatkan kesan-kesan berikutnya. Murid mampu menerangkan urutan perkara-perkara penting dengan cara hubungan yang logik. Murid juga mampu mengenalpasti hubungan sebab dan akibat dengan cara yang berfokus menerusi permulaan tindakan yang berentet-rentet.

5.3 Teknik Penyelesaian Masalah (Problem Solving)

Teknik penyelesaian masalah adalah satu teknik pengajaran yang bertujuan untuk memberi peluang dan ruang kepada pelajar lebih produktif dan bertukar pandangan dalam usaha untuk menyelesaikan persoalan yang dikemukakan kepada mereka. Teknik ini boleh digunakan bagi merancang langkah-langkah dengan sistematik secara kolaboratif untuk menghadapi dan mengatasi cabaran ke arah pencapaian matlamat yang telah ditetapkan.

6. Aplikasi TOC dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah

6.1 Teknik Awan
i. Berpandukan teks, pelajar terlebih dahulu mengenalpasti konflik yang wujud.
ii. Kenalpasti keperluan yang berdasarkan kehendak yang mencetuskan konflik.
iii. Murid mempertimbangkan anggapan tertentu.
iv. Kenal pasti pula matlamat bersama.
v. Murid akan mencari penyelesaian ‘win-win’ ke arah tercapainya matlamat bersama.

6.2 Teknik Penyelesaian Masalah
i. Murid mengenal pasti matlamat yang hendak dicapai dengan berpandukan kepada teks yang dikemukakan.
ii. Murid mengenal pasti pula cabaran-cabaran yang menghalang pencapaian matlamat.
iii. Kemudian murid mencari langkah-langkah untuk mengatasi cabaran supaya matlamat dapat dicapai.

7. Kesimpulan

Menerusi kaedah TOC pelajar dapat menguasai dan mengaplikasikan kemahiran berfikir dan penyelasaian masalah berdasarkan pemikiran yang logik dan sistematik. Di samping itu setiap keputusan yang dibuat oleh murid untuk menyelesaikan sesuatu masalah adalah dibuat dengan bertanggungjawab dan secara kolektif. Menerusi kaedah TOC juga, murid mampu berkomunikasi dengan baik .



REVIEW PSS 3111 - 'Study Kilat'


CIRI-CIRI PEMBELAJARAN BERPUSATKAN MURID

• Memberi tumpuan kepada perkembangan pembelajaran (murid sebagai individu).
• Memberi pilihan kepada murid untuk menentukan gaya pembelajaran.
• Mewujudkan kolaborasi (membina pengetahuan), terlibat dalam penilaian secara berterusan.
• Sikap guru sebagai pembimbing.
• Murid bertanggungjawab terhadap pembelajarannya.
• Menggunakan sekolah, rumah dan komuniti sebagai resosnya.

CIRI-CIRI PEMBELAJARAN BERPUSATKAN GURU

• Objektif ditentukan oleh guru.
• Tugasan ditentukan oleh guru.
• Sumber pembelajaran ditentukan oleh guru.

PRINSIP MENJALANKAN TEKNIK PENYOALAN

• Soalan-soalan yang ingin dikemukakan hendaklah dirancang terlebih dahulu.
• Soalan mestilah sesuai dengan murid (elakkan soalan sensitif - peribadi).
• Aras soalan tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah.
• Perkataan dan istilah yang digunakan mestilah boleh difahami murid.
• Beri peluang untuk murid fikirkan jawapan.
• Kemukakan soalan ke seluruh kelas. Elakkan kemukakan soalan kepada individu.
• Bentuk soalan perlu berubah-ubah – Menjadikan P&P lebih menarik.
• Pastikan soalan yang dibaca dapat didengar oleh semua.
• Soalan perlu ringkas dan tepat.
• Pastikan tiada jawapan dalam soalan yang dikemukakan.

KESAN PENGGUNAAN TEKNIK PENYOALAN SEMASA P & P DALAM BILIK DARJAH

• Menguji kefahaman dan pengetahuan murid.
• Memperkembang daya pemikiran murid-murid.
• Melibatkan murid secara aktif dalam P&P.
• P&P akan menjadi lebih bermakna.
• Menarik perhatian
• Membimbing pelajar menggunakan kaedah inkuiri.

TEORI PEMBELAJARAN YANG BOLEH DIKAITKAN DENGAN PEMBELAJARAN KETIKA MEMBINA RANCANGAN PERSEDIAAN MENGAJAR

• Behaviourisme
• Kognitivisme
• Humanisme
• Konstruktivisme

KEPENTINGAN MEMBINA RANCANGAN PERSEDIAAN MENGAJAR SEBELUM MEMULAKAN PENGAJARAN DALAM BILIK DARJAH

• Pengajaran guru menepati kehendak sukatan pelajaran
• Pemilihan pendekatan, kaedah dan teknik sesuai dengan objektif pembelajaran.
• Dapat mengenalpasti kaedah pentaksiran/penilaian yang sesuai untuk mengukur pencapaian objektif P&P.
• Memastikan penggunaan masa – ruang ditahap optimum.

CARA-CARA MENJALANKAN TEKNIK BERCERITA SELAIN DARIPADA KAEDAH GURU BERCERITA

• Murid-murid mendengar pita rakaman
• Menonton sambil mendengar cerita
• Boneka
• Lakonan sambil memakai topeng

PRINSIP YANG PERLU DIKUASAI OLEH GURU DALAM KAEDAH BERCERITA

• Pilih cerita yang sesuai dengan objektif.
• Hafal cerita dan isi penting
• Sediakan ABM
• Ekspresi wajah
• Pandang muka murid-murid semasa bercerita
• Suara lantang
• Penggunaan kad-kad perkataan dan gambar
• Mengemukakan soalan
• Menggunakan ayat mudah.
• Merancang aktiviti susulan.

CIRI-CIRI ATAU ELEMEN KECERDASAN PELBAGAI YANG TERDAPAT DALAM TEORI KECERDASAN PELBAGAI

Kecerdasan pelbagai (Komponen) :
• Verbal linguistic
• Kinestatik
• Muzik
• Visual ruang
• Logik matematik
• Naturalis
• Interpersonal
• Intrapersoanal

Kecerdasan pelbagai (Ciri-ciri)
• Manusia ada 8 kecerdasan
• Boleh dipelajari, dididik dan ditingkatkan
• Boleh diransang
• Boleh dipindahkan
• Tidak berkembang seiring
• Tidak boleh dinilai berasingan
• Satu atau dua kecerdasan boleh berkembang sepenuhnya

KEPENTINGAN TEORI KECERDASAN PELBAGAI DIJALANKAN SEMASA P & P DALAM BILIK DARJAH

• Dapat memperkembangkan kecerdasan dengan menyeluruh.
• Mencungkil potensi murid – meningkatkan kecerdasan pelbagai seseorang.
• Meningkatkan motivasi, harga diri
• Menggalakkan inovasi dalam P&P
• Menggalakkan kolaboratif
• Mempelbagaikan cara penilaian.

PRINSIP-PRINSIP DALAM PENGGUNAAN PAPAN TULIS YANG BERKESAN.

• Susunan yang jelas dan menarik.
• Lukisan gambar rajah yang menarik.
• Jelas, kemas dan dapat dilihat oelh semua.
• Penggunaan kapur warna.
• Memberi peluang kepada murid untuk menulis, melukis carta dan menulis jawapan di papan tulis.
• Penggunaan boleh disesuaikan dengan aktiviti P&P

KESAN-KESAN POSITIF PENGGUNAAN PAPAN TULIS SEMASA P & P DALAM BILIK DARJAH.

• Menjelaskan idea, konsep, fakta yang abstrak.
• Menarik perhatian
• Dapat menunjukkan demonstrasi, langkah-langkah penyelesaian masalah.
• Memberi peluang murid mencatat nota.
• Mempelbagaikan aktiviti P&P
• Semua murid di dalam kelas dapat melihat papan tulis dan member tumpuan.

PRINSIP-PRINSIP KEMAHIRAN VARISI RANSANGAN YANG BERKESAN DALAM BILIK DARJAH

• Perubahan kaedah dan teknik penyampaian guru harus dikaitkan dengan isi pelajaran.
• Perubahan aktiviti perlulah lancar.
• Penggunaan BBM untuk mempelbagaikan pengalihan deria.
• Setiap langkah perlu mempunyai aktiviti yang berbeza.
• Mengubah ransangan berdasarkan maklum balas murid


KESAN DARIPADA TEKNIK VARIASI RANSANGAN APABILA DIAPLIKASIKAN DALAM BILIK DARJAH

• Memusatkan perhatian murid-murid
• Mengekalkan minat murid terhadap pengajaran guru.
• Melibatkan murid secara aktif
• Menggunakan pelbagai saluran deria.
• Meransang naluri ingin tahu
• P&P menjadi menarik dan bermakna.

09 November 2010

Update : PSS 3108

Untuk rujukan adik-adik junior major Kajian Sosial yang akan melangkah masuk ke Semester 4PISMP nanti. Di sini ada beberapa perkongsian.

Soalan esei PSS 3108 hari ini (9.11.2010) antaranya ditanyakan tentang:

1. Huraikan kelebihan guru menjalankan projek amali luar bilik darjah.
2. Perkaitan perspektif Ilmu Kajian Tempatan dengan masyarakat pembentukan watak individu.
3. Huraikan bagaimana Tema yang terkandung di dalam matapelajaran PSK mampu melahirkan masyarakat yang bla2...bla2.. (tak ingat sebab tak jawab soalan ni).

p/s: Admin baru selesai menjawab soalan PSS 3108. Tak sempat ingat semua soalan. Harap dapat membantu untuk rujukan di kemudian hari.

Tips:
  • Adik-adik kena banyak study tentang huraian sukatan pelajaran.
  • Faham tema dan hasil pembelajarannya.
  • Faham perbezaan PSK dan KT (Agak mengelirukan).
Difficulty: **** (4 stars)

REVIEW PSS 3108 Pengajian Sosial Sekolah Rendah

Matlamat utama mata pelajaran Kajian Tempatan di sekolah rendah

i.setia pada negara
ii.cinta pada tanah air
iii.prihatin
iv.interaksi secara berkesan
v.bangga sebagai rakyat malaysia

Matlamat Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan diamalkan di peringkat sekolah

I.kesedaran tentang peranan murid
ii.hak dan tanggungjawab murid dalam masyarakat
iii.warganegara yang bersatu padu
iv.patriotik
v.kesejahteraan masyarakat

Objektif dalam Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan merangkumi beberapa nilai:

i.Mempunyai keyakinan terhadap kebolehan diri
ii.menghargai sumbangan ibubapa dan anggota keluarga
iii.menghormati pemimpin dan menghargai jasa mereka
iv.Menyayangi alam sekitar
v.Menunjukkan semangat kekitaan
vi.menghormati kaum dan budaya lain
vii.menunjukkan perasaan bangga dan cinta akan negara

Huraian sukatan Pelajaran Kajian Tempatan dipersembahkan dalam empat lajur iaitu

i.Topik/subTopik
ii.Hasil Pembelaajaran
iii.unsur Patritisme
iv.Contoh/ cadangan aktiviti

Contoh Tema utama dalam Sukatan Pelajaran Kajian Tempatan Tahun 6

i.Kejayaan dan Kebanggaan Negara
ii.Pembinaan Bangsa Dan Negara
iii.Ekonomi negara
iv.Sumber negara

Tiga objektif utama Huraian Sukatan Pelajaran Kajian Tempatan

i.mentafsir dan memahami sukatan dengan tepat
ii.mengetahui skop, ruang litup dan bidang kajian mata pelajaran ini
iii.menentukan objektif am, objektif khusus dan hasil pembelajaran untuk merancang pelajaran
iv.menyediakan rancangan pelajaran yang sistematis
v.melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan

Dua tema utama Tahun 5 sukatan pelajaran Sivik Dan Kewarganegaraan

i. Hidup bersama di sekolah dan masyarakat
ii. Kenali budaya Malaysia

Falsafah Pendidikan Kebangsaan mempunyai perkaitan dengan mata pelajaran Sivik Dan Kewarganegaraan. Contoh perkaitan tersebut ialah:

i.Kepercayaan dan Kepatuhan Kepada Tuhan
ii.Melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan
iii.berketerampilan
iv.berakhlak mulia
v.bertanggungjawab
vi.berkeupayaan
viisumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran

Tema “Sayangi Diri” sukatan pelajaran Sivik Dan Kewarganegaraan Tahun 4 mempunyai lima hasil pembelajaran utama . Nyatakan tiga hasil pembelajaran utama tersebut.

i.Menyenaraikan tingkah laku yang mulia
ii.Mengurus diri secara bertanggungjawab
iii.Mengamalkan gaya hidup sihat
iv.keyakinan dan keupayaan mengembangkan potensi diri
v.Berdisiplin dan mempunyai integriti diri

Sesuatu Projek kewarganegaraan yang hendak dijalankan mestilah dilaksanakan dengan teliti. Nyatakan senarai keperluan bagi menjayakan sesuatu projek.

i.Perancangan
ii.Kerja amali
iii.Refleksi
iv.Penyediaan portfolio
v.Penghargaan

Matlamat utama pelaksanaan sesuatu projek kewarganegaraan di sekolah

i. Mengaplikasikan pengetahuan ,kemahiran dan nilai sivik kewarganegaraan diluar bilik darjah
ii.Memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara
iii.Menjadi warganegara yang patriotik ,prihatin dan bertanggungjawab terhadap masyarakat dan negara

Lima contoh projek pembelajaran khidmat sosial dalam projek kewarganegaraan

(i)Projek bendera Sekolah/Negaraku/Jalur Gemilang
(ii)Projek menghargai tokoh-tokoh kebanggaan negara
(iii)Kempen Sifar ponteng
(iv)Kempen anti merokok
(v)Stesen radio sekolah



06 November 2010

Kita kena tahu! Terdapat 10 macam kekejaman.

Sufyan Ats Tsauri berkata : Terdapat 10 macam kekejaman. Iaitu :

  1. Seorang yang berdoa untuk dirinya sendiri, dan tidak mendoakan untuk anak-anaknya dan kaum mukmin.
  2. Seorang yang pandai membaca Al Quran, tetapi setiap harinya tidak membaca seratus ayat.
  3. Seorang yang masuk masjid lalu keluar dan tidak solat dua rakaat.
  4. Seorang yang berjalan melalui kuburan kemudian tidak memberi salam dan mendoakan ahli kubur.
  5. Seorang yang sampai di suatu kota pada hari Jumaat kemudian tidak solat jemaah.
  6. Seorang yang di daerahnya didatangi oleh seorang alim, tiba-tiba tidak mahu belajar apa-apa daripadanya.
  7. Dua orang yang bertemu di perjalanan dan masing-masing tidak menanyakan nama kawannya itu.
  8. Seorang diundang pada jamuan tiba-tiba tidak datang.
  9. Pemuda yang tidak ada kerja dan tidak mahu belajar ilmu dan kesopanan.
  10. Seorang yang kenyang sedang dia tahu bahawa tetangganya lapar, tetapi tidak diberi dari makannya itu.

Renung-renungkan. Apakah anda termasuk dalam 10 kekejaman ini? Masa untuk perbetul diri!


credit to: MIMI IPTB
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...