Pembaca Setia

02 November 2009

PETEMPATAN

DEFINISI PETEMPATAN

Petempatan ialah tempat kediaman manusia yang mempunyai penghuni dan persekitaran semulajadi atau buatan manusia.

Petempatan kekal ialah pekan dan kampung.

Petempatan separuh kekal ialah seperti kem pembalakan, bangsal syarikat pembinaan, khemah pasukan tentera dan perkampungan Orang Asli.


MALAYSIA

Di Malaysia, pekan ialah petempatan yang mempunyai anggaran penduduk di antara 1000 hingga 10 000 orang manakala kampung mempunyai penduduk kurang daripada 1000 orang.


JENIS PETEMPATAN – LUAR BANDAR


Kaitan antara penduduk dengan alam sekitar yang rapat dan nyata.
Berasaskan aktiviti pertanian.
Saiz masyarakat yang kecil.
Taburan penduduk yang berselerak di kawasan yang luas.
Kepadatan penduduk yang rendah.
Sifat sosioekonomi dan demografi kependudukannya hampir seragam.
Mobiliti penduduk adalah kurang dan lambat.


JENIS PETEMPATAN - BANDAR

Mempunyai alam persekitaran semulajadi yang telah diubah.
Saiz masyarakat yang besar.
Kepadatan penduduk yang tinggi.
Kawasan petempatan yang terhad.
Sifat-sifat utama petempatan yang kompleks.
Aktiviti utama bukan berasaskan pertanian.
Mobiliti penduduknya lebih mudah dan pantas kerana kemudahan sistem pengangkutan.


HIERARKI PETEMPATAN

Hierarki petempatan daripada yang paling kecil hinggalah kepada yang terbesar adalah seperti adalah seperti berikut:

Hamlet
Kampung
Pekan
Bandar
Bandaraya
Metropolis
Megapolis
Ecumenopolis.


BAHAGIAN-BAHAGIAN PETEMPATAN

Terdapat empat bahagian asas petempatan iaitu:
a. Bahagian Pusat
b. Bahagian yang Seragam
c. Bahagian Persekitaran
d. Bahagian Khas


BAHAGIAN PUSAT

Menjadi tumpuan petempatan dan mempunyai unit-unit penting deretan kedai, rumah ketua kampung, balai polis, sekolah dan rumah-rumah awam.
Menjadi pusat graviti petempatan.
Dikelilingi oleh kawasan perumahan.


BAHAGIAN SERAGAM

Kawasan petempatan perumahan yang seragam daripada segi bentuk atau topografi.
Aktiviti ekonomi juga seragam seperti pertanian, penternakan atau perladangan.


BAHAGIAN PERSEKITARAN

Terdiri daripada bentuk-bentuk fizikal semulajadi seperti kawasan tinggi di sekeliling petempatan, sungai-sungai, bukit-bukau atau jalan-jalan raya.


BAHAGIAN KHAS

Terdiri daripada institusi sosial tertentu seperti rumah-rumah ibadat, tanah perkuburan, kilang-kilang, empangan dan sebagainya.


FUNGSI PETEMPATAN – LUAR BANDAR

Antara fungsi petempatan luar bandar adalah seperti berikut:
Menjadi kawasan kediaman untuk penghuninya.
Membekalkan hasil-hasil ekonomi untuk kawasan di sekitarnya seperti hasil minyak, perikanan, tanaman, lombong dan lain-lain.
Menjadi tempat peranginan atau pelancongan.


FUNGSI PETEMPATAN – BANDAR

Pusat Pentadbiran
Pusat Perdagangan dan Perniagaan
Bandar Pertahanan
Bandar Peranginan dan Pelancongan
Bandar Kebudayaan
Bandar Pendidikan
Bandar Perindustrian
Bandar Pelabuhan
Bandar Keagamaan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...