Pembaca Setia

02 November 2009

PEMBANDARAN - URBANISASI

Urbanisasi ialah proses pembandaran.


Perubahan yang dialami oleh bandar dalam proses urbanisasi adalah seperti berikut:

i. Berlaku pertambahan penduduk.
ii. Kawasan bandar menjadi semakin luas.
iii. Tempat tinggal yang bersifat tardisional berubah menjadi moden.
iv. Pekerjaan penduduk berubah daripada pertanian kepada perdagangan atau perindustrian.
v. Corak kehidupan penduduk berubah daripada cara tradisional kepada cara moden.


URBANISASI DI MALAYSIA

Proses urbanisasi di Malaysia berlaku dengan pesat selepas merdeka.
Semasa Tanah Melayu mencapai kemerdekaan hanya terdapat 36 buah bandar. Namun menjelang 1980 terdapat 68 buah bandar.

Proses Urbanisasi berlaku dengan pesat di Kuala Lumpur, Kelang, Ipoh, Georgetown dan Johor Bharu.


FAKTOR-FAKTOR YANG MENGGALAKKAN BERLAKUNYA URBANISASI

Peningkatan peluang-peluang pekerjaan
Kemajuan pendidikan
Pertumbuhan semulajadi penduduk
Imigrasi dari Luar Bandar
Faktor politik
Dasar Kerajaan
Perluasan Bandar


KESAN-KESAN URBANISASI

Pertambahan penduduk bandar
Industri semakin berkembang maju
Taraf hidup semakin meningkat
Kadar pengangguran meningkat
Masalah persetingganan
Pencemaran
Masalah sosial.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...