HUBUNGI SAYA

HUBUNGI SAYA
STESEN BERKHIDMAT SEMASA

Pembaca Setia

07 August 2009

Apakah Kepentingan Geografi dalam Kurikulum Pengajian Sosial?

Menurut pendapat saya, Geografi merupakan satu subjek yang amat penting untuk dipelajari oleh semua individu. Hal ini demikian kerana subjek ini memberikan pengetahuan mengenai fenomena alam dan organisasi ruangan berasaskan interaksi manusia dengan alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia. Dalam aspek Pengajian Sosial, kemahiran geografi, geografi fizikal dan manusia dan kajian geografi membolehkan setiap individu mengamalkan pengetahuan dan kemahiran geografi, nilai-nilai murni dan patriotisme dalam kehidupan seharian.


Selain itu, antara kepentingan geografi dalam kurikulum pengajian sosial adalah untuk melengkapkan diri setiap individu dengan pemahaman dan kemahiran asas geografi serta nilai-nilai kemanusiaan. Subjek geografi juga menyediakan diri setiap individu untuk menghadapi cabaran hidup ke arah mewujudkan kesejahteraan diri dan masyarakat.


Kandungan subjek geografi amat relevan dan mempunyai kaitan yang amat rapat dengan bidang Pengajian Sosial dalam aspek kehidupan manusia. Geografi juga penting untuk memupuk nilai-nilai hidup yang harmonis dan sejahtera serta memupuk nilai amanah, bersyukur, kesederhanaan, bertanggungjawab, tidak mementingkan diri sendiri dan mencintai alam sekitar.


Pemahaman setiap individu tentang alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia dapat menerapkan semangat patriotik serta mewujudkan sensitiviti murid terhadap fenomena alam secara setempat dan global.


Kesimpulannya, geografi merupakan sebahagian daripada unsur-unsur yang terkandung di dalam Pengajian Sosial dan mempunyai kepentingan yang amat berkaitan dalam meningkatkan kualiti kehidupan manusia bermasyarakat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...