Pembaca Setia

29 July 2009

Isu Subjek Sejarah Pula!


Written by Janggut
Friday, 19 June 2009 14:39

Belum selesai lagi perbincangan tentang isu subjek Bahasa Inggeris, kita dihidangkan pula dengan isu mewajibkan subjek Sejarah di peringkat Sekolah Rendah. Wah, sememangnya satu transformasi hebat sedang berlaku dalam 'industri' pendidikan tanah air! Subjek Sejarah sering dilihat sebagai satu subjek yang membosankan, lapuk, dan penuh dengan satu perasaan 'benci' yang diterjemahkan dalam bentuk "MENGANTUK"!

Tapi, ada juga yang menganggap subjek ini sebagai satu subjek yang sangat menarik. Ya, menarik untuk mengetahui kisah silam pembentukan negara, mengenali dan menghargai perjuangan pejuang-pejuang bangsa, agama, dan negara dalam usaha untuk memerdekakan tanah air ini. Semua mengakui, dengan mempelajari dan mendalami sejarah negara, semangat patriotisme dalam diri dapat dipupuk dan ditingkatkan. Selain menambah kecintaan dan kesyukuran terhadap nikmat yang diperoleh pada masa kini hasil daripada perjuangan terdahulu. Mendalami sejarah negara juga dapat memupuk perpaduan di kalangan bangsa yang pelbagai ini, justeru kesefahaman antara kita dapat ditingkatkan.

Usul mewajibkan subjek Sejarah di peringkat sekolah rendah merupakan satu tindakan yang bagus; akan tetapi, pendekatan daripada seorang guru kepada murid-murid perlu lah bersesuaian dengan tahap pemikiran mereka. Mungkin kandungan buku teks yang berbentuk ilustrasi dan penceritaan lebih membantu kefahaman murid-murid, daripada huraian dan karangan (teks) yang berjela-jela panjangnya. Perlu dipastikan juga pihak sekolah terutamanya para pengajar perlulah bersedia dan mendalami subjek Sejarah ini sepenuhnya. Ya lah, kalau cikgu itu sendiri tak tahu sedikit pun tentang sejarah tanah air, macam mana pula mahu mengajar anak-anak muridnya?

Nescaya, jika kena pada caranya, subjek Sejarah ini akan jadi lebih menarik dan sentiasa diminati oleh murid-murid.

Sejarah negara bukan hanya perlu didalami setakat di bangku sekolah, malah perlu diingati sampai mati.


Klik Sini


No comments:

Post a Comment

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...