HUBUNGI SAYA

HUBUNGI SAYA
STESEN BERKHIDMAT SEMASA

Pembaca Setia

27 April 2017

Gelanggang Minda






Bagaimana wujudnya GELANGGANG MINDA?


Peta minda mungkin sudah sebati dengan PdP guru-guru sama ada di negara kita mahupun di peringkat antarabangsa. Nama seperti Tony Buzan juga ada membuat kajian tentangnya. Ketika di IPG, tajuk kajian tindakan saya juga berkaitan dengan peta minda. 

Saya juga pernah menulis secara asas mengenai peta minda pada tahun 2011. [Boleh klik link ini]. Antara yang ditulis di dalam artikel itu adalah:

"Peta minda merupakan suatu pembinaan yang dibuat di atas sehelai kertas, idea penting diletakkan di tengah- sebagai pusat utama dan idea lain yang berkaitan dikembangkan di luar idea utama dengan menggunakan pusat kecil, garisan, bongkah geometri, warna dan sebagainya Peta minda dibentuk berdasarkan otak manusia memproses maklumat. Penyelidikan menunjukkan bahawa otak manusia memproses dan merakamkan maklumat berbeza dengan komputer. Otak manusia memproses maklumat dengan cara linear, membuat pengelolaan yang menyeluruh, menghubungkait, membanding, menganalisis dan sebagainya Dalam peta minda, maklumat penting adalah disusun dengan cara keseluruhan supaya menghasilkan struktur pola yang kreatif. Ia selaras dengan cara otak memproses dan merakamkan maklumat".


Memang tidak dinafikan bahawa terlalu banyak kelebihan menggunakan peta minda. Pengenalan peta pemikiran i-Think juga kelihatan tidak banyak beza fungsinya dengan peta minda. Taip saja di Google perkataan 'Peta Minda', terlalu banyak dapatan yang akan akan temui.

Peta Minda di Google

Peta Pemikiran i Think


Di dalam pengajaran saya, murid-murid kelihatan agak pasif jika saya menggunakan kaedah peta minda di dalam kelas. Terdapat beberapa faktor yang saya jangkakan: 


  • Tidak melibatkan pergerakan [lokomotor]. 
  • Tiada interaksi dua hala. 
  • Tiada unsur didik hibur.
  • Terlalu kerap didedahkan dengan peta minda.


Setelah meneliti faktor-faktor di atas, saya memikirkan solusi untuk membereskan kesemua perkara itu. Maka, tercetuslah satu kaedah baru yang saya gelarkan sebagai GELANGGANG MINDA.




Gelanggang Minda adalah satu idea di mana beberapa unsur/kaedah pengajaran digabungkan menjadi satu set alat bantu mengajar yang lengkap. Gelanggang Minda menggabungkan unsur-unsur berikut:

  • Peta Minda
  • Didik Hibur/Permainan
  • Aktiviti Berkumpulan
  • Refleksi






Lakaran Gelanggang Minda

Gelanggang Minda

GELANGGGANG MINDA boleh disediakan seperti gambar di atas. Alatannya adalah [Boleh Ubahsuai]:


  • Gelung Rotan
  • Kayu Hoki
  • Raket
*Kawasan yang 'dikotakkan'.

______________________________________________________________________________






Tajuk PdP: Karangan Fakta - Kebaikan Bersukan.
Jumlah murid: 13 orang.
Tahun: 4


Langkah 1: Membahagikan kumpulan melalui cabutan undi. Dalam PdP kali ini, purata satu kumpulan dianggotai oleh dua orang murid. 

Murid diperkenalkan dengan Kaedah TaTa untuk menulis karangan. [Artikel tentang Kaedah TaTa akan menyusul nanti]. 

Murid diperkenalkan dengan Kaedah TaTa untuk menulis karangan. [Artikel tentang Kaedah TaTa akan menyusul nanti].

.
.

Langkah 2: Setiap kumpulan diberikan tugas masing-masing. Kumpulan 1 - Membina rangka karangan untuk Pendahuluan.  Kumpulan 2 - Membina rangka karangan untuk Isi 1/Perenggan 2. Kumpulan 3 - Membina rangka karangan untuk Isi 2/Perenggan 3. Kumpulan 4 - Membina rangka karangan untuk Isi 3/ Perenggan 4. Kumpulan 5 - Membina rangka karangan untuk Penutup.

Langkah 3: Setiap kumpulan mengambil tempat masing-masing mengikut urutan. Pendahuluan > Isi 1> Isi 2 > Isi 3> Isi 4> Penutup.

Murid mendengar arahan dan penerangan guru. Tajuk ditulis di gelung yang berada di tengah - Kebaikan Bersukan.

.

Kumpulan Isi 2

Kumpulan Penutup
  
Langkah 4: Murid mula menjana idea dan menulis rangka bagi tugasan masing-masing. Jika tiada lantai papan seperti ini, guru boleh gantikan dengan kertas mahjong di bawah gelung.

Kumpulan Isi 1

Kumpulan Isi 2

Kumpulan Isi 3

Raket juga boleh berfungsi sebagai anak panah yang menunjukkan arah urutan.

Kumpulan Penutup

.

.

.

Langkah 5: Guru perlu membimbing murid - Kaedah baru.

.

.

Langkah 6: Setelah selesai, setiap kumpulan membaca hasil kerja masing-masing,

.

.

.

.

Langkah 7: Berdasarkan kepada rangka karangan tadi, murid dibimbing oleh guru untuk membina ayat untuk membentuk sebuah perenggan yang lengkap.
Langkah 8: Setiap kumpulan akan bergerak ke tempat kumpulan lain-  Guna konsep permainan Musical Chair. Murid bergerak ke gelung kumpulan-kumpulan lain dan berhenti pada gelung yang terdekat setelah muzik diberhentikan. Unsur didik hibur diterapkan dalam langkah ini. Perhatikan murid berbaju merah.

Pergerakan Didik Hibur  - Ala Musical Chair

Murid berbaju merah dari Kumpulan Pendahuluan, kini berubah tempat ke tempat Kumpulan 1, begitu juga dengan kumpulan-kumpulan yang lain. Tujuan - Meneliti idea kumpulan lain.

Murid berubah tempat lagi sehingga lengkap satu pusingan.

Langkah 9: Sesi refleksi idea. - Perhatikan di dalam gelung merah. Terdapat beberapa simbol senyum. Simbol itu diberikan oleh kumpulan-kumpulan lain sebagai tanda faham dan setuju dengan idea kumpulan yang menulis rangka karangan.

.

Murid yang lemah diberikan bimbingan terus supaya tidak tercicir.

.

Akan datang saya akan perkenalkan Kaedah TaTa

Langkah 10: Murid mula menulis karangan berdasarkan kepada idea-idea yang terdapat dalam Gelanggang Minda. Setiap kumpulan akan menjadi 'pakar rujuk' bagi bahagian masing-masing. Dalam gambar ini, beberapa orang murid yang bermasalah untuk membina Pendahuluan akan merujuk kepada Kumpulan Pendahuluan untuk berkolaborasi. Begitu juga dengan kumpulan-kumpulan lain. Guru akan membimbing jika perlu.

.

Tamat


PENUTUP

Gelanggang Minda boleh diaplikasikan untuk mata pelajaran lain juga selagi bersesuaian dan mampu membantu guru mencapai kemenjadian murid.




Sebagai kesimpulannya, GELANGGANG MINDA memberi kelebihan berikut:

  • Boleh menggabungkan fungsi otak kiri dengan bahagian otak kanan
  • Tingkatkan daya ingatan.
  • Idea lebih fleksibel, kreatif dan menarik, idea mudah dikembangkan.
  • Boleh meningkatkan daya pemerhatian dan pemusatan fikiran.
  • Suasana PdP menjadi aktif dan memberi impak yang optimum.
  • Murid berani menyatakan pendapat.


Saya berharap penulisan ini dapat memberi manfaat kepada semua pembaca. Harapan saya, idea GELANGGANG MINDA ini dapat membantu guru-guru mempelbagaikan kaedah PdP masing-masing. 

 Sekian, terima kasih.




Kredit: Encik Razali Suruji, SiSC+ PPD Sibu, Sarawak atas khidmat nasihat dan bimbingan.








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...