Layan lagu dulu sambil2 membaca... abaikan part akhir tu. Suka terlebih :)
SEDIKIT PUN KU TAK MERASA MALU
MENUNTUT ILMU DENGAN GURU-GURU
BUKAN BERERTI AKU TIDAK PANDAI
UNTUK TERUS BERJAYA
OOO
KU TAK PERNAH MERASA KELETIHAN
ATAU MENGANGGAP SEBUAH COBAAN
NASIB HIDUP PERLU BERUBAH
DAN TERUS BELAJAR
*CIKGU-CIKGU
TOLONGLAH BIMBING KAMI
BERIKAN KAMI ILMU
UNTUK TERUS BERJAYA
(2 KALI)
AKU MASIH INGIN TERUS BELAJAR
MEMBALAS JASA IBU DAN BAPA
AKU MASIH INGIN TERUS BELAJAR
WALAU ADA CABARAN
OOO
TAKKAN KU BIARKAN IBU KECEWA
DAN MEMBUAT AYAHKU TAK BERSUARA
KU YAKIN DI SUATU SAAT NANTI
AKU AKAN BERJAYA
CIKGU-CIKGU
TOLONGLAH BIMBING KAMI
BERIKAN KAMI ILMU
UNTUK TERUS BERJAYA
ULANG * CIKGU-CIKGU
TAKKAN KU BIARKAN IBU KECEWA
DAN MEMBUAT AYAHKU TAK BERSUARA
KU YAKIN DI SUATU SAAT NANTI
AKU AKAN BERJAYA
Lagu: BERIKAN KAMI ILMU (JOMBLO HAPPY)
Penyanyi: Asma, Aaliya, Aznee, Deniel dan Zul - Tahun 4
Lirik: Cikgu Syam
Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Inilah pepatah yang sesuai dengan anak-anak murid cikgu. Nak kelas cantik macam kelas kawan2 lain di bandar, macam dalam tv. Kelas bangunan papan, ada papannya yang mula mereput. Ada harapan lagi ke nak cantikkan kelas ni? Ada!
Terima kasih juga saya ucap pada rakan-rakan guru seluruh negara yang tak lokek ilmu menyumbang idea masing-masing di laman Facebook TcherCollection - TC. Jasamu dikenang!
|
Cuba lihat di luar kelas. Masih gelap gelita. Waktu ini sejuk sangat-sangat. Tapi dah ada murid yang tunggu cikgu datang, nak bantu balutkan meja bersama-sama sebab hari sebelumnya cikgu ada kata nak balutkan meja. Pukul 6.30 pagi, kami berdua mula membalut.. Apabila murid dah tunjuk semangat macam ini, cikgunya mestilah lebih bersemangat! :) |
Sekadar nak berkongsi dengan rakan-rakan. Mungkin ada idea yang boleh dicedok atau mungkin juga ada yang boleh ditegur supaya saya dapat buat yang lebih baik.
Kepada anda yang sedang membaca, doakan kejayaan anak-anak didik cikgu..di dunia & akhirat.
Cikgu tak sempat nak 'caption' semua gambar.. ada masa nanti cikgu buat sikit-sikit.
Sebelum bermula, inilah keadaannya...
|
Pengadang anjung kelas cikgu, akhirnya rebah ke bumi. Mujur sekolah cikgu ada staf2 yang pandai bertukang. :) |
|
Tukang kebun dan kerani yang tak pernah berkira buat apa sahaja kerja.. membaiki bangunan pun dia juga. Itulah istimewanya masyarakat di sini. |
|
Encik Sulaiman dan Encik Shahbandi. |
AYUH, KITA MULA! :)
Modal:
Semangat
&
Keringat
|
Jika hendak, seribu daya. Kekuatan kita adalah apa yang kita percaya. |
|
Mesin laminate ni senjata utama guru-guru di Malaysia. Ya kan? :) |
|
Cikgu guna pelaka..sebab ni je yang ada pada masa tu. Zero budget (frasa yang popular tahun ini :p). Guna apa yang ada sahaja. Kalau terpaksa, baru beli - Modal sendirian berhad. hehehe. |
|
Langsir lama..sudah mula mereput. |
|
Papan kenyataan tiada, tampal-tampal sahaja :) |
|
Ruang depan masih kurang menarik perhatian murid-murid cikgu. |
|
Nanti kita balut meja tu semuaaaa :) |
|
Jam? Nanti beli di Kaison. |
|
Siap buat papan kenyataan.. :) |
|
Mula nak seronok dah sikit-sikit dengan kelas mereka. |
|
Tag kehadiran. Biar mereka design sendiri. |
|
Burung hantu dah sesak :) |
|
Seumur hidup tak pernah pergi beli kain langsir sendiri..apatah lagi nak menjahit, |
|
Staple sahaja langsir tu. Cikgu tak pandai menjahit, |
|
Buat scallop guna cable tie. Jenuh juga bertutorial di youtube. :) |
Video: Murid-murid sedang membuat bunga hiasan menggunakan barangan terbuang.
|
Bunga. Guna botol air minuman 1.5 liter. |
|
Mat bunga. |
|
Kerjasama.. Nak kelas cantik macam sekolah bandar. |
|
Paling seronok masa ni, cikgu dapat terap nilai2 murni. |
|
Jemur. Kelas2 lain mula jeling2. Murid ni dah mula kembang hidung :p |
|
Bunga dah siap. Skru kan saja. |
|
Mula membaca - Gallery Walk. |
|
Lubuk guru-guru mencari barang hiasan dalaman kelas. |
|
Pergi Kaison, dapat tangkap reben2 tu saja. |
|
Traffic light |
|
Cat bekas telur. Tapi belum tahu untuk apa. :) |
|
Punch Card kelas kami, |
|
Kesannya bila kelas dah cantik. Pukul 6.30 pagi dia dah datang nak sambung hias kelas yang tak sempat siap semalam. |
|
Cikgu-cikgu lain sponsor bekas telor. Terima kasih! |
|
Baru dapat idea nak buat apa dengan bekas telor yang sudah dicat! Nampak tak doa di penjuru meja tu? Tengok bawah ni siapa yang buat :) |
|
Terima kasih Cikgu Arisya |
|
DIY bekas kapur. |
|
DIY pasu guna botol syampu rambut. Murid bawa. |
|
Membatangkan traffic light. |
|
Bikin tempat letak batang-batang traffic light. |
|
Murid paling rajin. |
|
Tambah bintang-bintang kecil. |
|
Dinding dah penuh, lantai pula jadi mangsa. 3D kolam ikan koi - LAZADA. |
|
Masing-masing teruja. Ada ustaz guna kolam ni buat tutorial wuduk. :) |
|
Teruja. Beratur untuk mengambil traffic light masing-masing. Pertama kali nak guna :) |
|
Alhamdulillah, disiplin mereka semakin bagus. |
|
Sekali-sekala teringin buat kerja tepi kolam ikan. :) |
|
Kuda kepang. Terap nilai warisan dan sejarah supaya mereka kenal dunia luar sama seperti anak-anak murid di bandar yang selalu berpeluang menyertai lawatan sambil belajar - muzim, zoo, pantai....dll. |
|
Wayang kulit. Cikgu sekolah sponsor untuk kelas kami. Terima kasih! |
|
Bikin Parking Lot. |
|
Balut meja. Cantik, baru semangat!
|
|
Anak murid buat tanpa disuruh. Hari ini buat satu, esok dua, lusa tiga..sampai penuh! |
|
Lencana sekolah. Sayang kelas, sayang sekolah juga. Tak kenal maka tak cinta! |
|
Mereka ni pakar mengecat dan mewarna. Jadi, cikgu tak perlu lagi nak tempah banner lencana sekolah.. kertas mahjong, cat pelaka - - ON! |
|
Cikgu cari pembalut meja.. bagi cantik dan tahan lama. |
|
Hari berikutnya.. |
|
Sumber: Panitia Pendidikan Seni. Terima kasih! |
|
Jessica. Murid ini istimewa. Tahun ini banyak menyentuh hati cikgu. |
|
Wording, biar cikgu yang uruskan :) |
|
Terima Kasih Ustazah Aisah. Cikgu dah lupa nak tulis jawi. Mujur.... :p |
|
Bata pun nak cat? Ya la.. apa yang boleh bagi cantik, kita cantikkanlah :) |
|
Mengecat batang kayu untuk dibuat 'JORAN MAGNET'. |
|
Murid-murid kumpul cawan kertas Milo. Jenuh fikir juga nak bikin apa. Tak apa, simpan dulu. Idea nanti2 datang. |
|
Ada murid bawa magnet suruh cikgu buat sesuatu. Inilah hasilnya. Pancing! |
|
Ini bukan sekadar kelas. Ini taman permainan. Maaf cikgu2 kelas sebelah, kelas cikgu sangat bising :p |
|
Idea dah datang. |
|
Putih, suci. Macam anak-anak murid cikgu. |
|
Nampak tak muka mereka? Kalau anda jadi cikgu, rasa bahagia tak tengok muka macam ni? :) |
|
Kami di kampung, setakat penyendal pintu tu tak perlulah dibeli.. bikin saja :) |
|
Cikgu tak akan lupa sambut birthday kamu semua. Ini dah gantung. Hari2 kita tengok! |
|
Kita belajar buat iThink. |
|
Hai! Saya Cikgu Syam. |
|
Murid tersalah eja..BEGANDA - - - BERGANDA. Terpaksa tumpang di pintu dulu..dinding dah penuh.. |
|
Anak-anak murid memang teruja kalau cikgu buka page FB TcherCollection-TC... Tengak kelas kawan-kawan lain hebat-hebat, cantik-cantik... (Cikgu buka FB dalam kelas???????????? Hehehe. Jangan la emo, tujuan cikgu baik. Nak bagi motivasi.) |
Setelah hampir dua bulan kami bersama-sama menghias kelas ini, kini semua seronok belajar, seronok duduk dalam kelas, seronok aktiviti.. semoga keseronokan ini berpanjangan... amin :)
Gambar-gambar di bawah ini gambar kami sedang belajar. Kredit kepada SISC Sibu, Encik Razali Suruji untuk gambar-gambar di bawah ini. Terima kasih!
|
Ruang Tarikh Hari Jadi Anak-Anak Murid |
|
Aktiviti Round Table |
|
Didik Hibur |
|
Parking Lot |
|
Gallery Walk |
|
Traffic Light |
TERIMA KASIH DI ATAS SOKONGAN MORAL ANDA SEMUA
|
Komen waris kepada anak murid cikgu - Asma Farhana.
|
|
Cikgu sangat yakin post kali ini ada pro dan kontranya. Mungkin ada yang menilai untuk mengambil motivasi dan berkongsi idea. Mungkin juga ada yang nak kata cikgu menunjuk2 hasil kerja. Apa pun, Cikgu Isabel dah pesan awal2.. "dont let all the negative things let u down.". Terima kasih cikgu :) |
Gambar di bawah:
Kunjungan Timbalan PPD Sibu, Puan Hajah Salemah Binti Haji Chali
Nanti kita bersua lagi. Kita tangguh dulu :)