Pembaca Setia

11 March 2010

Dasar Penjajahan British dalam Bidang Pola Demografi di Malaysia

Pengenalan
Sebelum pertengahan abad ke-19, hampir semua penduduk Tanah Melayu adalah orang Melayu. Penghijrahan beramai-ramai orang Cina, India dan orang Indonesia membawa perubahan ketara dalam masyarakat Tanah Melayu.

Perubahan

1. Jumlah penduduk

Jumlah orang Melayu meningkat dari 500000 ke 3 juta dari tahun 1870-1921. Pertambahan ini disebabkan penghijrahan orang Indonesia ke Tanah Melayu. Namun,apabila berlakunya kemasukan imigran Cina dan India, kaum Melayu tidak lagi menjadi kaum terbesar. Dianggarkan menjelang 1921, jumlah kaum Melayu melebihi sedikit daripada jumlah kaum bukan Melayu.

2. Jenis penduduk

Penduduk Melayu merupakan penduduk tetap dan peribumi. Tiada permusuhan berlaku di kalangan bangsa Melayu. Apabila berlakunya kemasukan imigran, hampir setengah daripada penduduk Tanah Melayu adalah penduduk tidak tetap.Ia bergantung kepada keadaan sosio-ekonomi Tanah Melayu. Kebanyakan mereka datang untuk berniaga dan setelah beberapa ketika berada di Tanah Melayu,mereka akan kembali ke negara asal mereka.

3. Nisbah jantina

Penduduk Melayu khususnya pada abad ke-19 mempunyai nisbah jantina yang seimbang. Bagi kaum Cina dan India, kaum lelaki melebihi kaum wanita.

4.Pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi dan corak petempatan masyarakat

Orang Melayu umumnya tinggal di kawasan lembah sungai dan kawasan pertanian. Mereka mengamalkan kegiatan ekonomi sara diri seperti pertanian dan memungut hasil hutan. Kegiatan ekonomi berkait rapat dengan petempatan mereka. Orang Cina pula merupakan penduduk bandar. Kebanyakan mereka menetap di bandar-bandar perlombongan seperti Ipoh, Kuala Lumpur dan Taiping. Mereka banyak terlibat dengan kegiatan perlombongan,pertukangan mahir dan perdagangan. Namun,ada sebilangan mereka terlibat dalam bidang pertanian seperti lada hitam, gambir dan tebu. Orang India pula kebanyakannya menetap di kawasan ladang getah dan kelapa sawit. Terdapat juga orang India yang menetap di bandar besar seperti Ipoh, Kuala Lumpur dan Klang. Sebahagian mereka bekerja membina jalan raya, jalan kereta api dan sebagai buruh di pelabuhan. Mulai tahun 1920-an terdapat orang Sikh yang terlibat dalam bidang perniagaan dan profesional.

DASAR PENDIDIKAN YUNANI

Perkembangan yang pesat pada Zaman Moden dengan bermulanya Gerakan Renaisans dan Reformais.

Kota Sparta

Tujuan Pendidikan adalah untuk membentuk warganegara tentera yang sempurna; Mementingkan individu yang setia dan memberikan tumpuan penggunaan senjata.

Athens

Sebaliknya di Athens, tujuan pendidikan adalah untuk perkembangan tubuh dan minda secara harmoni dengan menekankan keperluan mempelajari ilmu, seni muzik, kesukanan dan bidang-bidang lain. Dalam negara kota ini, matlamat mereka ialah perkembangan warganegara yang sempurna.

DASAR PENDIDIKAN TAMADUN INDIA

Bermula sekitar tahun 2500 S.M. Sistem tulisan Piktograf digunakan. Kemunculan Brahmanisme. Tujuannya adalah untuk menyediakan manusia bagi menghadapi kehidupan selepas mati dan memelihara serta memperkukuhkan sistem kasta. Kasta atasan seperti Brahmin (Paderi), Khastriya (Ketenteraan), Vaisya (Pedagang).

Terdapat juga kasta sudra (bawahan) yang tidak dibenarkan mendapatkan pendidikan. Mereka menjadi orang suruhan kepada golongan kelas-kelas atasan. Dalam masyarakat klasik India semua kasta kecuali sudra dibenarkan mempelajari kemahiran menulis,membaca dan mengira.
Sekolah rendah penting dalam memberi kemahiran- kemahiran asas dalam bidang pendidikan dan mendedahkan pelajar dengan cerita rakyat. Pendidikan ini dikendalikan oleh kolej-kolej Brahman yang dikenali sebagai ‘Parishad’. Apabila Brahmin tamat pengajian, dia harus menghafal kitab Veda. Veda-veda ini mengandungi peraturan-peraturan ritual,mantera dan lagu-lagu suci yang dibacakan semasa mengadakan upacara pengorbanan. Mereka juga dikehendaki belajar Undang-Undang Manu dan karya-karya saintifik dan falsafah.

Pada zaman pertengahan

Matlamat utama pendidikan pada waktu ini adalah untuk menambahkan ilmu pengetahuan dan mengatasi masalah buta huruf.

Rakyat mahu jawatan dalam pentadbiran negara. Pendidikan terletak di tangan ahli-ahli teologi. Mereka memberikan penekanan dalam pendidikan keagamaan. Matlamat utama adalah untuk melahirkan perasaan cinta terhadap Tuhan dan agama.

DASAR PENDIDIKAN TAMADUN CHINA

Sejak awal lagi, kerajaan China bertanggungjawab untuk menyediakan keperluan untuk pendidikan. Pada zaman Konfucius,terdapat sekolah-sekolah di kampung kecil (hamlet), kampung( village) dan negeri-negeri feudal. Tujuan pendidikan: lulus dalam peperiksaan.

Sistem yang digunakan sebelum kemunculan sekolah-sekolah moden ini menyediakan pelajar-pelajar untuk tiga peringkat ijazah akademik dan tiga tahap peperiksaan. Sebelum pelajar menduduki peperiksaan untuk ijazah pertama, dia perlu mengambil peperiksaan kelayakan di daerahnya sendiri. Selepas lulus peperiksaan ini, pelajar tersebut akan bersedia untuk peperiksaan rasmi pertama di bandar utama. Jika dia lulus peperiksaan ini dia akan menerima ijazah pertama,Hsiu Tsai. Tahap persaingan kedua ialah peperiksaan di peringkat ibu kota provinsi yang dibuka kepada mereka yang telah memperoleh ijazah pertama. Calon-calon yang berjaya akan dianugerahkan Ijazah Chun-Jen. Peperiksaan peringkat ketiga iaitu yang paling tinggi diadakan di ibu kota empayar melalui peperiksaan istana dengan kehadiran maharaja. Ijazah yang paling tinggi yang diberikan dalam peperiksaan ini dikenali sebagai Chin Shih. Penghormatan diberikan kepada tiga ahli akademik dan yang memperoleh penghormatan paling tinggi diberi gelaran Chuang Yuan dan diiktiraf sebagai ahli akademik terkemuka negara. Individu-individu lain yang memperoleh kedudukan yang hampir sama dengan Chin Shih dilantik sebagai ahli-ahli akademik Han lin,sebuah majlis ahli-ahli akademik terkemuka yang disokong oleh kerajaan.

Akhbar-Akhbar & Majalah Sebelum Merdeka: AL-IMAM

Diterbitkan oleh Kaum Muda pada Julai 1906. Ia bertujuan untuk menyedarkan orang Melayu dengan memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada mereka. Diterbitkan di Singapura dalam Bahasa Melayu bertulisan Jawi. Mengatasi masalah dalam kehidupan seharian. Satu saluran menyebarkan idea pembaharuan. Ia memfokuskan kepada persoalan agama dalam aspek sosial, ekonomi dan politik. Diedarkan diserata nusantara, Indonesia, Tanah Melayu dan Singapura. Ianya lebih intelektual dan menekankan kepentingan mempelajari Islam sebenar berpandukan Al-Quran & Hadis. Dihentikan pada Disember 1908.

05 March 2010

Smoking: An Article


Smoking are the act of inhaling and exhaling the fumes of burning plant material. A variety of plant materials are smoked, including marijuana and hashish, but the act is most commonly associated with tobacco as smoked in a cigarette, cigar, or pipe. Tobacco contains nicotine, an alkaloid that is addictive and can have both stimulating and tranquilizing psychoactive effects. The smoking of tobacco, long practiced by American Indians, was introduced to Europe by Christopher Columbus and other explorers. Smoking soon spread to other areas and today is widely practiced around the world despite medical, social, and religious arguments against it.

Many people die each year from illnesses caused by cigarette smoking. Lifetime smokers, who suffer from ill health like heart disease, can eliminate a major source of stress on their heart by quitting. Each puff of nicotine from tobacco smoke temporarily increases heart rate and blood pressure, even as less oxygen-rich blood circulates through the body. Cigarette smoking also leads to clumping or stickiness in the blood vessels feeding the heart, which finally brings about a heart attack.

From smoking you may face a lot of disease such as lung cancer. Lung cancer was the first major disease to be causally linked to cigarette smoking. Lung cancer is the leading cause of cancer death in Australian men, and the third most common cause of cancer death in women (ranking behind breast and colorectal cancers).

The risk of developing lung cancer is dose-response related, longer duration and heavier consumption patterns of smoking increase the likelihood of developing the disease. For example, a child who starts smoking aged 14 years or less is five times more likely to die of lung cancer than a person who starts aged 24 or more years, and 15 times more likely to die of lung cancer compared to someone who never smokes.

Overall, smokers are ten times more likely to die from lung cancer than are non-smokers, and heavy smokers are 15 to 25 times more at risk than non-smokers. The average Australian male smoker has an approximately one in ten chance of dying from lung cancer. Eighty-four percent of lung cancer in men can be attributed to smoking, and 77% in women.

Researchers in America have identified the first molecular evidence linking a specific compound in cigarette smoke directly to lung cancer. The study shows that benzo(a)pyrene in the tar damages the p53 gene, a gene which suppresses tumor development. A damaged p53 gene is found in about 60% of lung cancers.

Moreover, other tahan lung cancer, smoking can also give you Peptic ulcer disease. It’s refers to ulcer formation in the stomach and duodenum. Epidemiological studies have found that cigarette smoking is causally associated with peptic ulcer disease. It is estimated that 41% of peptic ulcer disease in males and 33% of the disease in females may be attributed to smoking.

The risk of peptic ulcer disease is dependent on the amount smoked and the duration of smoking. Smokers with peptic ulcer disease have an increased risk of death from this disease compared with non-smokers with the disease. The risk is, on average, twice as high for smokers as for non-smokers, and appears to be greater for gastric than for duodenal ulcer disease. Smoking also retards the healing of peptic ulcers, and recurrence of ulcers is more likely to occur in smokers. Nicotine appears to be the causal agent in ulcer development, through alterations to gastric acid secretions and impairment of the protective mucosal stomach lining.

Most lifetime smokers, however, often find it difficult to stop smoking despite their serious health problems and often seek professional help to quit successfully. Even then, it might be too late for them to regain their health completely.

However, if you are a young college student who has just started cigarette smoking, it is not too late for you to quit smoking. If you do not wish to become a lifetime smoker who suffers from many serious health ailments, below are some tips to help you to stop smoking.

Write a list of the reasons why you want to stop, and keep it with you. Refer to it when tempted to light up. You can also carry with you a list of reasons why smoking is harmful and another list explaining the benefits of stopping.

Set a date for stopping, and stop completely. Get rid of ashtrays, lighters and all cigarettes. Some people prefer the idea of cutting down gradually. However, research has shown that if you smoke fewer cigarettes than usual, you are likely to smoke more of each cigarette, and nicotine levels remain nearly the same. Therefore, it is usually best to stop once and for all from a set date.

Tell everyone that you are giving up smoking. Friends and family often give support and may help you. Smoking by others in the household makes giving up harder. If appropriate, try to get other household members who smoke, or friends who smoke, to stop smoking at the same time. A team effort may be easier than doing it alone.

Be prepared for some withdrawal symptoms. When you stop smoking, you are likely to get symptoms, which may include nausea, headaches, anxiety, irritability, craving, and just feeling awful. These symptoms are caused by lack of nicotine that your body has become used to having. They tend to peak after 12-24 hours, and then gradually ease over 24 weeks.

Anticipate a cough. It is normal for a ‘smoker’s cough’ to get worse when you stop smoking (as the airways ‘come back to life’). Many people say that this makes them feel worse for a while after stopping and smoking and makes them tempted to restart smoking. Resist this temptation! The cough usually gradually eases. Take one day at a time. Mark off each successful day on calendar. Look at it when you feel tempted to smoke, and tell yourself that you don’t want to start all over again.

Be positive and tell people that you do not smoke. You will smell better. After a few weeks you should feel better, taste your food more, and cough less. You will also have more money. Put away the money you would have spent on cigarettes for treats.

Some people worry about gaining weight when they give up smoking as their appetite may improve. Anticipate an increase in appetite, and try not to increase fatty or sugary foods as snacks. Try sugar –free gum and fruit instead.

Do not despair if you fail. Examine the reasons why you felt it was more difficult at that particular time. It will make you stronger next time. On average, people who eventually stop smoking have made three or four previous attempts before being successful.

Finally, nicotine replacement therapy ( NRT ) can help if withdrawal symptoms are troublesome. A number of nicotine replacement products are available to help a person quit smoking. Nicotine patches are small, nicotine-containing adhesive disks that must be applied to the skin. The nicotine is slowly absorbed through the skin and enters the bloodstream. Over time, a smoker uses nicotine patches containing smaller and smaller doses of nicotine until eventually the craving for nicotine ends. Nicotine gum works in a similar manner, providing small doses of nicotine when chewed. A nicotine nasal spray is a physician-prescribed spray that relieves cravings for a cigarette by delivering nicotine to the nasal membranes. Also available by prescription, the nicotine inhaler looks like a cigarette; when puffed, the inhaler releases nicotine into the mouth. A doctor or a pharmacist can advise you about NRT.

In conclusion, smoking is the very bad habit. It kills us quietly. We must avoid this bad habit. Smoking kills, and if you're killed, you've lost a very important part of your life.

KENALI SOMPOTON

Sabah adalah sebuah negeri yang mempunyai budaya unik dan luas merangkumi tradisi.
Sompoton adalah sejenis alat muzik yang diperbuat daripada sumbiling (bambu) dan juga labu pahit.

Di negeri Sabah, alat muzik sompoton dimainkan oleh suku kaum Kadazan dusun. Pada suatu ketika dahulu, sompoton dimainkan di majlis keagamaan namun kini penggunaan alat muzik ini sudah diperluaskan di mana ia juga dimainkan di majlis perkahwinan dan juga keramaian. Sompoton boleh dimainkan secara individu dan juga secara berkumpulan bersama-sama alat muzik moden dan alat muzik bambu yang lain seperti bungkau dan marakas.

ASAL-USUL MUZIK SOMPOTON




Menyelusuri kisah asal-usul kewujudan alat muzik sompoton di negeri Sabah, didapati berlainan mengikut kawasan dan daerah masing-masing. Kisah yang akan diceritakan ini berasal dari Kampung Libang Nukakatan Garas di Daerah Tambunan.

Pada suatu ketikat dahulu dikampung ini terdapat sepasang suami isteri iaitu Gobou dan suaminya Lombohon. Pasangan ini dikurniakan dengan enam orang anak lelaki dan perempuan iaitu Monongkol, Suruk, Baranat,Ronom, Tuntuduk dan juga Tinaggal. Keluarga besar ini amat disenangi oleh penduduk kampung kerana sikap ramah dan kebaikan Gobou, walaupun beliau seorang yang bisu. Namun demikian, kebahagiaan keluarga ini tidak berpanjangan. Hubungan mereka semakin renggang lantaran kesibukan Lombohan mengerjakan sawah bendang (Tumoh) dan anak-anaknya pula sibuk menguruskan rumah tangga masing-masing. Keadaan ini menyebabkan ibu mereka Gobou merasa tersisih hingga beliau berubah sikap menjadi seorang yang pendiam dan murung. Lombohan yang menyedari keadaan ini cuba untuk memperbaiki keadaan isterinya namun tidak berjaya. Pada suatu hari sedang Lombohon berehat di sawah, tiba-tiba dia terdengar satu bunyi yang merdu dan bunyi tersebut kedengaran lagi buat beberapa kali apabila angin bertiup kencang. Lombohon cuba mencari arah bunyi tersebut dan akihirnya dia berjaya menemui puncanya iaitu dari sebatang bambu yang telah patah. Lombohon tertarik dengan bunyi yang dikeluarkan dari bambu itu lalu mencabutnya untuk dibawa pulang dan memacakkan batang bambu itu dihalaman rumahnya. Gobou yang sedang termenung di beranda meras terpegun di beranda merasa terpegun setelah mendengar kemerduan bunyi yang didengarinya. Tanpa disangka, Gobou yang selama ini bisu dengan tiba-tiba bertanya Lombohan dari mana datangnya bunyi itu. Lombohon merasa terkejut kerana isterinya sudah boleh bersuara dan merasa gembira kerana bambu itu membantu memulihkan isterinya. Semenjak kejadian itu, Gobou tidak lagi bisu dan kembali ceria. Hubungan kekeluargaan mereka juga semakin pulih. Akhirnya salah seorang daripada cucu Gobou yang bernama Sompot berjaya mencipta mencipta alat muzik berdasarkan alat muzik bambu yang dinamakan sompoton sempena nama Sompot dan setiap sumbiling.

Konsep Disiplin

Disiplin mempunyai pelbagai tafsiran. Antaranya tafsirannya ialah disiplin ini merujuk kepada:

  • Kawalan diri
  • Kawalan dari luar
  • Patuh kepada autoriti
  • Keadaan tempat bekerja yang teratur
  • Urusan yang sistematik
  • Cara yang menetapkan peraturan atau hukuman dengan berkesan.

Selain itu disiplin juga ditakrifkan sebagai perihal ketenteraman dan peraturan di dalam sesuatu kumpulan, termasuk cara-cara mendapatkan ketenteraman dan peraturan itu, serta hukuman.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...