Pembaca Setia

14 February 2017

Parking Lot?



Tujuan asal parking lot adalah untuk murid bertanya soalan yang tidak sempat ditanya pada waktu cikgu mengajar. Mungkin tidak sempat bertanya sebab tiada masa atau murid memang jenis pemalu nak bertanya secara lisan.







Tapi, cikgu boleh luaskan kegunaan parking lot asalkan dapat membantu mencapai kemenjadian murid. Jadi cikgu boleh galakkan murid guna parking lot untuk tanya soalan, bagi idea, kongsi masalah atau apa-apa sahaja ekspresi murid.

Parking lot ni juga salah satu cara untuk memotivasikan murid-murid - berasa lebih berani untuk bertanya, tidak memendam perasaan, tiada rasa rendah diri dan rasa ada hak untuk memberi maklum balas tentang cara cikgu mengajar.

Pesan mentor saya mengenai parking lot



"...........parking lot juga adalah medium bagi murid-murid mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada cikgu-cikgunya.........."



Tutorial D.I.Y Parking Lot

Peralatan:

1 x papan lapis - apa-apa saiz-
12 x skru
1 m tali
50 x penyepit hiasan - saya beli di kaison rm5.00-.
1 x penyangkut
kertas berwarna
cat
Pemutar skru




1. Pasang skru di bahagian tepi papan lapis seperti dalam gambar. Skru akan berfungsi sebagai tempat menggantung tali.
2. Masukkan tali pada lubang tengah yang terdapat pada penyepit hiasan. Selang-seli berwarna-warni.



3. Cat papan lapis dengan warna pilihan. Saya pilih putih kerana penyepit sudah berwarna-warni.


4. Pasangkan penyangkut dan anda boleh gantung parking lot yang telah siap di dalam kelas.




Semoga Bermanfaat.
Terima Kasih.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...