Pembaca Setia

Showing posts with label Lain-lain. Show all posts
Showing posts with label Lain-lain. Show all posts

07 March 2013

Sudah Tamat Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

Salam.

Alhamdulillah, saya telah selesai mengikuti program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan jayanya pada November tahun lalu.

Terima kasih kepada semua pengunjung blog ini yang menyokong dan sudi berkongsi nota-nota anda dengan saya.

Selepas ini, mungkin tiada nota yang akan diupload lagi. In Shaa Allah jika ada kelapangan, akan terus menulis dan berkongsi dengan anda semua.

Salam 2013!


01 October 2010

Printer service tutorial | Problem: Reset manual ‘Ink Absorber Full’ untuk pixma MP145



Canon Pixma MP145


Amaran masalah 'Ink Absorber Full'


Problem: Reset manual ‘Ink Absorber Full’ untuk pixma MP145
Pak Long: ‘Tested’
Result: Alhamdulillah.

Issue:
Musim nak print2 tugasan ni, kadang2 printer slalu buat hal. Tambah2 kalo printer kita tu modified mcm2.. tambah ink tank la ape la..bagai2.. makin canggih, makin byk problem. So, ni nak ajaq skit cara nk repair/reset balik printer MP 145 yang ada problem "Ink Absorber Full”.

Reset manual “Ink Absorber Full” untuk pixma MP145 (Pesan error E27) sebenarnya , cara kerjanya lebih kurang sama ja dengan MP 150 atau MP 160, macam caranya :


Entering service Mode


  1. Matikan printer (tekan button power kat printer tu, bukan tutup suisnye)
  2. Tekan button stop / reset (jangan dilepas)
  3. Tekan button power (sampai led power menyala)
  4. Lepaskan button stop/reset, tekan button stop/reset 2 kali dan lepas button power.
  5. Tunggu sampai LED seven segment (bukan led power) menunjuk angka O >>> PART YANG PENTING
  6. Tekan button stop/reset 4 kali
  7. Tekan button power 1 kali (Roller kertas akan berputar, led power berkedip)
  8. Tunggu sampai LED berhenti berkedip dan printer stand by
  9. Tekan button power untuk mematikan printernya dan kalo tak mati jugak, cabut kabelnya.
  10. On kan lagi…
Kalo tak boleh jugak, ulang lagi dari langkah 1, sebab pak long dah melakukan teknik ini berkali-kali dan alhamdulillah berjaya. Semoga boleh membantu.

17 September 2009

Selamat Hari Raya Untuk Semua Warga IPGM Kampus Tuanku Bainun




Majlis Silaturrahim di antara para pensyarah dengan semua guru pelatih.

Sempena Hari Raya AidilFitri

Tarikh : 17 September 2009

Masa : 7.30 pagi

Tempat : Dataran Perhimpunan.

16 September 2009

AJK Program Ihya' Ramadhan 1430 Hijrah IPGM Kampus Tuanku Bainun, Pulau Pinang




Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua tenaga kerja program dan juga kepada seluruh warga
Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tuanku Bainun,
PULAU PINANG yang telah menjayakan program
IHYA' RAMADHAN 1430 HIJRAH.


TERIMA KASIH

BECA - Warisan Kita

Foto: Syam
Tempat: Kuala Terengganu
Tahun: 2009




Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Beca merupakan kenderaan beroda tiga yang berasal dari lanca. Beca di Malaysia, dalam rekod bertulis, bermula di Singapura pada 1914 apabila 15 beca didaftar dan diperkenal sebagai basikal roda tiga Taman Upton. Beca ini mempunyai pengayuh disebelah sisi penumpang. Terdapat juga model beca dengan pengayuh di belakang atau di hadapan penumpang. Bumbung juga dipasang bagi memberi teduhan kepada penumpang.

Rekod beca terawal adalah apabila ia digunakan di Singapura pada 1914 apabila 15 beca didaftar dan diperkenal sebagai basikal roda tiga Taman Upton. Bagaimanapun ia didapati sukar dikendalikan melalui jalan yang sempit dan berliku-liku berbanding lanca yang ditarik manusia. Oleh sebab kerana itu, batch beca pertama 1914 kemudiannya dijual dan bawa ke Jawa. Hanya pada akhir 1920-an beca kembali diperkenalkan di Singapura dan kegunaannya meningkat dengan kedatangan migran China yang mendapati membawa beca memberikan pendapatan yang baik. Beca kemudian menjadi semakin popular di Malaysia, Indonesia, Vietnam dan seluruh Asia.

Beca digunakan bagi mengangkut penumpang, tetapi terdapat juga beca yang digunakan khusus bagi mengangkut barang-barang.

Menjelang Perang Dunia II dan selepasnya, kekurangan petrol telah melonjak beca sebagai sistem pengangkutan yang murah dan boleh diharap.

Pada masa kini, beca masih digunakan tetapi penggunaannya semakin berkurangan. Ini disebabkan kerjanya memenatkan dan pendapatannya sedikit dan tidak menentu. Biasanya beca banyak didapati berhampiran tempat tarikan pelancong.

Di Indonesia, banyak beca telah dirampas dan dilupuskan sebagai tukun, sebagai langkah kerajaan menghapuskan perkhidmatan beca tanpa lesen.


Sumber: KLIK DISINI

10 February 2009

Mesyuarat Kali – 1 Bina Insan Guru (BIG)

Tarikh: 5 Februari 2009

Masa: 10.45 pagi.

Tempat: Dewan Teknopen IPGM Tuanku Bainun.

Kumpulan:

1 PISMP Kajian Sosial 1

1 PISMP Kajian Sosial 2

1 PISMP Pendidikan Seni Visual

Kehadiran:

1 PISMP Kajian Sosial 1 = 21 orang

1 PISMP Kajian Sosial 2 = 21 orang

1 PISMP Pendidikan Seni Visual = 20 orang

Jumlah = 61 Orang.

Agenda: Perlantikan Ahli Jawantankuasa Induk dan Ahli Jawatankuasa Kecil BIG.



SENARAI AHLI JAWATANKUASA INDUK

BINA INSAN GURU (BIG) SIRI 4 SEMESTER 1

Pengerusi : Abdul Hakim b Hishamuddin (Kajian Sosial 1)

Naib Pengerusi : Sahrullail b Sarkawi (PSV)

Setiausaha : Anis Farahin bt Haji Abdul Aziz (PSV)

Naib Setiausaha : Nur Syuhada bt Ghazali (Kajian Sosial 2)

Bendahari : Siti Norattiqah bt Azman (Kajian Sosial 1)

Naib Bendahari : Shakila bt Adam Rafik Thairajah (Kajian Sosial 2)

Ahli Jawatankuasa ;-

Makanan : Nur Hakimah bt Roslan (Kajian Sosial 2)

Pengangkutan : Mohd Rahimei b Md Zahid (Kajian Sosial 1)

Alatan : Mohamad Safiy b Mohd Sahid (PSV)

Dokumentasi : Mohamad Syamsul Izwan b Md Fauzi (Kajian Sosial 1)

Keselamatan : Azhari b Muhyiddin (Kajian Sosial 2)

Kerohanian : Rahman Mahmod (Kajian Sosial 1)

Persembahan : Ahmad Asyraf b Abdul Rahim (PSV)

Aktiviti : Mohd Burhanuddin b Ghazali (PSV)

Tugas-tugas Khas : Mohd Nizar b Abdul Latib (Kajian Sosial 2)

06 February 2009

Doa Majlis Perhimpunan

DOA MAJLIS PERHIMPUNAN (1)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ, وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ


Ya Allah Ya Karim ,
Sesungguhnya kami berhimpun pada hari ini, bagi menyatakan kesyukuran di atas kurniaanMu yang tidak ternilai.Jadikanlah kami hamba-hamba-Mu yang sentiasa bersyukur samada nikmat yang sedikit lebih-lebih lagi nikmat yang melimpah ruah kepada kami .

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Sesungguhnya engkau Maha Mengetahui bahawa kami di sini ingin menimba ilmuMu yang sangat luas bagi mengembangkan potensi kami sebagai hambaMu yang engkau redhai.

Justeru berkati dan rahmatilah perhimpunan kami ini. Kurniakanlah kepada kami apa kiranya ilmu-Mu. Sinarilah hati-hati kami dengan cahaya dan hidayah-Mu. Semoga dengannya kami mudah menerima dan menghayati serta mengamalkannya.

Ya Zal Jalali Wal Ikram,

Kurniakanlah apa kiranya kepada kami kesihatan anggota, kecergasan minda, ketenangan jiwa, kekuatan semangat. Semoga dengannya kami mampu mendepani cabaran, berdaya saing dan mampu mengangkat martabat diri, keluarga, masyarakat dan negara.


اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .
اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ
وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ



DOA MAJLIS PERHIMPUNAN (2)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ, وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ

Ya Allah Ya tuhan kami, tuhan yang menguasai langit dan bumi. Hanya padamu sahaja kami panjangkan kesyukuran atas segala rahmat dan berkatMu.

Bersempena dengan perhimpunan ini kami mohon inayah dan taufikMu. Kurniakanlah kesejahteraan dan kebahagian serta kesihatan jasmani dan rohani. Bukakanlah hati-hati kami, lapangkanlah dada kami untuk menerima ilmu dan pengetahuan serta bimbingan para guru-guru kami yang kami kasihi.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Kami memohon dengan kudratMu dan IradatMu. Berikanlah kekuatan dan ketabahan menghadapi perjuangan kami menimba dan mencari ilmu pengetahuan, anugerahkanlah kejayaan dan kecemerlangan kepada kami dalam semua ujian dan pencapaian.

Ya Allah Ya Zal Jalali Wal Ikram,

Tambahkanlah kepada kami kecintaan kepada segala kebaikan, Jadikanlah kami, guru-guru kami, pemimpin-pemimpin kami terus beristiqamah berkhidmat menabur bakti membangunkan umat dan masyarakat, bangsa dan agama.

Ya Allah ya tuhan kami jadikanlah negara kami sebuah negara yang mendapat limpahan rahmat dan nikmat. Kekalkanlah keamanan dan kemakmuran sepanjang zaman.


اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .
اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ
وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...