Kita Guru
Hidup mengajar
Hidup memberi
Hidup berkongsi
Hidup menyinar
Hidup menyampaikan
07 March 2013
Sudah Tamat Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
Salam.
Alhamdulillah, saya telah selesai mengikuti program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan jayanya pada November tahun lalu.
Terima kasih kepada semua pengunjung blog ini yang menyokong dan sudi berkongsi nota-nota anda dengan saya.
Selepas ini, mungkin tiada nota yang akan diupload lagi. In Shaa Allah jika ada kelapangan, akan terus menulis dan berkongsi dengan anda semua.
Salam 2013!
Alhamdulillah, saya telah selesai mengikuti program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan jayanya pada November tahun lalu.
Terima kasih kepada semua pengunjung blog ini yang menyokong dan sudi berkongsi nota-nota anda dengan saya.
Selepas ini, mungkin tiada nota yang akan diupload lagi. In Shaa Allah jika ada kelapangan, akan terus menulis dan berkongsi dengan anda semua.
Salam 2013!
02 December 2012
Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993
Ketidakhadiran bertugas merupakan kesalahan tatatertib yang sering dilakukan oleh pegawai awam. Ia berdasarkan statistik kes-kes tatatertib (tahun 2002 hingga 2010) yang dilaporkan oleh Ketua Jabatan dan jumlah kesalahan tidak hadir bertugas ini menyumbang sebanyak 50 peratus daripada keseluruhan kes-kes tatatertib pegawai awam setiap tahun.
Ketua Jabatan/Penyelia hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya dalam melaksanakan tindakan kawalan dan pengawasan tatatertib terhadap pegawai bawahannya. Kuasa ini diperuntukkan dalam Peraturan 3C, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, [P.U.(A)395/1993] dan kegagalan melaksanakan tanggungjawab ini boleh dikenakan tindakan tatatertib.
Di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, seseorang pegawai yang gagal menjalankan kawalan ke atas pegawai bawahannya, atau untuk mengambil tindakan terhadap pegawai bawahannya yang melanggar mana-mana peruntukan Peraturan-Peraturan ini hendaklah disifatkan cuai dalam melaksanakannya tugasnya dan tidak bertanggungjawab, dan dia boleh dikenakan tindakan tatatertib.
Tindakan awal perlu diambil oleh Ketua Jabatan atau penyelia dengan memantau pegawai bawahan masing-masing dan menegur atau memberi nasihat supaya pegawai sentiasa mematuhi waktu bekerja. Jika teguran dan nasihat telah diberi oleh Ketua Jabatan/Penyelia, namun pegawai masih mengulangi kesalahan yang sama maka tindakan melaporkan dengan kadar segera kepada pihak berkuasa tatatertib yang berkenaan mengikut kategori yang bersesuaian sebagaimana panduan ini.
Pegawai tidak hadir bertugas 7 hari bekerja berturut-turut dan usaha-usaha sewajarnya untuk mencari serta mengesan pegawai telah dilakukan tetapi masih gagal. Ketua Jabatan perlu menyediakan dokumen yang berkaitan dan melaporkan segera kepada Pihak Berkuasa Tatatertib yang ada kuasa buang kerja dan turun pangkat serta memaklumkan ketidakhadiran pegawai kepada Bahagian Kewangan untuk potong gaji.
Tindakan Ketua Jabatan seperti berikut:
1. Mengeluarkan surat arahan kembali bertugas melalui Surat Berdaftar Akuan Terima (A.R. Register) / serahan tangan kepada pegawai di alamat akhir diketahui.
2. Mengemukakan laporan berhubung ketidakhadiran pegawai kepada Lembaga Tatatertib.
3. Menyiarkan notis dalam sekurang-kurangnya sebuah akhbar berbahasa kebangsaan dan edaran seluruh negara sebagaimana yang diputuskan oleh Lembaga Tatatertib. Notis tersebut hendaklah mengandungi fakta ketidakhadiran pegawai dan arahan kembali bertugas dalam tempoh 7 hari dari tarikh penyiaran.
4. Mewartakan pembuangan kerja pegawai mulai dari tarikh pegawai tidak hadir bertugas, jika pegawai tidak hadir selepas tempoh 7 hari dalam notis.
13 September 2012
03 September 2012
01 August 2012
25 July 2012
Kod Etika Keguruan
I. TANGGUNGJAWAB TERHADAP PELAJAR
II. TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBU BAPA
III. TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA
IV. TANGGUNGJAWAB TERHADAP RAKAN SEJAWAT DAN PROFESION KEGURUAN
- Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar kami daripada hal-hal lain.
- Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama.
- Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.
- Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau dalam mata pelajaran-mata pelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran.
- Menunjukkan satu cara pakaian, pertuturan dan tingkahlaku yang dapat memberikan contoh yang baik kepada pelajar.
- Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran kami mencapai mutu yang setinggi-tingginya.
II. TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBU BAPA
- Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka.
- Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dengan rumahtangga.
- Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan rumahtangga atau mengenai anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.
- Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka, dan menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana.
- Mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan eknonomi ibu bapa pelajar.
- Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.
III. TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA
- Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat, negara atau pun yang bertentangan dengan Rukun Negara.
- Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.
- Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.
- Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat.
- Memberi sumbangan cergas untuk meningkatkan kehidupan moral, kebudayaan dan kecendekiawan masyarakat.
- Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan sehari-hari dengan baik.
IV. TANGGUNGJAWAB TERHADAP RAKAN SEJAWAT DAN PROFESION KEGURUAN
- Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu bapa, atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru.
- Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai guru.
- Berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan rajin dan bersungguh-sungguh dan mengekalkan sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial.
- Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat kami terutamanya mereka yang beru dalam profesion keguruan.
- Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesion keguruan.
- Akan menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru.
Subscribe to:
Posts (Atom)