Pembaca Setia

08 November 2009

Alam Belajar - Bermain

Main mempunyai unsur kesukarelaan, motivasi intrinsik, melibatkan penglibatan ahli dan pergerakan fizikal yang aktif serta mempunyai kualiti yang melibatkan imaginasi (Pellegrini, 1995)


Kepentingan bermain:

Menurut Piaget (1962), kanak-kanak bermain kerana :

  • Meluahkan idea, perasaan dan emosi
  • Tenang dan beriadah
  • Menggunakan tenaga yang berlebihan
  • Menyediakan diri untuk tahap perkembangan seterusnya termasuk alam dewasa
  • Belajar menyelesaikan masalah yang pelbagai (kognitif, manipulatif, sosial) yang menyumbang kepada perkembangan intelek
  • Melibatkan pembelajaran merentasi tiga domain : kognitif, psikomotor dan sosial
  • Membudayakan proses pembelajaran
  • Pembentukan jati diri, ketrampilan diri dan nilai murni


Kepentingan bermain bagi perkembangan fizikal:

  • Menggerakkan psikomotor
  • Meningkatkan kemahiran fizikal – berlari, melompat, memanjat
  • Meningkatkan keupayaan dan ketangkasan deria – bau, sentuh
  • Meningkatkan kemahiran manipulatif – mencantum, melukis, menampal
  • Meningkatkan kemahiran mengimbang – renang, kawal pernafasan


Kepentingan bermain bagi perkembangan sosioemosi:

  • Belajar berinteraksi secara positif
  • Belajar menghormati hak orang lain
  • Menghargai alam sekitar
  • Menghormati nilai budaya

Kepentingan bermain bagi perkembangan kognitif:

  • Mendengar
  • Berbahasa
  • Membaca
  • Berbincang
  • Berlakon

Secara ringkas, kepentingan bermain adalah :

  • Belajar konsep
  • Meningkatkan keupayaan kognitif
  • Memupuk pemikiran inovatif, kritis dan kreatif
  • Memenuhi perasaan ingin tahu melalui penerokaan
  • Membantu dalam menyelesaikan masalah
  • Membina kemahiran sosial
  • Memahami dunia sekeliling
  • Mempelajari bahasa
  • Membantu murid mengatasi perasaan bimbang dan tertekan
  • Membina kemahiran kendiri yang positif
  • Memupuk sikap tanggungjawab
  • Mempelajari peranan orang dewasa

Kategori Main:

Permainan Sosial:

  • Bermaksud permainan yang dimainkan secara kumpulan
  • Berlaku secara berperingkat dalam perkembangan kanak-kanak ke arah mencapai kematangan bermasyarakat

Permainan Sosial
Jenis-jenis :
  • Main Unoccupied – tidak bermain dengan apa-apa alatan tetapi hanya berada dalam kawasan permainan
  • Main Solitary – bermain seorang diri tanpa menghirau orang lain
  • Main Onlooker – memerhati rakan-rakan bermain
  • Main Parallel – bermain sendirian,menggunakan cara dan alatan yang sama dengan rakan serta tanpa berbincang, kongsi alat main sendiri
  • Main Associative – bermain sendirian tetapi berinteraksi, bertanya dan meminjam alatan dengan rakan
  • Main Cooperative – bermain dan bekerjasama dalam kumpulan

Jenis permainan kognitif :


Main simbolik

- menggunakan imaginasi dan main peranan
- gunakan objek atau peranan yang mewakili objek atau peranan sebenar - belajar tentang peranan masa depan, menyelesaikan masalah, menghayati nilai moral dan budaya

Main berfungsi

- melibatkan gerak balas aktiviti otot spt. membaling, melontar, mengetuk
- menggunakan alat spt. Kotak, kayu, bola
- mempunyai ciri pengulangan, manipulasi, peniruan, penerokaan

Main konstruktif

- melibatkan pembinaan pengetahuan dan mengenali dunia
- guna bahan untuk hasilkan ciptaan atau kreativiti
- alat yang digunakan bukan dalam keadaan asli ttp. Untuk membina sesuatu yang lain

Main berperaturan

- permainan formal yang melibatkan peraturan yang ditetapkan
- peraturan juga boleh dicipta sendiri secara bersama
- peraturan boleh diubahsuai mengikut lokasi atau daerah
- memperkembangkan kanak-kanak dari aspek sosial dan emosi spt. mematuhi peraturan, mengambil giliran, menghormati rakan, berkomunikasi, berkompromi dsb.


Secara ringkas, ciri-ciri main adalah :

  • Penglibatan aktif
  • Motivasi intrinsik
  • Bebas untuk memilih
  • Menyeronokkan
  • Melibatkan proses penyesuaian
  • Penerokaan
  • Simulasi


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...